Pages

Monday, December 31, 2012

A Day Before New Year!

Assalamualaikum

Esok dah masuk tahun BARU.... Welcome 2013...

Aku buat apa ye hari ni?

Hari ni aku sangat GIGIH membalut buku adik aku. Aku balut, dia prepare salotape. Pastu mulut dia tak berhenti bercakap...pot pet pot pet...rimas aku... Lepas habis dia kerjakan salotape tu, dia tinggal aku sorang-sorang balut buku, dan dia p layan laptop...Hampeh. Ini kalo tak pandai lagi aku tak tahu nak cakap apa...Bukan kecik lagi dah, form 2 dah pun...Aku pun satu, layan sangat budak temok tu....huhu...

Pagi ni aku bangun dan terasa nak makan sesuatu instead of nasi lemak kedai. Aku intai rice cooker, ada la dalam 2 cawan nasi. So, plan nak buat cucur nasi. Pastu teringat kat blog Kak Ita (masam manis) ni, dia pernah entry cucur nasi, tapi Kak Ita pulak amek kat Kak Yati @ Yati Memories . So, aku pun mencari-cari la di blog dia. Kedua-duanya adalah blogger yang aku paling minat baca blognya sebab hasil kerja dan kreativiti dalam masakan dan fotografi cukup sempurna. 


Cucur Nasi Ikan Bilis


Cucur Nasi Ikan Bilis
Resepi: Azlita Masam Manis & Yati Memories

Bahan-Bahan
2 cwn nasi
2 cwn air
1 biji bwg besar
2 biji bwg putih
1/2 cwn ikan bilis
2 1/2 cwn tepung gandum
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
Daun sup/bawang (di hiris halus)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng]

Cara Membuatnya
1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
5. Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...
p/s:
-aku kena tambah 1/2 cawan air untuk hasil yang baik dan aku guna cili padi (hiris nipis) bagi 'kick' sikit..hehehe...
-aku jemput pakai sudu je, sebab belum expert pakai jari-jemari ni...hehehe...

Selepas sibuk di dapur, aku tolong adik aku balut buku-buku teks dia macam yang aku cakap kat atas tu tadi. Dah form 2, buku pun tak reti balut...

One of the books
Sekali tengah syiok membalut, ada pulak satu buku yang takde kulit depan. Boleh pulak ada buku teks takde kulit depan, mujur la boleh tulis nama kat kulit belakang buku tu...

Buku Kemahiran Hidup yang tak berkulit
Aku pun dengan otak yang cepat lagi tungkas terus la terpikir nak letak kulitnya, Takkan la nak balut pastu terus salotape kat mukasurat pertama kan...sungguh takde inisiatif...ceewaaahhh... Akhirnya, aku amek la A4 paper kosong dan buat la bajunya. Siap tulis tajuk lagi... Ni budak ni, kalo tak dapat good result form 2 ni, maunya aku piat telinga dia... ngehngehngeh...

Dah habis melayan dia, aku masuk dapur dan buat apa yang patut. Mak n abah keluar dating, so, hari ni mak cakap beli lauk kat kedai je. In the meantime, aku kat umah masak la apa yang aku nak masak. Hehehehe...

Dan hari ni akhirnya aku dapat makan AYAM GORENG UPIN IPIN..hehehe..

Ayam Goreng Kunyit + Lada Hitam
Tapi yang ni aku tambah sikit la. Aku perap ayam dengan serbuk kunyit, garam dan lada hitam. Pastu aku tambah pulak bawang besar(hiris bulat) dan bawang putih(diketuk) dan cili padi(belah dua)...memang berapi ayam gorengku...

I've been craving this ayam goreng for quite sometime and its so heaven to have it even for the first bite! Haha...melampau.... But finally i filled up my cravings. I ate it with heartily for my lunch and dinner

Last but not least, Happy New Year everybody! May you and i had good moment in the 2012 to be memorized and a blissful year of 2013 to fight for...

To My Love: Happy New Year... may we had a very wonderful and challenging days ahead... :D

Bye!...


Saturday, December 29, 2012

Pancake Nasi

Assalamualaikum....

Memandangkan hari ni hari cuti (Sabtu) aku pun mula la bereksperimen dengan resepi-resepi yang aku rasa nak buat. Tapi aku akan pastikan, resepi tu senang nak buat, bahan pun mudah cari dan sedap...

Hari ni aku test pancake nasi. Bila aku intai rice cooker pagi tadi, nasi lebihan semalam tak banyak pun, ada dalam 2 cawan je. Jadi, nak buat nasi goreng macam tak berbaloi, nak buat cucur nasi pulak, mak dah buat cucur cempedak, jadi teringat pulak pernah tengok kat blog CMG ni pernah buat pancake nasi... jadi aku pun buat la pagi ni. Tapi aku buat hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah.



Pancake Nasi
Resepi: Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:
11/4 cawan nasi sejuk - dileraikan *aku dpt 2 cawan nasi
1 keping daging ayam Ramly
1 biji bawang besar - didadu
1 ulas bawang putih - cincang halus
1 batang daun sup
2 biji telur
garam, lada hitam
1 biji cili merah, buang biji dan dadu
1 biji cili hijau, buang biji dan dadu
*aku tambah sosej, isi ketam (dadu), serbuk ikan bilis dan sedikit serbuk cili.

Penambah rasa:
Sos cili

Cara memasak:
1. Satukan semua bahan dan kacau rata
2. Panaskan non-stick pan dengan minyak dan api yang medium, dan tuang adunan seperti mana adunan pancake yang biasa.
3. Biarkan masak kedua-dua belah. Kalau suka garing, biar lama sikit.
4. Angkat dan hidang dengan sos cili

Terima kasih ye CMG sebab bagi resepi ni. Ada jugak kaedah lain menghabiskan lebihan nasi selain daripada buat nasi goreng dan cucur nasi. Komen daripada pemakan-pemakan tegar kat umah ni   ---------> SEDAP....

Cumanya, adunan aku lerai, dan tak pakai acuan apa-apa jadi, bentuknya tak sekata. Untuk mengatasi lerai tu, aku tambah la 1 tbsp tepung gandum.


So, next time boleh buat lagi...

Selamat Mencuba..

Bye...

My Weekdays!

Assalamualaikum....

Dah hari sabtu.....bape hari je lagi nak masuk tahun baru 2013...

Okey, my weekdays selalunya dan seharusnya diisi dengan kerja-kerja opis. Tapi aku tak nak cerita kisah-kisah opis sebab takde yang menyeronokkan pun. Baik aku cerita pasal MAKAN...Aku ada hobi baru... 'menyediakan bekal ke opis'...

Agak gigih aku membekal ke opis for the past few weeks...Tapi kebanyakkannya terlupa nak snap gambar... Adakala aku buat sandwich telur rebus, sandwich sardin, sandwich 1st time, cereal dan adakalanya english breakfast (scrambled egg, baked beans, toast, potato hash, sosej) je.

Sandwich Sardin



Cereal yang aku boleh makan setiap hari tanpa jemu

Selalunya aku akan buat bekal untuk breakfast dan lunch sekali. Kalo lunch tu selalunya nasi goreng la. Nasi yang aku dah bawak ke opis antaranya, nasi goreng lada hitam, nasi goreng ayam, nasi goreng cili padi dan nasi goreng biasa2. Ada jugak megi goreng dan ada jugak makan megi segera je. Memang dah buat stok kat opis tu sebungkus besar megi Cintan Kari, senang kalo lapar tiba-tiba.

Megi Cintan Kari yang tiada tolok banding kesedapannya...

Bila dihitung balik, agak jimat bila bawak bekal ke pejabat. Satunya kita boleh rancang nak masak apa dan boleh beli barang ikut keperluan dan bajet, keduanya, menjimatkan petrol untuk jarak dari pejabat dan kedai makan... Hmmm... sah makcik nasi lemak dan brother kedai makan yang aku selalu pergi tu hairan aku dah 3 minggu kot tak labur duit kat diorang....muehehehehe... Apa-apa pun, aku dan best friend really enjoy our own homemade meal!...

Nanti aku akan letak lebih banyak gambar-gambar homemade meals, okay!

Bye....




Wednesday, December 26, 2012

Last But Not Least!

Assalamualaikum...........

Last but not least food that gone into my stomach......

Having supper at sooooo late at night on 10.30p.m.... :D

A slice of bread with kaya and butter

Tadi macam lapar, terus capai roti ni... dah sekali rasa bersalah la pulak....Hmmm...tapi dah masuk perut pun...apa nak dikata lagi melainkan kata:

"SEDAPNYA........macam lama pulak tak makan macam ni"....hehehehehe........

Badan aku dah kurang panas....batuk pun takde, hidung yang berhujan pon takde...pelik!!!! Selalunya kalo demam macam ni, jenuh la tahan segala-galanya....ni macam pelik je.......... tapi syukurlah...okey jugak macam ni...takde la seksa diri........

Google
Last but not least....a good beauty sleep for the good tomorrow...
-Forgive everyone
-Forget the past
-Have a happy life
-Do good avoid bads
-Appreciate the ones who always make u happy....
-Be extraordinary excellent & happy
*no matter what in current state you are!

Good night my love...

Bye...


Tuesday, December 25, 2012

My Cravings @ My Comfort Food

Assalamualaikum...

Salam hari Ahad dan Merry Christmas pada yang menyambutnya....
Aku sambut hari Selasa dan hari cuti yang membosankan di rumah.... tettttt...

Setelah beberapa hari demam (dari hari Jumaat), baru hari ni aku boleh makan dan teringin nak makan sesuatu yang simple. Sebab selama duk demam ni kena paksa makan dan terpaksa makan sebab nak makan ubat. Tapi hari ni tiba-tiba pulak selera nak makan tu datang walaupun badan ni tak hilang panas lagi...ni kira dinner aku la ni...

Nak tahu apa dia????

Tadaaa....

Telur Goreng dan Kicap
Inilah dia... telur goreng dan sambal kicap dan juga nasi yang menggunung(patut la aku gemok)...Pastu tetiba pulak otak ni terajin nak ada chips, buat la 4 keping nipis-nipis, tapi ada 3 je tu sebab satu aku dah ngap...krup krap kru krap bunyinya.....

Sambal kicap tu macam biasa la, aku letak bawang putih, bawang besar. Tapi kali ni aku tak guna cili padi, sebab ada orang tak bagi aku makan cili padi kerap sangat, jadi, aku tukar la kepada cili besar merah dan curahan lada hitam dalam kicap tu....ha...ada pedas-pedas jugak kannn....BIJAK tak aku....heeeeeeeee......

Semalam pulak makan nasi ayam, tapi yang tu terpaksa makan sebab nak temankan orang tu makan(dan takut kena marah sebab tak makan)...kesian pulak dia tak makan dari pagi...dah la tension, kelaparan lagi....Pagi semalam aku ada buat breakfast sikit, ingatkan nak bawak p opis, tapi tak jadi sebab memandangkan nak sampai opis tu pun dan menjelang tengahari, rasa tak sampai hati pulak nak hidang makanan breakfast, so, cari kedai la....


Ni la rupa breakfast semalam, potato hash, sosej goreng dan scrambled eggs... Takpelah, nanti aku buat lagi untuk bawak bekal ye...

Hari ni tak buat apa sangat kat rumah. Aku memang lepak depan laptop je, mencari idea untuk breakfast and lunch yang paling mudah, praktikal dan boleh mengenyangkan...

Aku tak sabar la nak ada dapur sendiri, sebab aku nak explore banyaaakkkk benda,...... weeeeeehuuuuuuuuu.....

Bye...

Monday, December 24, 2012

Hari Minggu Hari Eksperimen!

Assalamualaikum...

Salam Ahad. Rasanya tidak keterlaluan sekiranya aku cakap hari minggu adalah hari aku bereksperimen dengan segala jenis food dan masakan yang aku suka...

Semalam (Sabtu) aku buat breakfast pancake.. I love pancake... dan aku sangat menggemari pancake McD.. tapi dek kerana aku tak boleh ke McD selalu sebab aku akan tergoda dgn menu-menu lain selain pancake tu, jadi, buat sendiri la...

Pancake ni aku dah dua kali buat tapi dua-dua hasilnya tak memuaskan hati aku. Aku search this recipe merata-rata dan tengok video kat youtube...tapi still turn out not good as i am looking for.... tapi rasanya aku dah tahu kenapa pancake aku nipis, sebab terlalu cair...


tengok tu, nipis, tak cantik macam yang aku nak...takpe....nanti aku cuba lagi...

Hari ni, aku buat breakfast ulangan. Pada aku ulangan la sebab aku dah buat bekal ke opis, tapi masa tu tak sempat nak buat lebih untuk orang-orang kat rumah, jadi, barang ada lebih lagi, aku buatkan untuk isi umah ni. Namanya sandwich 1st time! Sebabnya, ni first time aku REKA SENDIRI buat sandwich macam ni, dan pertama kalinya dihidang dalam family aku... kitorang tak pernah makan sandwich macam ni...lain la kalo ada family lain yang pernah makan kat Subway ke, atau mana-manalah....kami orang kampung biasa-biasa saja. Typical sandwich melayu biasanya sandwich sardin dan sandwich sardin gulung, jadi, apa kata tukar selera pulak ye... 

Menyusun filling and black paper flakes
Untuk sandwich ni aku guna roti wholemeal/putih, sosej, isi ketam, capsicum merah dan kuning. Sauteed semua bahan isi tu, pastu susun atas roti mcm di atas dan tabur sikit black paper.

Bakar atas non-stick pan
Masa bakar ni terpulang sama ada nak letak butter atau tak. Api kecik je, kang hangus pulak....

Inilah rupa filling di dalamnya
Yang aku buat pertama kali, Jumaat lepas, lupa nak snap gambar. Kali ni aku buat lain sikit. Kali ni aku tenyeh fresh garlic kat roti yang still panas tu, so, ada rasa kick from garlic tu...Habis dah dikerjakan adik-adik aku yang pemakan tegar tu...

Nah kau! Rupa tiada, tapi rasa off the chart!
Pastu aku intai pulak rice cooker, ada lebihan nasi lagi...so buat pula nasi goreng biasa-biasa je... Aku campak je apa yang aku rasa nak campak...asal kenyang sudaaa...

Ni set brunch aku
Macam-macam la aku letak dalam nasi goreng ni, capsicum la, sosej la, isi ikan goreng, ikan bilis...meriah! Tapi habis jugerrr.... Atas tu set brunch aku... ada semangkuk nasi goreng, potato hash dan sandwich 1st time, gandingkan dengan nescafe panas...kenyang...Alhamdulillah..

Disebabkan aku demam minggu ni, aku larat masak untuk breakfast je, bila jam dah cecah jam 12 tengahari aku dah lembik, tak larat sampai ke malam...ni nk tulis kat blog ni pon jenuh tongkat badan... so, kesian mak aku, aku tak boleh tolong dia kat dapur macam selalu..apa lagi, aku pun titah la adik-adik pompuan aku p tolong mak kat dapur...hehehe...

Yang ni pulak sepatotnya menjadi lunch aku, tapi disebabkan aku makan pun dan pukul 5 lebih, jadinya, dinner la ye... Mee Tomyam...menu lunch semalam, tapi ulang makan hari ni...kitorang tak kesah pun, telan je...sedappp...

Mee Tomyam
Udah la ye...nak pergi beradu...nak rehat...tak tahan dah... 


Bye... 

p/s: Missing someone like crazy!!!

p/s lagi: post ini ditaip pada hari ahad malam, tapi xsempat tekan butang publish, dah lompat isnin pagi dah...



Friday, December 21, 2012

Cubaan

Assalamualaikum...

Jumaat malam berlabuh sudah...esok dah masuk hari Sabtu... Suasana di pejabat hari ini kecoh dan panas!!!
Tapi aku tak nak berlagu di sini, biarlah aku selesaikan sendiri...

Malam ni aku dah mula mencuba resepi sendiri terhadap OAT! Sape suka oat??? AKU! Aku suka oat. Selalunya aku akan makan oat dengan susu dan hirisan buah-buahan terutamanya pisang. Kalo ada stok pisang emas kat rumah, hari-hari aku boleh makan oat.  Selain tu boleh juga makan dgn kurma dan prune. Lagi satu cara makan oat, aku selalu campur dengan secawan milo atau sus anlene coklat. Memang sedap dan mengenyangkan...

Caranya, kalo bancuhan milo, aku akan letak 2 sudu besar milo, 2 sudu besar oat dan 1 sudu besar tepung susu dan tuangkan air panas dalam mug. Kalo bancuhan susu anlene coklat, aku letak 2 sudu besar susu dan 2 sudu besar oat dan campurkan air panas dalam mug.

Tapi malam ni aku cuba bereksperimen dengan mengubah suai sweet oat kepada savory oat. Kaedah ni sama ada guna kaedah tumis atau rebus. Malam ni aku cuba cara rebus dahulu.




Savory Oat (T&E 1)

Bahan
5 tbsp oat
1 ulas bawang merah - hiris nipis
1 ulas bawang putih - hiris nipis
1 crabstick - hiris
2 ulas fishball
sedikit lada benggala/capsicum - hiris
secubit kiub ikan bilis
1 1/2 cawan air
1 tsp serbuk lada hitam

Cara memasak:
1. Masukkan air dalam periuk dan biar hingga mendidih
2. Masukkan bawang merah, bawang putih crabstick, capsicum, lada hitam dan kiub ikan bilis
3. Biarkan didih lagi sekali dan masukkan oat, masak sekejap dan angkat

Inilah rupa savory oat T&E 1 aku
Komen: Rasa sedap, ada rasa dari kiub ikan bilis, rasa manis daripada capsicum, rasa lemak dari crabstick dan rasa hangat dar lada hitam. Cumanya, oat ni jadi pekat mcm di atas. Aku lebih suka semangkuk oat yang cair, maknanya ada kuah la kn.. Tapi yang ni aku kira OK la... kenyang aku malam ni

Maksud T&E tu pulak ialah Trial and Error. Dan nombor tu pulak menunjukkan berapa kali cubaan yang telah dibuat bersama inovasi tertentu...hehehehe...

Malam ni pulak aku demam....patot la dari petang tadi rasa tak sedap badan... Malam mcm ni kena la pekena air teh 'o' panas untuk redakan demam aku ni...gitu la selalu pun. kalo demam, minum la segelas teh 'o' panas, buat sedap2, cukup manis segala...then minum, insyaAllah membantu...

secawan teh dikala demam panas

Bye...

Lolipop Kasih Sayang!

Assalamualaikum...

Salam hari Jumaat semua....

Nak tahu, hari ni Someone I Love bagi aku lolipop...
Dating makan lolipop pagi-pagi...wordless...


Lolipop pun takpe...sebab lolipop kasih sayang. Thank you abang....jom makan.... tapi merajuk tetap merajuk tau....pujuk balik!!! :D

Hari ni rasa sedih sungguh....dari semalam lagi sebenarnya kesedihan ni. Saat ni baru aku tahu harga diri sebenar aku ni sebagai pekerja yang setia yang telah diinjak-injak kesetiaan aku ni dengan hanya satu tohmahan. Terima kasih kepada yang berkenaan. Moga Allah memberkati mu selalu...

Bye...


Thursday, December 20, 2012

Green Light!

Assalamualaikum...


Comel tak patung tu? Kalo korang tengok patung tu apa jawapan pertama yang korang dapat? 
Mestilah rasa sesuatu yang positif dan menggembirakan...and so did i!!!

Aku dah dapat Green Light..... Tak sangka dengan keberanian aku tu, Someone i love juga punyai rasa yang sama... Setelah berbincang pot pet pot pet dengan panjang lebar dan berminggu-minggu, maka kami officially love birds!

Ini hanya sambungan daripada kisah Di sini..... Someone who inspired me for all this while.... 
Dia mengajar aku erti kata:

-Berani
-Belajar berdikari
-Jangan putus asa
-Sentiasa positif
-Sentiasa terima dengan hati terbuka
-Sentiasa ingat ibu bapa
-Sentiasa ingat kawan-kawan
-Selalu tolong orang dalam kesusahan

Banyak aku belajar dari dia semenjak aku kenal dengan dia. Aku dan Someone I Love sedar hubungan ni akan punyai banyak rintangan di masa depan, tapi we both decided to just go with the flow...and promised to love each other with no end. Yet, we truly appreciate the time given to us with lots of love and laughter which is become memories to be remembered in the future...


We decided:
-To love each other with no ends
-To give and take in all matters
-To share the good times and hard times together
-and To share everything that happens in our life

To Someone I Love, I Love You very much and no words can describe how much i love you...


P/s: Someone I Love dah agak jarang bergaduh sekarang ni rasanya... rindu pulak nak gaduh macam dulu...hehehe...


The Love Boat is just to set SAIL.....


Bye dulu...

Wednesday, December 19, 2012

Gigih Membekal Ke Pejabat

Assalamualaikum...

Salam Hari Rabu...

Bermula minggu lepas aku dengan gigihnya membawa bekal ke pejabat. Kalo minggu lepas ada gak pergi makan kat kedai sebab hanya siapkan sarapan pagi je, tapi minggu ni aku double gigih dengan menyiapkan sarapan dan menu tengahari... Gigih tak aku? Sila cakap gigih! Muehehehehehe.... 

Mula dengan menu hari Isnin buat sarapan Western, scrambled egg, hash brown, sosej dan roti bakar... Semua stok ni ada kat rumah, roti pulak aku kebas roti abah punya, roti benggali kosong tu..... 

Ehsan Google
Tengahari pulak aku masak nasi goreng lada hitam... Hari Selasa pun lebih kurang gitu jugak, cumanya aku tukar plak ada baked beans dan lunch pulak nasi goreng ayam resepi aku sendiri (aku rasa mcm xjadi, tapi best pren aku ckp jadi je!) Hari Ketiga, aku buat pulak egg in basket.....tapi tak jadi elok rupanya... aku jeles tengok kejadian sebenar telur dalam raga di bawah:

Egg in basket (Google)
Aku sungguh jeles... takpe-takpe...akan ku cuba lagi di masa akan datang. Dan untuk tengahari aku masak nasi goreng letak rencah dobo-dobo je, nasi goreng sosej.... Gambar semua takde, sebab tak sempat nak snap, perut lebih kuat memanggil-manggil daripada kamera memanggil.... 

Ni apa pulak aku nak masak esok? Idea2... 

Tapi sungguh...dengan berbekal ni banyak jimat duit belanja makan di kedai. Bukan apa, makan kat kedai pon boleh rasa jemu sebab dah hari2 p kedai yang sama, nak p kedai lain macam tak kena pulak dengan selera anak tekak... So, terus bawak bekal...senang cerita, sambil-sambil tu boleh buat untuk makan di rumah sekali, untuk mak dan abah. Adik-adik aku letak tepi, tak masuk dalam senarai aku sebab diorang memang dah ada nasi lemak pagi2...itu je yang diorang telan...

Hai, apa nak masak esok ye? 
Nanti aku amek gambar ye... live dari tupperware bekal aku...

Bye dulu, nak cari tanya pakcik Google apa yang best dimakan esok...

Bye...



Saturday, December 15, 2012

Post yang Terbengkalai

Assalamualaikum...

Kembali lagi...

Kali ni aku nak cerita berkenaan cerita semalam (Jumaat, 14/12/2012)... Takde yang special pun tapi hanya nak berkongsi apa yang aku makan dan menjadi kegemaran aku dulu, kini dan selamanya...

Semalam aku kerja macam biasa, tapi suasana di opis suram, masing-masing mengelamun sendiri dan buat hal sendiri memikirkan nasib yang tiada tahu hujungnya...

Nak tahu apa aku makan dinner semalam???

Tadaa...


Inilah yang menjadi kegemaran aku sejak dulu, kini dan akan selamanya menjadi 'comfort food' untuk aku.... 
Isi kandungan : Nasi, ikan goreng, sambal tempoyak dan kicap... cukup SEDAP!... aku sanggup makan mcm ni tiap-tiap hari, tapi aku tak buat la macam tu, nanti hilang pulak keistimewaannya....Macam mana cara aku makan? Mula-mula gaulkan nasi, sambal tempoyak dan kicap semua sekali sama rata dalam pinggan, dan akhir sekali makan dengan senang hati bersama ikan goreng... wahhhhh.....fabulous!!!... Tambah la apa-apa yang patot. Kalo tak cukup pedas, tambah sambal, kalo tak cukup masin, tambah kicap... kalo aku makan macam ni, selalunya aku tak cukup nasi sepinggan.....nak tambah berpinggan-pinggan.... Memang mengalir air mataku kerana pedas dan bolehla kalo nak panggil 'Happy Tears Session' hehehehehe...

Habis makan  mak aku pelawa pulak durian sebab dia ada buat pulut durian. Ni hari kedua berturut-turut mak aku buat pulut durian ni. Aku makan yang kelmarin je, yang paling terbaru, semalam aku tak makan...


Ni la sepinggan pulut durian yang aku makan kelmarin. Isi kandungan: Pulut yang ditanak, Santan mentah yang diperasakan dengan garam, Beberapa ulas durian dan sedikit taburan gula.. Ni la cara orang perak makan pulut durian...

Yang ni pulak durian yang mak aku suruh makan. Mak suruh rasa sebab durian ni hasil dari pokok di belakang rumah. Hanya ada 2 biji sahaja yang berbuah. Salah satunya telah gugur dan menghasilkan isi yang besar dan tebal...

dan ini...


Isinya sangat sedap... selama ni kami sekeluarga makan durian daripada hasil pokok di kebun yang lain. Tapi yang ni datangnya daripada pokok belakang rumah... Hanya tinggal lagi 1 biji je tunggu nak luruh...Aku bukan peminat tegar durian dan tak berapa nak boleh makan sangat, tapi kalo setakat rasa sikit-sikit tu boleh la. Tapi apa yang pelik, tempoyak durian adalah favourite aku all the time!

Okey, ni lagi satu majalah kegemaran yang aku sangat suka baca dan beli serta buat koleksi...


Majalah: Majalah Rapi
Fokus: Kesihatan & Kecantikan
Keluaran Berkala: Setiap 1hb dan 15hb setiap bulan (dikeluarkan 2 kali sebulan)
Harga: RM4.00

Ini adalah majalah kesihatan terbaik yang aku pernah baca. Isi kandungan sangat informatif dan semuanya berkenaan kesihatan dan kecantikan. Tidak kurang juga memaparkan menu-menu kesihatan dan barangan kecantikan yang berkualiti dan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. Paling aku gemar apabila membaca majalah ini adalah segmen fesyen yang memberi panduan terhadap fesyen terkini dan sopan dan boleh dikatakan sebagai 'how to mix and match from top to toe'!... Disebabkan ini adalah majalah kesihatan terbaik, maka ini adalah majalah yang satu-satunya aku baca dari kulit ke kulit....Hanya dengan melabur RM4.00 senaskhah aku dapat sejuta informasi berguna untuk aplikasi dalam kehidupan seharian. For those who read this article, i guarantee this is the BEST HEALTH magazine ever! Good Job for the team...and please keep up the goood job in the future.... Istimewanya edisi ini adalah edisi terakhir bagi tahun 2012 dan genaplah 3 tahun aku memiliki secara serius majalah ini. 

Okey semua...bye dulu....




Sabtu yang mendung...

Assalamualaikum...

Hai, kembali lagi ke hari Sabtu, 15/12/2012 bersamaan 1 Safar 1434H (1/2/34)...cantik tak nombor tu?

Hmmm...nampaknya entry aku banyak dibuat pada hari Sabtu... Wahhh...sibuk sangat ke di hari-hari biasa?

Hari ini aku mulakan hari aku dengan bangjn di awal pagi. Elok lepas subuh, aku surf internet sekejap, pastu terus turun ke bawah kemas umah, basuh pinggan dan memasak.....Hah! Bukan la aku nak citer aku ni rajin sesangat, tapi saje nk tulih penuh-penuh dalam blog aku ni... :D

Hari ni aku test sesuatu...
Semalam aku ada beli meggi kering, meggi yang kena buat rencah sendiri. Sebenarnya satu trick, sebab kalo aku beli meggi yang biasa tu, cap Cintan ke, Maggi ke, Sajime ke, confirm akan habis dimakan oleh adik-adik aku hanya dalam masa satu malam... so, bila aku beli meggi kering ni, harap-harap dapat bertahan sebab diorang malas nak buat rencahnya...

Menu: Meggi Goreng Cili Padi (Berasap Telinga, Mengalir Air Mata)....


Bahan:
-3 paket megi kering
-3 ulas bawang merah
-4 biji bawang putih
-segenggam cili padi (ikut kesesuaian) - kisar
-sedikit fishball
-sedikit ikan bilis
-sedikit lobak merah
-1 tbsp sos tiram
-garam secukup rasa

Cara Memasak:
1. Rebus meggi hingga lembut, toskan dan cuci dengan air sejuk, tos lagi sekali. Ketepikan
2. Di dalam pan, masukkan minyak yang belum panas dan bawang putih dengan kadar api yang minimum. Biarkan sehingga bawang putih keperangan.
3. Kemudian masukkan bawang merah, kacau hingga bawang layu dan wangi.
4. Masukkan ikan bilis, fishball dan lobak merah, biarkan seketika
5. Masukkan cili padi kisar dan biarkan sebentar
6. Masukkan sos tiram dan meggi
7. Kacau rata dan perasakan dengan garam.
8. Angkat dan hidangkan dengan taburan bawang goreng

So, pagi ni aku makan meggi ni bertemankan nescafe panas... fuhhh....GILA SEDAP PEDAS!!! Pada yang tak makan pedas, sila jangan berangan makan ni, nanti korang akan fobia walau hanya dengan memandang cili....HA!HA!HA! Menu ni saje aku reka sebab aku nak sesuatu yang boleh boost aku di pagi Sabtu yang mendung dan menu ni juga mempunyai gabungan 3 bahan kegemaran aku, Meggi, Cili padi dan bawang putih. Apa-apa pun, ikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing.

Hari ni aku berkawan rapat dengan ikan gelama. Minggu yang lepas pulak aku berkawan dengan ikan sardin. Maksud berkawan itu adalah menyiang ikan-ikan tersebut dalam jumlah yang banyak. Minggu lepas siang ikan sardin untuk buat laksa, minggu ni pulak menyiang ikan gelama yang dibeli secara banyak di Pasar Matang... 

