Pages

Sunday, January 20, 2013

It's My Birthday

Assalamualaikum...

Tanggal 20 Januari adalah birthday aku...hoyehh...

Kepada pemilik nama Nor Fadhilah Mohamad Izaraee, Selamat Hari Lahir yg ke-27...

Moga panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kehidupan yg bahagia...

Happy Sweet 27th Birthday girl!...hahahaha...

Hari ni lepak kat umah je.. dan mak masak breakfast nasi goreng, menu favourite aku...


nampak kosong je kan..tapi ni la favourite aku...asalkan mak yg buat. Aku takkan makan dgn apa2 lauk, aku makan kosong mcm ni je, tu pun dah boleh makan 2 pinggan...

Hari ni aku penuhkan aktiviti membalas komen dan ucapan birthday di FB...sambil2 tu, tunggu juga yg tersayang message wish birthday, tapi tidak kunjung tiba. If I may say, the worse birthday ever... mana tak worse, kalo dah yg tersayang takde di sisi di hari2 penting mcm ni... hmmm... :'((. Hari ni saje pun dah beberapa kali mengalir air mata mengenangkan nasib diri... :'((

Selain tu, aku juga sibuk buat birthday kad utk aku, dan kad birthday mak aku yg tertangguh utk dibuat yg jatuh pada 6 Jan hari tu...









Saturday, January 19, 2013

DEMAM...

Assalamualaikum

Google

Demam kembali melanda....isk...

:'((

~need someone~


Friday, January 18, 2013

Bersyukur...

Assalamualaikum


Adakah aku tak pernah bersyukur?

Aku bersyukur:

  • diberi kesempatan utk masih bernafas walaupun...
  • dikurniakan keluarga yg memahami dan menyokong
  • dikurniakan 'insan istimewa' yg bergelar lelaki yg sentiasa menyokong, membantu dan pemujuk yg berkesan serta pengusik yg berjaya! hmmm...
  • belum buta sebab banyak menangis dan i'm specky! :P
  • aku ada musuh..so that i know my dark side
  • ada yg memerhati, tanda dia ambil kisah and i know my sweet (la sgt...) side... :
Aku sentiasa bersyukur dgn apa yg aku ada. Tapi mungkin belum cukup baik. Mungkin aku perlu tambah nilai syukur aku.

Tapi sisi sedih tetap datang bertamu. Adakalanya tidak mengira masa. Ada masa rasa frust, rasa kecewa, rasa sedih, rasa ditinggalkan, rasa tak dihargai, rasa dianiaya dan pelbagai rasa yg menjamah hati ni... EMO sungguh.....~sigh~...

Where was i wrong? Macam mana nak halau rasa galau hati ni? Oh My God...pleaseee help me...

Pesanan utk diri sendiri:

1. Lebihkan BERSYUKUR....
2. Do not expect too much in relationship or else you'll feel dissappointed
3. Give more, receive less
4. Be PATIENT
5. Be HUMBLE
6. Carilah sesuatu bagi menghilangkan rasa sedih hati...
7. Give BEST SHOT into your life...





Kerastangan...

Assalamualaikum...

Bermulanya tahun 2013, semangat aku berkerastangan sudah kembali setelah lama menghilangkan diri...

Sambil2 aku menghabiskan masa di opis yg tak berapa nak rupa opis tu, aku pun memulakan projek aku...

Ni hasil aku yg pertama published today by my best friend...






This item called 'circle flip up message'... the content is focused for kids attraction. This present is specially made for my belove niece (well, she is actually my best friend's niece, but i do love her as mine too) who is 5 years old.

Second item:

Hello Box!
A message in the box!

I want to call this item as 'pop up cute card'. It looks small at the outside but there is a wise space for message in the inside... I made this for no one and its only for display and trial version...

I have long way to go... There is so many things to research, there is so many activities of looking and finding great items for crafting. May i have long lasting courage in doing the things i love...

Bye...

Tuesday, January 15, 2013

Bila Stress Jom Kita Makan...

Assalamualaikum...

Tak kuasa aku na citer sedih-sedih...

Baik aku citer pasal makan, lagi bagus, lagi nikmat, lagi terliur... :P

Menu bekal aku... semalam, hari Isnin...aku buat pancake je... Adunan pancake ni aku pakai susu tepung je, sebab takde bekalan susu segar... Utk lunch telan maggi je...


Hari ni pulak, aku buat roti telur je... sebab dah buntu nak masak apa...

Roti Telur Malaysia

Hmmm...untuk esok dan hari seterusnya, aku masih takde idea nak masak apa... sekian...

Suasana kat opis suram dan mengecewakan...pada aku, no payment, no progress...aku takkan buat kerja selagi tak bayar gaji aku. So, bagi menghilangkan bosan di opis, aku pun buat la projek kerastangan aku... Tapi agak menyedihkan sebab kekangan utk mendapatkan barang dan peralatan yg sesuai, sebab aku takde duit...idea banyak, tapi modal je takde. Takpelah, mula perlahan2 dulu...insyaAllah, sape tahu ada rezeki di depan sana...


Ni kotak buatan sendiri...ada projek sikit aku na buat. Belum siap touch up lagi kotak ni...Nanti aku tunjuk yg dah siap. Yg kat bawah ni pulak isi di dalamnya...

Album Lipat-Lipat
Bukaan album
Nanti aku akan tunjukkan rupa sebenar hasil ni...

Bye...


Frust....

Assalamualaikum...

Google



FRUST....! Pheww....

Rasa sungguh frust!... Frust dgn tempat kerja dan pemiliknya... Punyalah kejamnya hati dia sanggup tipu pekerja-pekerja dia yg setia ni.... ish3x.... ada jugak manusia mcm ni. Kalau la aku ada kuasa ultraman, nak je aku laser kat dia....biasa tu! huh!

Frust sungguh bila dia tak concern and sensitive dgn nasib pekerja dia yg masing2 punya masalah peribadi...sampai hati dia... Takkan aku MAAFKAN dia kalo dah memang dia berniat mcm tu... Takkan aku HALALKAN hak yg sepatutnya aku dapat. SIOT...

-No Payment No Progress....


Sunday, January 13, 2013

Saya Kembali...

Assalamualaikum...

Dah lama jugak aku tinggalkan blog ni ye...

Busy?.... Takde maknanya.... Tak busy pun...BBB je...(Buat-Buat Busy!)...hahahaaha...

Sebenarnya takde modal nak sembang kat sini... lagi satu sebab takde semangat nak menulis bila external keyboard aku ni kehilangan huruf 'n'... Huruf ni pun aku amek kat keyboard lama...jenuh nak angkat external keyboard ni bila nak pakai huruf 'n'... Maklum la, bajet ciput, keyboard mcm ni je yang mampu dibeli...muehehehe...

Ni la rupa keyboard aku...
There is something missing, right? 
Ni la rupa keyboard aku... yg external warna hitam, yg putih tu the origin la...
Keyboard yg original tu separuh je boleh pakai. Yg bahagian kiri hingga ke tengah tak boleh berfungsi dah, dari tengah ke kanan pulak boleh pakai lagi...Biasala, budak buas pakai, lagipun dah seasoned laptop aku ni. Start beli tahun ke-2 di U(2007), so, kira sendiri la dah bape tahun...huhuhu... Kalo ada sape2 yg nak sedekah keyboard kat aku, sangat2 la dialu-alukan...pahala wei... :-)

Okey, gambar-gambar ni pulak saje aku nak letak bekal aku bawak p opis... Menu biasa-biasa je, cukuplah nak mengenyangkan perut kan...

Sarapan hari Isnin...
Pancake Gebu Gebas
Menu hari Selasa...yg ni favourite...sebab memang kenyang sampai ke tengahari. Hari tu tak habiskan masa breakfast pun, simpan sikit utk makan masa lunch...

English Breafast
Menu hari Rabu: Utk breakfast aku hanya bawa roti letak inti kaya+majerin je...Tengahari pulak santap maggi...puas hati... :D

Menu hari Khamis, aku buat nasi goreng biasa, tapi bawak sekali lauk dari rumah, tapi makan masa breakfast, tengahari pulak telan Mushroom soup dan ciabata bread je...

Mushroom Soup & Ciabata Bread

Menu hari Jumaat, aku cuba resepi baru, maggi goreng sardin. Its turned out quite good. Tengahari pun makan makanan yg sama jugak...

Maggi Goreng Sardin or Maggi Sardin Goreng????
One more thing, aku dah mula projek kerastangan aku. Sebenarnya kos agak tinggi kalo nak beli proper equipment for craft, tapi aku guna apa yg ada je...esok2, bila dah kaya sikit, baru la aku nak mula beli barang2 keperluan...dan sambil2 tu, perkemaskan hasil kerastangan menjadi kraftangan...hahahaha...

Gift Bag

Message Book Fold

Last but not least...aku nak tunjuk gambar Adik Kecik Tapi Besar buat minum petang semalam. Aku ingatkan tau makan je...rupanya pandai jugak buat minum petang selain pandai masak maggi dan goreng telur..

Tadaa...

Apa nama sebenar roti ni eh? Roti telur ke? Aku tak tahu. Yang aku tahu, roti celup dalam telur, pastu goreng dalam pan...hmmm....sape tahu apa nama masakan ni tolong la bagitaw kat aku....weeehuuuuu...

Hah, amek ko, 11 hari tak bersiaran di blog, sekali masuk sumbat utk cerita satu minggu...

Dah lama aku tak buat book review, pemalas sungguh...

Bye...

Wednesday, January 2, 2013

Azam 2013

Assalamualaikum...

Well, azam tahun baru.... hmmmm....aku dah buat azam tahun baru masa Awal Muharam hari tu...tapi masalahnya sekarang aku dah lupa apa azam yang aku dan now i was thinking...what was that eh? Kena write down ni...

So, pada 2 Januari 2013 ni, aku mulakan dengan mengambil apa yang aku breakfast on weekdays... 

Cucur Nasi Ikan Bilis
Aku buat cucur nasi lagi... Kali ni saje buat bawak bekal, sebab macam takde apa nak makan sebelum lunch. Plan asal nak buat english breakfast, tapi, bila pikir balik, sampai opis pun dah dekat tengahari, kalo makan english breakfast tu, memang akan kenyang lama, bila pulak nak makan nasi goreng... So, bila tengok nasi sejuk banyak lebih, asing siap-siap 2 cawan untuk buat cucur...jadi boleh tinggal kat rumah sikit... Hari ni banyak makan, mula-mula makan cucur, pastu makan pulak nasi lemak(lupa nak amek gambar)....super kenyang....

Lunch hari ni pulak, macam biasa nasi goreng biasa-biasa je...dimakan bersama sup ayam...Bila dah kenyang, makan lunch pun slow aje, tak rakus macam selalu...

Nasi Goreng Biasa-biasa & Sup Ayam
Alhamdulillah...kenyang jugak...

Now, aku kena pikir apa azam yang aku dah buat hari tu....haih....

Bye...

Tuesday, January 1, 2013

It's New Year 2013

Assalamualaikum...

Finally....2013 arrived...

Aku tak tahulah apa jadi malam tadi, bunyi kebabom ke, bunyi pompom ke dek kerana bunga api...sebab aku dah ZzZzZzZz...........lagi syiok...

Bangun pagi ni rasa macam nak buat macam-macam jenis breakfast. Tapi nanti kalo banyak sangat makanan, tak habis dimakan pulak. Dalam otak ni ligat je nak buat pancake, nak buat egg in basket, nak buat cucur la...tapi at last, aku end up buat nasi goreng je. Sebab mak dah goreng sukun dan cempedak, but takde gambar ye....

Pagi ni aku buat nasi goreng T&E4. Dah 4 kali aku try nak buat nasi goreng sesedap nasi goreng daging kat kedai yang aku selalu makan tu, tapi STILL....still tak dapat the best taste like the one they had... I need something kick in that rencah...

Nasi Goreng Daging
Jangan terpedaya dengan rupanya ye, warnanya lagi merah dari yang ni, the taste is good, as always, but there is something missing there...still tak sama dengan kedai tu buat... Maaf ye gambar dan keadaan di dalam pinggan yang indecent, sebab sangat malas nak kesah ke ambil gambar...

Bahan
-nasi sejuk
-1 biji bawang besar
-1 4 ulas bawang putih
-2 tbsp pes cili kisar
-1 tbsp sos tiram
-1 tbsp kicap manis
-1 tbsp kicap masin
-1 tbsp sos cili
-1 kiub ayam Knorr
garam
-isi ayam (perap dengan garam, kunyit dan sedikit serbuk lada hitam)
-isi ikan goreng

Cara memasak:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam separuh masak
3. Masukkan isi ikan goreng, kacau lagi hingga ayam masak dan ikan goreng agak garing
4. Masukkan pes cili kisar, tumis hingga naik bau
5. Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap masin, sos cili dan kiub ayam
6. Masukkan nasi dan kacau rata, perasakan dengan garam.
7. Angkat dan hidangkan panas.

Itulah brunch aku hari ni...kenyang sampai petang. Tapi masih mencari apa kekurangan rencahnya. It's okay, even when i'm reaching T&E10 and still didnt get the right thing, I will continue searching for it, hehehe...

Okay, hari ni last aku cuti, selepas 4 hari bertapa kat rumah, kebas sudah vontot hamba...boring gila duk umah. Cuti ni aku banyak bermain kat dapur, just to find some exciting while i'm on leave. The good things is, i can try and make my own version of food. I read, I learn, I apply and I eat, hehehe... So, here are some of the picture which is out of the blog for the moment (dgn erti kata lain, tak letak dalam blog sebab malas nak berentry...tu je..)

Pancake (tanpa susu segar, hanya guna bancuhan susu tepung) 
Nasi Goreng Tomato (my T&E3)
Nasi putih + sardin + sayur suhun
Gambar yang last tu, bukan aku yang masak, tapi mak yang masak. Saje nak tunjuk, my favourite lauk, dulu, kini dan selamanya....sardin and sayur suhun....

Last word: Welcome 2013. Saje aku nak buat post hari ni sebab hari pertama tahun baru kan....sebenarnya takde apa sangat pun nak update.

Bye...