Pages

Tuesday, April 14, 2015

Bersopan santun di jalan raya

Assalamualaikum.
Selamat malam.
Hari ni, i rasa macam begitu taat memandu di jalan raya. Cer tengok gambar tu. Jarang i nk bawak sebanyak itu ye!
Selalunya jarum meter akan ke kanan je sentiasa. Kalo tak cecah 100 km/j atau 110 km/j, idok la i nk lepas minyak tu.
Tu pon rasa slow lagi. Aku ada penyakit ke? Sindrom ke? Hmmm...

Teringat masa 2009, baru habis belajar kat U, pastu sementara tunggu kerja, p la buat lesen kereta dulu. Masa latihan, i selalu kena 'marah' dengan cikgu i. Sebabnya, bila sampai di mana2 selekoh atau simpang, i mesti slow & bagi laluan kat kereta lain yang nak keluar simpang atau selekoh.
Cikgu i duk merepek kat sebelah, 'jangan bagi laluan, ni laluan utama, laluan kita, jalan je, depa yang patot berhenti'. I jawab 'sopan santun cikguuu'... cikgu pon berkata, 'sopan santun pon tengok la sama, ada je nak menjawabnya'...heheheee...
Tu dulu la, sekarang dah expert! Cewahhh! Tapi apa2 pon, berhati2 di jalan raya tu lebih selamat kan... 
Tapi mesti ada yang kata 'kita berhati2lah macam mana sekali pon, mesti ada orang lain yang tak hati2, sampai kita pon terbabit sekali.' Betolll....betol sangat. Tapi itulah namanya takdir & kehidupan. Nasihat saya, semasa nak naik kereta tu bacalah Bismillah, masa duk drive tu selawat apa yang patot...pahala pon dapat kn! *pesanan ni untuk diri sendiri jugak. Jangan bawak kereta laju2 maa...

No comments: