Pages

Wednesday, June 3, 2015

RAHSIA SIHAT DAN CERGAS SEMASA PUASA

Assalamualaikum.
Selamat Berpuasa kawan-kawan.

Ni kali kedua saya sambut puasa dengan Shaklee. 
Nikmatnya....masyaAllah....hebat!
Supplement shaklee banyak membantu saya mengharungi puasa dengan baik.
Ditambah pulak dengan jadual kerja saya yang tak menentu & selalu sangat overtime.
Di akhir nanti, saya kongsikan bagaimana saya stay kekal cergas sepanjang puasa walaupun waktu kerja tidak menentu.
TIPS CERGAS DAN SIHAT SEMASA BERPUASA

1. MINUM AIR SECUKUPNYA
Disarankan oleh pakar adalah sebanyak 8 gelas setiap hari. 
Namun boleh juga anda ikut tips ini,
Minum air mengikut berat anda. Setiap 2.5kg minum 1 liter.

2. TIDUR YANG MENCUKUPI
Tidur yang mencukupi adalah selama 6-7 jam setiap hari. Tidur dengan baik dan selesa supaya kita dapat tidur dengan lena. Bagi yang beribadat di tengah malam, pastikan anda mencari ruang untuk tidur secukupnya, sesuai dengan keperluan badan anda.

3. JANGAN TIDUR BERLEBIHAN.
Bulan puasa bukan alasan untuk kita tidur berlebihan. Bila kita tidur berlebihan, badan akan jadi lemah dan semakin tak berdaya!
Dan yang paling teruk kita akan jadi semakin mengantuk. 

4. MAKAN MAKANAN YANG SIHAT
Makanan yang sihat bermaksud bersih, selamat dan seimbang. Makanan seimbang ni ada semua jenis kategori dalam piramid makanan. Paling kurang dalam pinggan kita mesti ada karbohidrat, protein & vitamin daripada nasi atau pasta, daging dan sayur-sayuran.

5. JANGAN MAKAN BERLEBIHAN
Ingat, jangan makan berlebihan sehingga penuh perut, susah nak bergerak. Makanlah seadanya. Sebaiknya berhenti sebelum kenyang.

6. ELAKKAN PENGAMBILAN KAFEIN
Minuman berkafein terdiri daripada nescafe, kopi dan teh. Elakkan minuman sebegini untuk mengelakkan badan cepat terhidrasi. Bila badan kurang air, kita akan cepat penat.

7. BANYAKKAN MAKAN BUAH-BUAHAN
Sebaiknya makan buah sebelum makan nasi atau makanan berat. Makan buah-buahan sebelum makan sangat membantu melancarkan penghadaman.

8. AMBIL MAKANAN TAMBAHAN TERBAIK
Makanan tambahan sangat penting demi memastikan kesihatan kita ditahap optimum. Makanan tambahan membantu mencukupkan nutrisi dalam badan.

Okay, apa pulak rahsia saya kekal sihat dan cergas di bulan puasa?

Ni la tonik saya sepanjang berpuasa, selain mengamalkan tips di atas.

ENERGIZING SOY PROTEIN a.k.a ESP
Semasa sahur, saya WAJIB minum ESP & 3 biji kurma. Saya letak 2 sudu besar, kemudian campur dengan milo 1 sudu besar & shake2 sampai larut. Kemudian letak dalam bekas berisi ais. 
Jadi masa nak minum nanti, ESP tu sejuk & sedap.


Masa bersahur, saya jarang makan nasi. Tambah pulak saya bekerja shif malam di bidang F&B, jadi, waktu sahur adalah waktu yang tersibuk selain waktu berbuka puasa.
Jadi, pilihan bersahur dengan ESP adalah jauh lebih baik sebab cepat disediakan & sangat mudah.

APA BEZA SAHUR DENGAN NASI DAN SAHUR DENGAN ESP?

1. CEPAT. Saya shake je dengan air suam @ air sejuk dengan mana2 minuman berperisa pilihan saya, tadaaa....siap.

2. KENYANG LAMA. Bila minum ESP boleh terasa bezanya bila minum & tak minum ESP. Kalo saya tak minum ESP, pukul 10 pagi perut dah mula berdondang sayang. Lapar~. 
Tapi bila minum ESP, rasa-rasanya pukul 12 atau pukul 1 petang baru la terasa sengal- perut ni.
Ini kerana protein yang terbaik adalah protein yang dapat memenuhi keperluan semasa tubuh anda. 

3. CERGAS & BERTENAGA. Selalunya lepas makan nasi, confirm mengantuk & mata jadi layu. Sebab tu, lepas solat subuh je kita tertidur. Kadang-kadang tu, tak sempat solat subuh pon, terus dah Zzzzzzz.... kan?
Tapi, bila minum ESP, saya makin cergas & ligat buat kerja. Saya tak rasa mengantuk pun, walaupun saya berjaga malam.

Apabila memilih makanan, adalah patut untuk kita tahu jenis makanan yang mengandungi Indeks Glisemik tinggi atau Indeks Glisemik rendah. Dengar macam skema kan? Tapi itu yang sebenarnya kita tidak tahu. 
Makanan sendiri yang mempengaruhi sama ada kita cepat lapar atau tidak.

Tindak balas antara cepat atau lambat lapar adalah bergantung kepada tahap indeks glisemik sesuatu makanan. 

Makanan yang bernilai Indeks Glisemik rendah mampu melepaskan gula dalam darah secara perlahan-lahan. Sebab tu kita lambat rasa lapar.

Makanan dengan nilai indeks Glisemik tinggi pula berfungsi dengab cara melepaskan gula dalam darah dengan kadar yang cepat. Kita kena sentiasa restore makanan sebab selalu kelaparan.

Nampak tak bezanya bila kita wajib pilih makanan terbaik terutama semasa berpuasa ni.

Untuk keterangan lebih lanjut & nak order boleh terus whatsapp saya ye.
Fadhilah - 0194555534


No comments: