Pages

Friday, June 26, 2015

MINUM AIR KOSONG SANGAT MENYEKSAKAN!

Tips Dan Cara Paling Berkesan Minum Air Kosong

Assalamualaikum

Siapa kat sini yang susah sangat nak minum air kosong?

Siapa yang bila minum air kosong terus pengsan?

Siapa yang ada alergik bila minum air kosong?

Siapa yang memang anti dengan air kosong?

Wahhh...kalo ada yang jawab soalan di atas dengan jayanya,
rasanya anda ada masalah !!!

Badan kita perlukan sejumlah air untuk organ, sel dan sendi berfungsi dengan baik.

Apa Jadi Akibat Kekurangan Air Dalam Badan?

√ sakit kepala
√ air kencing kuning
√ badan terasa panas
√ sakit-sakit badan

Saya nak kongsikan cara saya minum lebih 3liter setiap hari.

#Tips 1 - Waktu Solat 5

Sebagai orang Islam, kita solat 5x sehari.
Kita boleh guna waktu solat sebagai panduan untuk minum air dan satu peringatan supaya tidak lupa.
Sebelum solat, minum 500ml dan selepas solat minum lagi 500 ml.
Kalo solat 5 waktu, dah dapat 5 liter. Banykkan?
Tapi, tak payah la minum banyak tu, boleh adjust mana yang patot tapi menggunakan format yang sama.

#Tips 2 - Beri Perisa Pada Air Anda

Cara ni lebih kurang macam infused water. Saya suka guna buah lemon. Dari zaman sekolah memang kalo beli lemon, saya buh dalam air minuman, terutama air masak. Konon nak bg semangat nk minum la kan. But it did teach me something fun!

Lepas tu, saya mula eksperimen dengan sayur timun. Sedap jugak...sejuk je rasa dan air bau timun yang wangi & fresh.

Dan kadang2 saya guna herba. Paling menjadi kegemaran daun pudina & rosemary. Pudina tu saya letak je setangkai2 bersama-sama buah lemon yang dipotong. Lepas tu, biar semalaman dalam peti sejuk. Esok dah boleh minum.

Paling terbaru, saya guna kurma. Sama jugak kaedahnya. Boleh guna kurma atau kismis. Rendam semalaman. Air Nabeez ni katanya menjadi kesukaan Rasulullah kita suatu masa dulu.

Jadi, bagi yang anti minum air putih, ikutilah kaedah di atas bg menggalakkan anda minum air kosong. Selain tu, infused water ni bagus untuk yang nak detoks toksin dari badan & bagus untuk yang nak mengurangkan berat badan.

#Tips 3 - Guna straw atau corong botol air

Ni tips yang memang sangat berguna. Ada beza tau bila kita minum menggunakan straw atau pon terus minum dari cawan. Dan jugak minum dari air botol bercorong lebih mudah daripada air botol bermuka luas.

Ni adalah kuasa psikologi. Bila kita minum air menggunakan botol air bermuka luas, kita rasa kita minum sangat banyak air dengan sekali teguk. Tp sebenarnya, kita baru je minum beberapa ml air.

Sebaliknya kalo minum menggunakan straw atau botol air bercorong, tanpa sedar kita dah hampir habis minum air kosong.

#Tips 4 - Minum Air secara berkala

Selain anda boleh mengikut format solat waktu di atas, anda juga boleh minum air kosong secara berkala.

Contohnya
Minum 1-2 gelas air selepas bangun tidur
Minum 1 gelas sebelum tidur
Minum 2 gelas semasa ambil vitamin atau ubat
Minum 1 gelas sebelum makan.
Dan setiap tindakan, seperti membasuh baca, membaca atau pun melakukan kerja rumah, selang selikan dengan pengambilan 2 gelas air kosong.

#Tips 5 - Minum air mengikut berat badan anda.

Disarankan setiap 2.5kg bersamaan 1 liter. Jadi, jika berat anda 50kg, maka anda perlu minum 2 liter air sehari.

Pengiraan ini sangat penting untuk menentukan jumlah air yang ssesuai dengan badan. Air yang berlebihan dalam badan pon tidak elok.

Selamat mencuba.

Bagi mendapatkan vitamin yang sesuai dengan anda dan cara makan yang berkesan, boleh terus contact saya.

Your Shaklee Distributor
Fadhilah
0194555534

Tuesday, June 16, 2015

9 sebab badan perlu Vitamin C

Assalamualaikum.

Kenapa sumber Vitamin C sangat penting utk badan kita?

Vitamin C bukan berfungsi utk bagi lawa ke, bagi cerah kulit ke atau apa2 saja berkaitan kecantikan tapi ianya lebih dari itu.

Tahu tak, Vitamin C tidak disimpan di dalam badan? Badan akan mengambil sejumlah yang diperlukan sahaja & selebihnya akan dibuang melalui air kencing!

Jadi, keperluan vitamin C SETIAP HARI adalah sangat penting!

Jom tengok apa vitamin C boleh bekerja untuk kita?

1. Membantu pemulihan luka dan lecur yg cepat

2. Pembinaan kolagen dalam badan
Membantu tumbesaran tisu tubuh badan manusia

3. Membantu penghasilan hormon

4. Membantu mengawal dan mengurangkan selesema

5. Bantu mengawal tekanan darah tinggi

6. Membantu mencerahkan kulit

7. Membantu mengurangkan kolesterol jahat LDL dan menambah kolesterol  baik HDL

8. Mencegah pendarahan dan lebam gusi atau hidung

9. Membantu penghasilan protein utk sistem imuniti tubuh.

Saya penggemar vitamin C selepas saya kenal Vitamin C shaklee. Saya amat tegar dengannya! Vitamin C amat penting untuk saya yang kerap demam(dulu la...), tapi sekarang tidak lagi.

Percaya tak, saya dah setahun lebih tidak ambil sebarang panadol atau ubat-ubatan?

Jawapannya...stay tuned!

Bye...

Wednesday, June 3, 2015

RAHSIA SIHAT DAN CERGAS SEMASA PUASA

Assalamualaikum.
Selamat Berpuasa kawan-kawan.

Ni kali kedua saya sambut puasa dengan Shaklee. 
Nikmatnya....masyaAllah....hebat!
Supplement shaklee banyak membantu saya mengharungi puasa dengan baik.
Ditambah pulak dengan jadual kerja saya yang tak menentu & selalu sangat overtime.
Di akhir nanti, saya kongsikan bagaimana saya stay kekal cergas sepanjang puasa walaupun waktu kerja tidak menentu.
TIPS CERGAS DAN SIHAT SEMASA BERPUASA

1. MINUM AIR SECUKUPNYA
Disarankan oleh pakar adalah sebanyak 8 gelas setiap hari. 
Namun boleh juga anda ikut tips ini,
Minum air mengikut berat anda. Setiap 2.5kg minum 1 liter.

2. TIDUR YANG MENCUKUPI
Tidur yang mencukupi adalah selama 6-7 jam setiap hari. Tidur dengan baik dan selesa supaya kita dapat tidur dengan lena. Bagi yang beribadat di tengah malam, pastikan anda mencari ruang untuk tidur secukupnya, sesuai dengan keperluan badan anda.

3. JANGAN TIDUR BERLEBIHAN.
Bulan puasa bukan alasan untuk kita tidur berlebihan. Bila kita tidur berlebihan, badan akan jadi lemah dan semakin tak berdaya!
Dan yang paling teruk kita akan jadi semakin mengantuk. 

4. MAKAN MAKANAN YANG SIHAT
Makanan yang sihat bermaksud bersih, selamat dan seimbang. Makanan seimbang ni ada semua jenis kategori dalam piramid makanan. Paling kurang dalam pinggan kita mesti ada karbohidrat, protein & vitamin daripada nasi atau pasta, daging dan sayur-sayuran.

5. JANGAN MAKAN BERLEBIHAN
Ingat, jangan makan berlebihan sehingga penuh perut, susah nak bergerak. Makanlah seadanya. Sebaiknya berhenti sebelum kenyang.

6. ELAKKAN PENGAMBILAN KAFEIN
Minuman berkafein terdiri daripada nescafe, kopi dan teh. Elakkan minuman sebegini untuk mengelakkan badan cepat terhidrasi. Bila badan kurang air, kita akan cepat penat.

7. BANYAKKAN MAKAN BUAH-BUAHAN
Sebaiknya makan buah sebelum makan nasi atau makanan berat. Makan buah-buahan sebelum makan sangat membantu melancarkan penghadaman.

8. AMBIL MAKANAN TAMBAHAN TERBAIK
Makanan tambahan sangat penting demi memastikan kesihatan kita ditahap optimum. Makanan tambahan membantu mencukupkan nutrisi dalam badan.

Okay, apa pulak rahsia saya kekal sihat dan cergas di bulan puasa?

Ni la tonik saya sepanjang berpuasa, selain mengamalkan tips di atas.

ENERGIZING SOY PROTEIN a.k.a ESP
Semasa sahur, saya WAJIB minum ESP & 3 biji kurma. Saya letak 2 sudu besar, kemudian campur dengan milo 1 sudu besar & shake2 sampai larut. Kemudian letak dalam bekas berisi ais. 
Jadi masa nak minum nanti, ESP tu sejuk & sedap.


Masa bersahur, saya jarang makan nasi. Tambah pulak saya bekerja shif malam di bidang F&B, jadi, waktu sahur adalah waktu yang tersibuk selain waktu berbuka puasa.
Jadi, pilihan bersahur dengan ESP adalah jauh lebih baik sebab cepat disediakan & sangat mudah.

APA BEZA SAHUR DENGAN NASI DAN SAHUR DENGAN ESP?

1. CEPAT. Saya shake je dengan air suam @ air sejuk dengan mana2 minuman berperisa pilihan saya, tadaaa....siap.

2. KENYANG LAMA. Bila minum ESP boleh terasa bezanya bila minum & tak minum ESP. Kalo saya tak minum ESP, pukul 10 pagi perut dah mula berdondang sayang. Lapar~. 
Tapi bila minum ESP, rasa-rasanya pukul 12 atau pukul 1 petang baru la terasa sengal- perut ni.
Ini kerana protein yang terbaik adalah protein yang dapat memenuhi keperluan semasa tubuh anda. 

3. CERGAS & BERTENAGA. Selalunya lepas makan nasi, confirm mengantuk & mata jadi layu. Sebab tu, lepas solat subuh je kita tertidur. Kadang-kadang tu, tak sempat solat subuh pon, terus dah Zzzzzzz.... kan?
Tapi, bila minum ESP, saya makin cergas & ligat buat kerja. Saya tak rasa mengantuk pun, walaupun saya berjaga malam.

Apabila memilih makanan, adalah patut untuk kita tahu jenis makanan yang mengandungi Indeks Glisemik tinggi atau Indeks Glisemik rendah. Dengar macam skema kan? Tapi itu yang sebenarnya kita tidak tahu. 
Makanan sendiri yang mempengaruhi sama ada kita cepat lapar atau tidak.

Tindak balas antara cepat atau lambat lapar adalah bergantung kepada tahap indeks glisemik sesuatu makanan. 

Makanan yang bernilai Indeks Glisemik rendah mampu melepaskan gula dalam darah secara perlahan-lahan. Sebab tu kita lambat rasa lapar.

Makanan dengan nilai indeks Glisemik tinggi pula berfungsi dengab cara melepaskan gula dalam darah dengan kadar yang cepat. Kita kena sentiasa restore makanan sebab selalu kelaparan.

Nampak tak bezanya bila kita wajib pilih makanan terbaik terutama semasa berpuasa ni.

Untuk keterangan lebih lanjut & nak order boleh terus whatsapp saya ye.
Fadhilah - 0194555534


Tuesday, June 2, 2015

Pantang Larang dan tips magik!

PANTANG LARANG DAN TIPS PENGAMBILAN VITAMIN

Assalamualaikum. Hai. 

Anda tahu tentang pantang larang? Dari kecik kita selalu dengar banyak pantang larang, contohnya tak boleh duduk atas bantal, takut tumbuh bisul, anak dara tak boleh menyanyi di dapur nanti kahwin dengan orang tua, dan banyak lagi.

Dan tahukah anda semasa makan vitamin atau ubat (vitamin & ubat jauh beza ye), ada jugak pantang larang yang kita wajib tahu dan amalkan jika kita nak kesan yang optimum.



Okay, kita back to basic. Tak kira la, makan vitamin atau ubat doktor atau makjun sekali pon, anda perlu sentiasa tahu 'basic' atau asas pengambilan sesuatu tonik kesihatan.
Anda perlu tahu apa yang boleh makan, apa yang tidak boleh digandingkan bersama mahupun masa pengambilan yang tidak dibenarkan serta dos-dos yang ditetapkan oleh pengamal perubatan.
Jom kita tengok apa pantang larangnya & tips makan vitamin dengan lebih efektif.

GANDINGAN VITAMIN

Anda perlu tahu vitamin mana yang hebat bergandingan dan yang tak boleh bergandingan antara satu sama lain. Contohnya:

ALFALFA tidak boleh diambil bersama dengan VITAMIN E & GLA kerana akan menganggu penyerapan Alfalfa.

VITALEA TIDAK boleh diambil bersama dengan produl tenusu, Ostematrix mahupun ESP.

VITAMIN E TIDAK boleh diambil bersama GLA kerana GLA juga mengandungi Vitamin E dan akan menghalang penyerapan kedua-duanya.

ESP TIDAK BOLEH dibancuh dengan AIR PANAS kerana boleh memusnahkan protein.

VITALEA & VITAMIN C hebat bergandingan bersama.


TIPS MAKAN VITAMIN DENGAN LEBIH BERKESAN.

MINUM AIR KOSONG
Kita digalakkan untuk minum air kosong lebih kurang 3liter sehari. Cecair yang masuk dalam badan akan membantu menyerap vitamin dengan lebih baik.


MINUMAN KAFEIN
Sebaiknya dikurangkan minuman berkafein apabila mengamalkan vitamin. Sekiranya ada minum kafein & vitamin, sebaiknya dijarakkan 1-2 jam sebelum atau selepas minum kafein & pengambilan vitamin.

Pantang ye - JANGAN makan vitamin/ ubat dengan air berkafein. Minumlah air kosong atau air putih bersama-sama dengan vitamin/ ubat.

MAKAN VITAMIN BANYAK SEKALI GUS
Tidak digalakkan anda untuk mengambil sejumlah vitamin dalam satu masa sekali gus. Contohnya, anda sibuk di siang hari, tak sempat nak makan vitamin, jadi anda ambil semua jenis vitamin ( lebih 3 jenis) sebelum tidur.


Pengambilan vitamin yang banyak sebelum tidur menggalakkan kepekatan darah yang tinggi dan dikhuatiri buah pinggang terbeban kerana perlu memproses banyak vitamin. Ini kerana, bila kita tidur, tiada lagi aktiviti minum air bagi membantu vitamin lebih cepat diserap.

Bagi customer saya, saya suka menggalakkan mereka mengambil vitamin secara berjadual & konsisten seperti yang dinasihatkan. Untuk kesan yang lebih optimum, ikutlah jadual pengambilan vitamin yang disediakan. Dan bonus jugak untuk anda ajar diri minum air masak.
Bila kita makan vitamin banyak kali dalam satu hari, cuba bayangkan berapa kali kita MESTI minum air?hehehe...trik yang bagus kn.

okay dulu...bye!

Wednesday, May 27, 2015

Khasiat dan Manfaat minyak ikan tulen



Assalamualaikum.

Sape kenal bebola emas ni?
Ni la minyak ikan. Nama lain, Omega.
Seperti yang ramai tahu, Omega ni bagus untuk otak & kecerdasan minda. 
Sebab tu kita sentiasa disarankan untuk makan makanan yang tinggi omega asidnya seperti ikan salmon.

Dalam Shaklee, minyak ikan ini digelar 
Omega Guard. 

Minyak ikan ini dilengkapi EPA & DHA yang penting untuk badan.

Apa fungsi Omega Guard ni?

- mencegah penyakit asma
- meningkatkan daya ingatan
- mengawal kadar kolesterol
- bagus untuk pesakit jantung
- mencegah penyakit darah tinggi
- mengelakkan kanser prostat & kanser payudara
- mencegah sakit kulit
- mencegah kanser
- mengelak serangan migrain
- mengela gejala sejuk kaki & tangan
- mencegah pembekuan darah

Siapa yang sesuai ambil omega guard ni?

IBU HAMIL
- membantu perkembangan otak bayi semasa dari dalam kandungan
- mengawal kenaikan berat badan si ibu
- mengurangkan risiko bayi lahir pramatang @ tak cukup bulan

IBU MENYUSU
- membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi & otak melalui penyusuan

KANAK-KANAK
- membantu pertumbuhan badan sihat 
- membantu kecerdasan otak
- sesuai untuk yang kerap sakit
- membantu menguatkan imunisasi

MASALAH KESIHATAN
- kolesterol tinggi
- masalah asma & jantung
- terkena strok
- selesema berpanjangan
- sakit sendi & lutut
- batuk berkahak

MASALAH BERAT BADAN
- membantu mengurangkan selera makan
- membakar lemak kolesterol













Thursday, May 21, 2015

YES PACK Shaklee

Assalamualaikum...
Bulan ni special benor...
Nak tau apa?
Shaklee memperkenalkan program penjimatan terbaik kepada pelanggannya dengan program Pakej Wellness YES PACK.
Promosi ini berlangsung sepanjang bulan Mei hingga Oktober.
APA ITU YES PACK?
Merupakan salah satu cara penjimatan pembelian bagi setiap pembelian item dalam pakej ini.
Anda juga layak menerima 5% diskaun bagi setiap pembelian pakej yang ditawarkan.
FREE VITALEA - sepanjang Bulan Mei hingga Oktober ini, anda yang mendaftar sebagai ahli layak mendapat SEBOTOL Vitalea free sebagai hadiah dari Shaklee sempena ulangtahun Vitalea yang ke - 100. Sebotol ye....bukan sebijik....UNTUNGNYA!!!

YES Pack ada 4 pilihan

YES HEALTHY PRENATAL
YES HEALTHY POSTNATAL
YES HEALTHY FITNESS
YES HEALTHY YOUNG LIVING
Dan tidak lupa, 3 produk promo bulan ni!

Tuesday, May 19, 2015

Testimoni ESP untuk tenaga & kecergasan

Assalamualaikum.
Hari ni, setelah sekian lama, baru saya nak kongsi testimoni saya setelah setahun lebih consumed ESP.
Testimoni ni saya kongsi di FB leader paling cemerlang dalam shaklee iaitu Master Shariza atau Mamacery.
Tujuannya adalah untum saya share 1001 kebaikan yang saya dapat dari ESP.
Saya harap dapat bagi panduan & keyakinan pada semua orang tentang kebaikan ESP.

Apa2 pertanyaan boleh terus contact saya.

fadhilah
0194555534

Silica Gel dalam Vitamin? Selamat atau tidak?

Assalamualaikum.

{SAYA & VITAMIN SILICA GEL}


Kenapa saya selalu kecoh & kepoh bgtaw yang vitamin2 Shaklee ni selamat?

SEBAB SHAKLEE NI 100% SEMULAJADI!

Ni kisah saya. Tiga tahun yg dulu, lebih kurang tahun 2011, saya pernah mengamalkan pengambilan vitamin jenama X. Saya amek Omega3, Spirulina & EPO. Sumanya jenis tablet.  Semua vitamin ni ada silika gel (mcm dlm gmbr tu). Masa tu saya tak tahu pon psl silika gel ni. Bodoh lagi waktu tu. Baru nak berjinak2 dgn vitamin dan tak kisah nak tahu pon pasal silika gel ni. Tapi ada terdetik di hati, 'kenapa silika gel yg aku selalu tgk ada dlm kotak kasut boleh ada dlm vitamin?'

Saturday, May 16, 2015

TIPS ATASI RAMBUT ROSAK DAN MENGGERBANG

Hai...

Nak tau tak hampir 70% rakyat Malaysia mengalami masalah rambut!



√ rambut gugur
√ rambut rosak
√ kelumumur
√ rambut bercabang

BETOI DAK?
Ha...saya pon sama. Salah satu tu mesti ada. Silap jaga sikit ja, habis rambut i...

Meh nak share macam mana nak jaga rambut...

GUNA LIMAU PURUT
Buah limau purut tu, jangan pandang takde fungsi ye, walaupun kulit luarannya tak lawa. Buah tu belah dua atau empat, lumurkan pada kulit kepala tiap kali mandi. Mungkin pedih sikit, kena tahan la.

AIR DAUN JAMBU
Yang ni masa kecik2 suka buat. Selalu main kat kebun kan... cabut daun jambu, pastu ramas2 dalam air, pastu cuci la rambut guna air tu. Best!

CONDITIONER
Ha...bagi yang minat pakai conditioner selepas shampoo rambut tu, ada tips bagus ye. JANGAN sesekali apply conditioner kat kulit rambut. JANGAN ye. Hanya apply pada rambut terutama hujung rambut.Sebabnya kulit rambut kita memang dah mengeluarkan minyak, jadi, JANGAN tambah minyak di kulit kepala kalo tak mahu rambut rosak!

LUMUR DENGAN MINYAK MASAK ATAU SANTAN
Ni pun salah satu cara yang saya suka. Selalu kalo cuti hujung minggu atau ada kelapangan, saya mesti lumurkan rambut dengan minyak masak atau santan. Minyak masak ni guna yang baru tau, jangan guna yang dah digoreng ikan atau ayam. Lumur satu kepala sampai hujung rambut dan tenyeh sikit kulit kepala tu, biar keluar segala kuping-kuping kering. Biar dalam 1 jam gitu, kemudian basuh dengan shampoo pilihan anda. Saya guna Prosante Purifying Shampoo. Selamat. Berkesan. Tiada bahan kimia.

POTONG RAMBUT
Rambut perlu dipotong terutama bahagian hujung rambut. Ini kerana hujung rambut adalah yang paling kurang menerima nutrien. Sebab itu hujung rambut selalu bercabang & berbuah.
Tipsnya, potong rambut atau hujung rambut untuk beri peluang rambut tumbuh semula.

MINUM AIR SUAM
Ni paling best! Minum air suam ni bukan bagi khasiat pada rambut ja, tapi satu badan sihat! Minumlah air kosong atau air suam sekurang-kurangnya 3 liter untuk mencukupkan keperluan air dalam badan.

Nak dapatkan shampoo yang terbaik untuk rambut anda? Saya ada caranya. 

Your shaklee distributor
Fadhilah
0194555534

Cara Hilangkan Mata Panda

Assalamualaikum

SAYA SI MATA PANDA!

Nak tau tak, adik-adik saya suka~ sangat panggil saya 'si mata panda'! Why?
Sebab saya kerja syif malam, kerja tak menentu & tak cukup tidur!!!
Nak tahu tak macam mana nak hilangkan atau kurangkan lingkaran gelap bawah mata?
 Jom, pendedahan eksklusif dari saya!!!!

TIMUN & TOMATO
Hiris nipis2, pastu letak kat mata. Saya suka sejukkan dulu pastu bru slice. Sejuk je... nak hilangkan eye bag pon boleh!


UNCANG TEH
Lepas rendam teh untuk buat minum-minum petang tu, jangan buang tau, sejukkan dalam peti ais. Lepas tu letak kat mata, rehat-rehat, santai-santai
..

VITAMIN E
Ni yang paling simple, senang... saya picit je biji Vitamin E, sapu minyak yang keluar tu kat muka, kat jerawat & segala parut. Tak kira la muka, badan, tangan atau seluruh badan!

Saya tahu panda sangat comel!

Selamat mencuba!


Monday, May 11, 2015

KOLESTEROL PENYEBAB SAKIT JANTUNG?

Assalamualaikum...

Okay, pernah dengar tak kolesterol adalah penyebab utama serangan jantung?...
Ye, betul, kolesterol yang tinggi dalam badan mampu membawa kepada masalah sakit jantung.
Ditambah pulak dengan...

√gaya hidup tidak sihat
√makan makanan berlemak, berminyak & tidak seimbang
√tidak bersenam


Semuanya menjadi penyebab kepada serangan jantung.

Mcm mn kolesterol boleh jadi penyebab sakit jantung?

Okay, kolesterol antara komponen yabg diperlukan oleh tubuh badan untuk berfungsi. TETAPI jumlah kolesterol dalam badan perlu DIKAWAL supaya tidak melebihi limit yang diperlukan oleh badan. Terdapat 2 jenis kolesterol iaitu HDL (High Density Lipoprotein) & LDL (Low Density Lipoprotein) 

HDL 
- digelar sebagai kolesterol baik.
- kolesterol ini tidak menempel di dinding arteri. 
- berfungsi untuk melindungi pembuluh darah dari penyebab aterosklorosis iaitu terbentuknya plak pada dinding pembuluh darah & menjadi penyebab serangan jantung. 
- dengan kata mudah, lebih tinggi HDL, maka kolesterol yang tersimpan di arteri akan berkurangan dan ini akan melindungi fungsi serta tahap kesihatan jantung.


LDL
- digelar nama femes kolesterol jahat.
- lipoprotein ini berketumpatan rendah.
- berfungsi membawa kolesterol dari hati ke saluran darah di seluruh tubuh badan.
- disebabkan ia berketumpatan rendah, maka kolesterol ini mudah menempel pada salur darah.
- lebih tinggi LDL, maka lebih banyak kolesterol tersimpan dalam salur darah.
- pengumpulan kolesterol dalan salur arteri menghalang darah mengalir lancar ke jantung. 
- oleh itu, jantung tidak cukup oksigen untuk mengepam secara normal.


Golongan yang berisiko mendapat kolesterol tinggi.

+ individu yang obesiti atau berat badan berlebihan
+ golongan yang mempunyai sejarah penyakit jantung, darah tinggi & kencing manis
+ keturunan atau genetik keluarga yang menghidap kolesterol & jantung
+ individu yang tidak aktif bersukan & beriadah
+ perokok tegar


Bacaan kolesterol ( melalui ujian darah)

Normal - 5.2mg/ dl
LDL - tidak melebihi 2.6mg/ dl
HDL - tidak kurang 1.0mg/ dl


Pilih sihat dengan shaklee

Demi untuk kesihatan yang berpanjangan, kita perlu hidup dan mengamalkan cara hidup aktif & sihat. Kita perlu ambil makanan yang sihat dan  seimbang.
Selain itu, makanan tambahan atau supplement juga sangat penting. 
Saya pilih untuk sihat dengan Shaklee.
Jangan lupa untuk mengambil OmegaGuard & Phytocol-ST untuk menjamin kesihatan jantung anda.
Pencegahan awal dapat membantu kita hidup lebih tenang di masa hadapan.

Saya pengedar shaklee anda

Fadhilah
0194555534

Thursday, May 7, 2015

PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA

Assalamualaikum...

Saya FADHILAH IZARAEE pengedar sah Shaklee anda dengan no ID 1128414.
Saya tinggal di Taiping, Perak. Jadi, bagi kawan2 tersayang yang nak saya COD barang bagi kawasan Taiping, Kamunting, Bukit Merah & Semanggol, penghantaran adalah PERCUMA!!!

Bagi kawan2 di negeri lain, jangan risau saya boleh poskan VITAMIN anda.

Apa keistimewaan apabila membeli dengan saya?
√free konsultasi. 24 jam sehari
√khidmat nasihat pemakanan 
√cara makan vitamin & jadual eksklusif
√free gift*
√free postage*


Kalo join ahli, apa keistimewaan yang saya dapat? (Banyak...)
√diskaun 10%-30% untuk setiap produk
√bonus setiap bulan (bagi yang layak)
√dibimbing di bawah leader2 hebat & baik hati
√ditawarkan program 3C - CASH, CAR & CONVENTION
√ selain bonus setiap bulan, boleh jugak dapat kereta yang bayar khas oleh Shaklee 
√ boleh pergi umrah bawak family ditaja khas oleh Shaklee
√ boleh melancong ke luar negara dibawah tajaan Shaklee setiap tahun
√dikelilingi oleh insan2 yang POSITIF
√akan di'add dalam group khas konsultasi & bisness di fb.
√boleh attend mana2 program anjuran Shaklee di seluruh Malaysia
√boleh attend kelas, seminar, bengkel nutrisi anjuran Shaklee
√boleh hadir pelbagai program motivasi dan suntikan semangat seperti Motivation Rally, Master Celebration & National Convention anjuran Shaklee di seluruh Malaysia.


Melalui program2 sebegini, kita sebagai ahli & businessman boleh disuntik semangat & kekuatan untuk terus maju dalam bisness Shaklee hasil daripada perkongsian berharga setiap satu 
daripada leader2 hebat dalam Shaklee.

Jom sama2 dengan saya, kita ubah hidup & pemikiran.
SIGN UP AHLI & FREE SEBOTOL VITALEA.
SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA
FADHILAH - 0194555534

Promosi Mei 2015

Assalamualaikum...

Bulan Mei ni Shaklee promote vitamin yang memang best utk semua customer2...

OMEGA GUARD
BELI 6 PERCUMA 1


PHYTOCOL-ST
BELI 6 PERCUMA 1


VITALEA CHILDREN
BELI 3 PERCUMA 1


ADA LAGI....

Shaklee nak bagi free sebotol VITALEA kepada setiap seorang pelanggan yang sign up jadi MEMBER! Jimat sehingga RM90++


ADA LAGI....
Korang jugak boleh dapat FREE MEMBERSHIP dengan pembelian pakej khas iaitu 2 botol VIVIX & FREE SEBOTOL VITALEA jugak!!!


Best tak?

Kalo rasa best, jom contact saya terus untuk details....
Saya Pengedar Sah Shaklee anda
Fadhilah - 0194555534

Thursday, April 23, 2015

Cinch untuk berat badan hebat!

Okay, dengan kata mudah, bagaimana nak kurus dengan cara paling efisien?
Sesetengahnya berdiet, tapi seringkali sekerat jalan. Putus asa. Dirasakan susah.
Sesetengahny salah ambil jenis-jenis makanan hanya kerana berdiet. Bila tak cukup pemakanan, maka badan tak cukup nutrisi & boleh mengundang penyakit lain.

So...sesetengah yang lain pulak mencari alternatif dengan minum minuman protein. Sebab, basically minuman protein adalah mengenyangkan. Tapi sebanyak mana minuman protein SEDAP???
Masa zaman saya sekolah dulu kan, arwah makcik saya suka beli vitamin termasuklah minuman protein bersoya(sebab saya tinggal dengan makcik, datuk & nenek). Banyak jenama la kan... saya pon cuba la kesemuanya, hihihi....boleh setengah cawan je la...lepas tu dah terkulat2 nak habiskan.

Sehingga sekarang, selain ESP iaitu minuman soya yang super delicious, CINCH juga sangat sedap. Tambah pulak ada perisa coklat, latte & vanila.

Ramai customer memilih untuk minum Cinch sebagai minuman dalam proses berdiet. Sebabnya, cinch mampu menjaga jisim otot yang sihat tanpa dirosakkan oleh proses penurunan berat badan.
Otot yang bagus jugak membantu dalam proses pembakaran lemak sepanjang tempoh berdiet.
Unsur leucine iaitu salah satu asid amino yang bekerja keras menjaga otot dalam badan.
Cinch juga tinggi kandungan serat serta indeks glisemik yang rendah. Minuman ini mampu membuatkan kita rasa kenyang yang berpanjangan serta sangat sesuai diambil oleh ibu menyusu, pesakit kencing manis, tua, muda atau sesiapa sahaja.

Have you had your cinch today?
Hubungi saya jika anda belum merasai bestnya cinch ni.


~SETIAP PEMBELIAN DENGAN SAYA WAJIB MENDAPAT KONSULTASI EKSKLUSIF & JADUAL PEMAKANAN SETIAP VITAMIN~

~JIKA ANDA MAHU MENIKMATI PENJIMATAN 10%-30%, JOM DAFTAR SEBAGAI AHLI, RM 65 SAHAJA SEUMUR HIDUP. NAK BISNES BOLEH, NAK MAKAN SENDIRI PON BOLEH. ANDA PILIH.~

YOUR SHAKLEE DISTRIBUTOR
FADHILAH - 0194555534



Sakit Badan dan Sembelit

Assalamualaikum
Okay, bape ramai kat sini suka minum susu? Angkat tangan!
Hehehe...not me...
Saya bukan penggemar susu.
Tapi mujur saya masih boleh tolerate dengan produk tenusu.
Macam mana pulak kawan-kawan kita di luar sana yang langsung tak boleh nak ambil produk tenusu? Macam mana mereka nak dapat sumber kalsium?

Ada pilihan yang lebih baik.

OSTEMATRIX

Saya sangat~ suka ostematrix. OMG!!! it gives me a lot of good thing to my body.
Paling saya suka

-sangat lawas diwaktu pagi (saya ada masalah pencernaan)
-pengganti susu
-no more sakit badan
1 biji ostematrix bersamaan dengan 1 gelas susu,
4 biji sebelum tidur bersamaan 4 gelas susu (menyamai keperluan kalsium harian)

Sudahkah anda mengambil kalsium hr ni?
Jangan malu, jangan segan, contact distributor terdekat anda!



~SETIAP PEMBELIAN DENGAN SAYA WAJIB MENDAPAT KONSULTASI EKSKLUSIF & JADUAL PEMAKANAN SETIAP VITAMIN~

~JIKA ANDA MAHU MENIKMATI PENJIMATAN 10%-30%, JOM DAFTAR SEBAGAI AHLI, RM 65 SAHAJA SEUMUR HIDUP. NAK BISNES BOLEH, NAK MAKAN SENDIRI PON BOLEH. ANDA PILIH.~



YOUR SHAKLEE DISTRIBUTOR
FADHILAH - 0194555534

Friday, April 17, 2015

Nak Kurus tapi sangat susah?

Assalamualaikum.

Saya selalu ada masalah berat badan bila saya tak boleh control makan. Terutama bila bendera merah nak berkibar, tak pon masa stress.

Everytime rasa nak makan. Lepas tu, mula la complaint gemuk sana sini, menggeleber kat sana sini, chubby sana sini, tak berkenan tang nu, tak suka tang ni. Itulah saya!

Badan senang naik, tapi nak turun cukup susah, betul tak?

So, saya nak perkenalkan 3 konsep yang shaklee terapkan untuk sape2 saje yang nak kuruskan badan. Saya pon apply konsep ni jugak bila nak turun berat badan ataupun nak inch loss.

BAKAR
Omega & lecithin adalah agen terbaik untuk membakar lemak2 yang tidak diingini.

BUANG
Alfalfa sangat disarankan pada yang ada masalah untuk detoks. Alfalfa sejenis herba yang digelar Raja Herba, ianya umpama jamu tapi dalam bentuk yang lebih lembut & sangat selesa...

Herblax pulak bagi sesiapa yang susah sangat nak membuang & sembelit. Herblax adalah gabungan 4 jenis herba terbaik membantu melembutkan najis, membantu mencuci usus yang kotor.

BINA
ESP & Cinch Shake adalah sejenis protein yang membantu membina kembali sel-sel yang telah mati akibat perubahan hormon. Selain memperbaharui sel, protein juga membantu memulihkan kembali sistem dalam badan.

Wednesday, April 15, 2015

Faedah Join Shaklee

Assalamualaikum...
Syukur Alhamdulillah...

Harimau mengaum lagi...
Itu tandanya bonus shaklee dah masuk.


Teringat setahun yang lepas, bila saya dah jatuh cinta dengan Shaklee sebab masa tu mula2 saya try ESP & Vitalea. Memang jatuh cinta habis la... lepas 3 bulan merasa manisnya berShaklee, saya terus sign up jadi ahli. Tak mahal mana masa tu, RM 65 je.
Masa tu saya gamble je. Sebabnya kalo beli dengan harga ahli, kita boleh jimat sehingga 25%!!! Tak ke jimat gitu!

Lepas tu, terpulang la, nak makan sendiri boleh, nak bisnes Shaklee pon boleh.

Saya PILIH untuk MAKAN SENDIRI & BERBISNES SHAKLEE... sebabnya, selain dapat bonus setiap bulan (bagi yang layak, paling kurang capai 150uv) & penjimatan produm yabg berkualiti sehingga 25%, ada jugak bonus2 lain yang shaklee tawarkan! Antaranya:

√cash bonus (pelbagai jenis)
√car bonus (dalam bentuk cash)
√convention (national/ trip umrah/ oversea)


So, impian saya, saya nak merasa semua jenis BONUS yang Shaklee tawarkan! Moga Allah permudahkan segalanya bagi saya. Sesungguhnya, inilah bidang yang menepati minat saya dalam bidang diet & kesihatan.

Walaupon saya graduate daripada bidang kebahasaan & sastera, tapi hati saya begitu 'attach' dalam bidang kesihatan terutama diet, pemakanan & cara hidup sihat.

Selain tu, saya nak cari keseronokkan lain dalam hidup saya. Saya nak cari sisi lain dalam kehidupan sehari-hari. Saya nak cabar diri saya buat banyak benda dalam hidup ni. Supaya bila sampai masa nanti, saya merasa puas dengan apa yang saya buat semasa hidup.

Alhamdulillah, dilorongkan dalam Shaklee. 
Melalui saya lebih dekat DenganNya, lebih ramai kawan yang positif & support antara satu sama lain. Melalui Shaklee juga saya dilorongkan dengan sangat mudah untuk menolong orang lain. Mudah sangat! Tangan saya sentiasa sangat ringan untuk menghulur bantuan pada orang susah. Tak macam yang dulu2, saya cukup susah nak mengeluarkan duit nak memberi pada yang memerlukan. Bukan ke 'tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.


Anda tunggu apa lagi? Daftar sekarang. Saya sedia membantu anda.
Fadhilah - 0194555534




~SETIAP PEMBELIAN DENGAN SAYA WAJIB MENDAPAT KONSULTASI EKSKLUSIF & JADUAL PEMAKANAN SETIAP VITAMIN~

~JIKA ANDA MAHU MENIKMATI PENJIMATAN 10%-30%, JOM DAFTAR SEBAGAI AHLI, RM 65 SAHAJA SEUMUR HIDUP. NAK BISNES BOLEH, NAK MAKAN SENDIRI PON BOLEH. ANDA PILIH.~


YOUR SHAKLEE DISTRIBUTOR
FADHILAH - 0194555534

Tuesday, April 14, 2015

Bersopan santun di jalan raya

Assalamualaikum.
Selamat malam.
Hari ni, i rasa macam begitu taat memandu di jalan raya. Cer tengok gambar tu. Jarang i nk bawak sebanyak itu ye!
Selalunya jarum meter akan ke kanan je sentiasa. Kalo tak cecah 100 km/j atau 110 km/j, idok la i nk lepas minyak tu.
Tu pon rasa slow lagi. Aku ada penyakit ke? Sindrom ke? Hmmm...

Teringat masa 2009, baru habis belajar kat U, pastu sementara tunggu kerja, p la buat lesen kereta dulu. Masa latihan, i selalu kena 'marah' dengan cikgu i. Sebabnya, bila sampai di mana2 selekoh atau simpang, i mesti slow & bagi laluan kat kereta lain yang nak keluar simpang atau selekoh.
Cikgu i duk merepek kat sebelah, 'jangan bagi laluan, ni laluan utama, laluan kita, jalan je, depa yang patot berhenti'. I jawab 'sopan santun cikguuu'... cikgu pon berkata, 'sopan santun pon tengok la sama, ada je nak menjawabnya'...heheheee...
Tu dulu la, sekarang dah expert! Cewahhh! Tapi apa2 pon, berhati2 di jalan raya tu lebih selamat kan... 
Tapi mesti ada yang kata 'kita berhati2lah macam mana sekali pon, mesti ada orang lain yang tak hati2, sampai kita pon terbabit sekali.' Betolll....betol sangat. Tapi itulah namanya takdir & kehidupan. Nasihat saya, semasa nak naik kereta tu bacalah Bismillah, masa duk drive tu selawat apa yang patot...pahala pon dapat kn! *pesanan ni untuk diri sendiri jugak. Jangan bawak kereta laju2 maa...

Sunday, April 12, 2015

Testimoni: Vitalea untuk darah rendah!

Assalamualaikum...
Nak tahu tak, saya sangat~ suka nak kongsi dengan kawan2 diluar sana, testimoni best dari kawan2 saya a.k.a customer saya. Customer saya anggap mcm kawan tau, silap2 boleh keluar lepak sama2.
Kawan saya ni muda lagi, baru 18 tahun. Tapi dah setahun lebih mengalami gejala tekanan darah rendah. Macam yang kita tahu la kan, tekanan darah rendah ni ada simptom seperti pening kepala, mudah pitam & ada sesetengahnya terus pengsan.
So, setiap bulan, dia wajib ke hospital utk rutin jumpa dengan doktor. Dan setiap kali jumpa doktor, mesti wajib doktor geleng kepala tengok result dia. Tak memuaskan.
So, (so lagi, hihi) saya pon cakap kat dia 'awak2, cuba la amik makanan yang berkhasiat, ikut macam mana yang doktor cakap, mana tahu boleh sembuh'. Ada la a few things yang saya tahu mcm mana nk tambah darah kalo ambik dari pemakanan, contohnya makan sayur bayam, makan kerang, makan hati lembu. Tapi, malangnya dia tak makan semua tu! Arghhh...sudah!

At last, saya bgtaw dia, Vitalea ni sangat bagus nak merawat masalah tekanan darah rendah. Dia setuju nak beli.

Lepas 2 minggu makan vitalea secara konsisten, dan jumpa doktor, kali ni muka doktor ada senyummm! Dia kata 'hb awak dah cantik' bagus! Two thumbs up for you!
Kawan saya ni apa lagi kan, hepi la dia. Terus amik gambar result, wasap saya!


Alhamdulillah....
Seronoknya saya...tak terkata...
Bukan wang ringgit yang jadi ukuran, tapi nilai bila kita bantu orang ramai di luar sana menyelesaikan masalah kesihatan mereka. 
I love my job.... truly... i do!

~SETIAP PEMBELIAN DENGAN SAYA WAJIB MENDAPAT KONSULTASI EKSKLUSIF & JADUAL PEMAKANAN SETIAP VITAMIN~

~JIKA ANDA MAHU MENIKMATI PENJIMATAN 10%-30%, JOM DAFTAR SEBAGAI AHLI, RM 65 SAHAJA SEUMUR HIDUP. NAK BISNES BOLEH, NAK MAKAN SENDIRI PON BOLEH. ANDA PILIH.~

YOUR SHAKLEE DISTRIBUTOR
FADHILAH - 0194555534

Wednesday, April 8, 2015

PROMOSI APRIL 2015

Assalamualaikum...

April menjelma pulak...
Seluruh rakyat Malaysia stress benor5 pasal GST.
Sana sini GST...

Tapi...bagi kami orang2 Shaklee ni, kami duk qenyih ja...
SEBAB~~~~
Bulan ni Shaklee melampau-lampau bagi promosi.


5 ITEM PROMOSI.
TAK KE TERBELIAK BIJIK MATA HANG DUK TENGOK!
Tapi jangan tengok saja, order la meriah2, baru besst!
Nak tau hebat macam mana produk ni untuk badan... meh order & rasai kehebatannya!

Bulan ni, promosinya....

BUY 6 FREE 1
BUY 2, 5% DISKAUN

GLA 
LECITHIN


BUY 3 FREE 1

DTX COMPLEX
CINCH SHAKE PERISA CHOCOLATE & LATTE
VITALEA CHILDREN

Ha...tengok, gempak ke tak promosi kali ni!
GST? Oh no...jangan risau, takdak cas GST aih!
Harga macam biasa saja...

~SETIAP PEMBELIAN DENGAN SAYA WAJIB MENDAPAT KONSULTASI EKSKLUSIF & JADUAL PEMAKANAN SETIAP VITAMIN~

~JIKA ANDA MAHU MENIKMATI PENJIMATAN 10%-30%, JOM DAFTAR SEBAGAI AHLI, RM 65 SAHAJA SEUMUR HIDUP. NAK BISNES BOLEH, NAK MAKAN SENDIRI PON BOLEH. ANDA PILIH.~

YOUR SHAKLEE DISTRIBUTOR
FADHILAH - 0194555534

Tuesday, April 7, 2015

Shaklee : Vitamin E Complex

Bila saya rajin, saya dengan sendirinya akan menghabiskan masa belek muka saya!

Hgpa penah buat mcm tu x? Ke aku sorang yang buat?

Okay, bila dah belek muka tu, terr~rajin pulak buat masker.

Masker febret saya ialah masker Vitamin E. Sebab, senang nk buat. Saya ambil sebijik Vitamin E, kemudian cucuk dengan jarum bersih. Pastu, picit keluar minyak2 dia. Pastu apply terus kat muka.
Lepas tu saya tidooo.... esok pagi bangkit baru cuci muka. Senang tak? Senang sangat!

Tujuan saya masker muka adalah untuk mencantikkan kulit, mengurangkan parut2 lama & baru, melembut & memuluskan kulit. Jom la merajinkan diri, termasuk aku jugak!


Friday, March 27, 2015

Resepi : Cheesy Onion Omelete & Baked Beans

Assalamuakaikum.

Okay...pagi ni saya breakfast makanan paling saya gemar. Paling saya suka!

★Baked beans
☆Cheesy Onion omelette.

Ni saya reka sendiri.
Memang sifat saya suka reka sendiri apa yg saya masak. Buku resepi pon tgk jugak tapi ambik panduan & tips sahaja.

Okay...jom kita tgk macam mana saya buat.

Cheesy Onion Omelette

Tumis bawang merah & putih & hirisan cili padi. Tumis sampai wangi & bawang layu. Letak minyak sikit je tau...api slow je.
Pastu masukkan telur dadar (yang dah dipukul & diletakkan sedikit garam, sebiji cili padi dihiris2, susu). Pastu saya letak kepingan cheddar cheese sikit.
Bila tepi2 dia dah garing, saya balikkan telur dadar tu. Pastu...letak lagi cheese atas omellette tu...pastu bila cheese dah cair, pindah kat pinggan.

Baked Beans

Guna pan atau kuali bekas masak omelette td. Api tadi saya tak tutup tau. Terus tuang baked beans dalam tin. Saya guna yang small je...jenama Yeos. Panaskan dalam kuali. Utk little twist, saya letak mixed herbs & chili flakes ckit. Bia ada aroma sikit... dah mendidih tutup api dan alihkan ke dalam pinggan.

Sedia untuk dimakan.
Sebelum makan ambil gambar makanan dulu...hehehe...

Saya prefer sarapan yang macam ni berbanding nasi lemak ( kecuali nasi lemak mak buat). Kalo nasi lemak kedai, saya kurang minat.

Apa2 pon...carilah waktu untuk breakfast, atau makan pagi. Diet yang sihat adalah dengan memulakan hari dengan mengambil sarapan.

Lepas sarapan, saya disiplinkan diri saya untuk ambil vitamin Vitalea & Vitamin C untuk kecergasan sepanjang hari. Tak percaya? Jom cuba dulu.

Your Shaklee Distributor
Fadhilah - 0194555534

Thursday, March 26, 2015

Shaklee : ESP UNTUK WANITA HAMIL

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Okay, apa yang bestnya ESP ni untuk wanita HAMIL atau MENGANDUNG.

- sumber protein dan asid amino untuk ibu & anak dalam kandungan.
- badan si ibu lebih cergas & bertenaga
- ESP memberi efek mood yang lebih stabil & perasaan yang gembira
- memberi rasa kenyang lebih lama. Ini boleh membantu si ibu daripada kelaparan yang tak tentu masa serta mengelakkan si ibu mengunyah jajan yang tidak sihat.
- membantu meningkatkan metabolisme badan.
- membantu mencantikkan kulit ibu & baby
- meningkatkan fungsi jantung
- membantu proses penyerapan vitamin dengan lebih baik
- membantu mengurangkan rasa loya & muntah.

Sepanjang kehamilan, jantung ibu akan bekerja 2x ganda lebih dari biasa. Jadi, semestinya si ibu perlu menjaga pemakanan agar fungsi badan dapat bekerja dengan baik.

Protein sangat penting dalam pembentukan otot baby semasa dari dalam rahim ibu. Jadi, pemilihan protein yang baik sangat digalakkan.

Protein juga boleh membantu semasa proses kelahiran kelak. ESP mampu memberi tenaga tambahan semasa proses bersalin.

Paling penting sekali, ESP mampu mempertingkatkan sistem imunisasi badan ibu daripada serangan penyakit.

~SETIAP PEMBELIAN DENGAN SAYA WAJIB MENDAPAT KONSULTASI EKSKLUSIF & JADUAL PEMAKANAN SETIAP VITAMIN~

~JIKA ANDA MAHU MENIKMATI PENJIMATAN 10%-30%, JOM DAFTAR SEBAGAI AHLI, RM 65 SAHAJA SEUMUR HIDUP. NAK BISNES BOLEH, NAK MAKAN SENDIRI PON BOLEH. ANDA PILIH.~

YOUR SHAKLEE DISTRIBUTOR
FADHILAH - 0194555534


Wednesday, March 25, 2015

SIAPA YANG PERLU ESP?

Assalamualaikum....

Soalan cepumas hari ni, SIAPA YANG WAJIB AMBIL ESP?

Mestilah SEMUA ORANG!!!

Semua orang patut amik ESP ni. 
Sebab...ianya pelengkap protein untuk badan kita.

- lelaki
- perempuan
- tua
- muda
- bujang
- berkahwin
- wanita yang merancang hamil
- wanita yang sedang hamil
- wanita yang sudah bersalin
- ibu menyusu anak
- yang berjerawat
- hormon tak stabil
- kulit kusam & pucat
- bakal pengantin
- yang baru operate
- yang berpuasa
- yang ada gastrik
- yang nak kurus
- pelajar
- pekerja
- yang nak kulit cantik

see...kita suma ada peranan dari salah satu di atas kan...
jadi, take your additional protein...
your not gonna be regret.

~SETIAP PEMBELIAN DENGAN SAYA WAJIB MENDAPAT KONSULTASI EKSKLUSIF & JADUAL PEMAKANAN SETIAP VITAMIN~

~JIKA ANDA MAHU MENIKMATI PENJIMATAN 10%-30%, JOM DAFTAR SEBAGAI AHLI, RM 65 SAHAJA SEUMUR HIDUP. NAK BISNES BOLEH, NAK MAKAN SENDIRI PON BOLEH. ANDA PILIH.~

Kalo nak order, boleh terus contact saya ye.
Your Shaklee Distributor
Fadhilah - 019-4555534

Monday, March 23, 2015

Jimat dengan Shaklee

Assalamualaikum.
Saya ada berita baik utk anda suma!!!!
Bagi yang nak buat penjimatan berganda sehingga ke muka pintu, anda boleh terus contact saya untuk penghantaran produk Shaklee!

Hanya bagi kawasan Batu Kurau, Taiping, Kamunting & Bukit Merah Perak.
Kawasan lain pon boleh jugak, tapi by post la ye.
Jom pakat2 jadi ahli.
Penjimatan utk harga produk dari 10% - 30% . Banyak sangat boleh jimat.

Banyak keistimewaan bila dah mendaftar jadi ahli. Banyak sangat insentif & sokongan dari leader2 terhebat.
Tunggu lagi?
Jom daftar sekarang!


~SETIAP PEMBELIAN DENGAN SAYA WAJIB MENDAPAT KONSULTASI EKSKLUSIF & JADUAL PEMAKANAN SETIAP VITAMIN~

~JIKA ANDA MAHU MENIKMATI PENJIMATAN 10%-30%, JOM DAFTAR SEBAGAI AHLI, RM 65 SAHAJA SEUMUR HIDUP. NAK BISNES BOLEH, NAK MAKAN SENDIRI PON BOLEH. ANDA PILIH.~


YOUR SHAKLEE DISTRIBUTOR
FADHILAH - 0194555534

Wednesday, March 11, 2015

Saje Nak Bercerita!

Assalamualaikum.
Selalu kan, ramai yang tanya saya,
KENAPA SAYA JOIN SHAKLEE?
Ada beberapa sebab saya join shaklee. Most of them akibat masalah kesihatan.
Apa?
Nak tahu?
Meh nak story!
✔masalah sakit2 badan yang berterusan
✔kerap demam (setiap bulan, dr kecik lagi)
✔kerap kebas kaki & tangan
✔muka kusam
✔Kepenatan, keletihan, kelesuan yang melampau
✔Faktor kerja syif (syif malam)
✔Rutin makan tak teratur
So, saya end up cari solution kepada masalah saya. Yelahkan, sampai bila nak hidup macam tu kan. Menyusahkan diri sendiri, pastu susahkan orang pulak kan...tak mau la gitu.

Cari punya cari, jumpa Shaklee! Bila dah cuba, dari hari ke hari, sampai sekarang, saya hanya mampu ucap Alhamdulillah dan syukur yang tak terkata. Kerana apa?
✔Kerana dengan shaklee saya sihat!
✔Kerana dengan shaklee jugak saya boleh jana pendapatan sampingan!

Kalo nak tahu, saya ada 2 gaji tau. 1 tu gaji hakiki saya. Yang satu lagi mestilah bonus shaklee!
Setakat ni la kan, kalo nak shopping tengah2 bulan tu memang boleh, nk bayar bil pon boleh. Duit bonus kan ada...!
So, bagi yang diluar sana yang perlukan pendapatan sampingan, jom kita berniaga. Kita berniaga vitamin untuk kesihatan semua orang. One thing yang saya rasa cukup happy is bila dapat bonus hasil usaha kita sendiri dan jugak dapat tolong upgrade kesihatan orang lain. Kan dapat pahala gitu.
So, jom kita sama2 majukan diri kita. 
Kalo nak tanya apa2, boleh terus contact saya. Jangan malu2 ye...


~SETIAP PEMBELIAN DENGAN SAYA WAJIB MENDAPAT KONSULTASI EKSKLUSIF & JADUAL PEMAKANAN SETIAP VITAMIN~

~JIKA ANDA MAHU MENIKMATI PENJIMATAN 10%-30%, JOM DAFTAR SEBAGAI AHLI, RM 65 SAHAJA SEUMUR HIDUP. NAK BISNES BOLEH, NAK MAKAN SENDIRI PON BOLEH. ANDA PILIH.~

Your Shaklee Distributor
Fadhilah - 0194555534

A BIG WHY I JOIN SHAKLEE

Assalamualaikum.
Cantikkan gambar tu? 
Kan heaven kalo hari2 boleh tengok pemandangan macam tu!
Tak payah terkejar2 nak masuk kerja.
Ni salah satu gambar pemandangan di Taman Tasik Taiping.
Salah satu tempat favourite saya bila nak tenangkan fikiran, nak cari idea & nak jogging.
The Best Place.
Thats the BIG WHY kenapa saya suka tinggal di Taiping. 
Boleh duduk dengan mak abah, dekat dengan tempat kerja & dekat dengan tempat yang cantik macam ni.
Dan satu lagi BIG WHY saya ialah, nak berjaya dalam bidang SHAKLEE. Saya sangat determined to be one of the succesfull distributor in Shaklee.
Saya boleh bekerja dari rumah atau dari mana2 yang saya suka.

Saya dapat TIME freedom. Boleh kerja ikut masa sendiri. Boleh pergi mana2. Boleh jaga mak abah. Boleh tengok adik2.
Saya nak dapat FINANCIAL FREEDOM. Saya nak beli apa sahaja tanpa ragu2. Saya nak salurkan pada jalan yang baik, tanpa ragu2. Boleh tolong ramai orang. Boleh bantu ramai orang susah. Boleh settle hutang. Boleh beri kesenangan kat mak abah & adik2.
Bestnya!!!
Doakan IMPIAN saya jadi kenyataan ye!
Saya juga doakan impian anda jadi kenyataan. Baik customer, customer to be atau sesiapa sahaja, Saya selalu doakan yang baik2.