Hari ni pulak mak aku cuti masak, sebab dia nak keluar dating dengan adik aku. Selalunya dia dating dengan abah, tapi hari ni abah busy turun Kuala Kangsar sebab katanya PM turun ke sana dan semua tentera dan bekas tentera akan berkumpul di sana. Jadi, aku la yang duk lepak sorang-sorang kat dapur tu. Ada la menu mudah yang aku buat untuk pemakan-pemakan tegar di rumah ini...

Menu pertama: Kacang Panjang Kentang Bercili

Kacang Panjang Kentang Bercili
Bahan
-1 biji kentang - kupas kulit dan potong dadu
-Kacang panjang - potong serong
-3 biji bawang merah - hiris nipis
-4 biji bawang putih - hiris nipis
-1 tbsp cili merah kisar
-1 kiub ikan bilis
-Sedikit air
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan goreng kentang hingga empuk
2. Ambil sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi dan layu.
3. Kemudian, tumis pula cili kisar hingga pecah minyak
4. Masukkan kacang panjang dan sedikit air dan gaul rata. Tutup kuali hingga kacang empuk
5. Masukkan kentang yang telah digoreng dan kacau rata
6. Hidang dengan nasi panas

*cili kisar tu selalunya mak aku dah buat siap-siap dan sejuk beku dalam peti ais. Bila-bila nak guna senang. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan sampai lumat, dan tumis hingga pecah minyak. Biarkan sejuk, kemudian masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

Menu kedua: Ikan Masak Kicap

Ikan Gelama Kicap

Ikan Gelama Kicap

Bahan
-5 ekor Ikan gelama - digoreng dgn garam dan kunyit
-3 ulas bawang merah - hiris nipis
-4 ulas bawang putih - hiris nipis
-1 inci halia
-10 biji cili padi - belah dua
-1 biji bawang besar - potong membulat
-kicap masin
-1 tsp gula
-garam secukup rasa
-air

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu dan wangi
2. Masukkan cili padi dan halia, biarkan sekejap
3. Masukkan kicap masin dan sedikit air, tunggu hingga kuah pekat
4. Perasakan dengan gula dan garam
5. Masukkan ikan dan bawang besar, masak hingga bawang empuk
6. Hidang dengan nasi panas

*Oleh kerana aku ni Bawang Maniac, so korang boleh tengok la bawang yang bersepah atas ikan tu...
Semua ni menu mudah je, walaupun mudah aku tetap nak sumbat dalam blog ni sebagai tatapan sejarah kehidupan aku kelak...

Okey lah, tunggu next entry, aku nak citer sikit apa yang aku makan malam tadi (Jumaat)...

Bye!





Wednesday, December 12, 2012

Kerja Gila!

Assalamualaikum....

Hai...

Post yang kedua utk hari ni...

Hari ni aku dan kawan-kawan buat KERJA GILA!....

Semua tgah bosan kat opis dan takde apa nak buat, so, kami BERMAIN...

Mainan pertama...

Me vs kawan baik (Pijoe Zulkiply)


Aku tak tahu apa mainan ni tic tac toe? tak tahu... Main 2 game je dgn dia... Game pertama yang belah kiri sekali...terikat.. game kedua belah kanan tu, aku yang menang...

Masa duk main ni, kawan baik aku ni cadangkan main BINGO... pastu, kami bertiga (aku, kawan baik dan Maha) bincang la mcm mn rupa nk main BINGO tu... masing-masing dah ingat-ingat lupa... Pastu aku search kat pakcik Google...jumpa jugak...

Hasilnya...Mainan kedua


Ni la hasilnya... Ni aku punya kertas la....comot...mcm selalu... tapi kalo nak tengok lebih kemas, boleh tengok kertas kawan baik aku dan kertas Maha... kemas je kotak-kotak diorang... Pastu kat bawah kotak tu aku tulis la sama ada aku menang atau aku kalah...Yang ni memang aku tak pandai main, berderet je kekalahan aku terima...    :(... biasalah adat bermain...


Majalah: Rasa
Fokus: Masakan dan Cara penyediaan
Keluaran Berkala: Dikeluarkan pada awal bulan setiap bulan
Harga: RM7.90 (harga berbeza bagi Keluaran Bumper)

Ni pulak majalah kesukaan dan kegemaran aku sejak 3 tahun yang lepas. Alhamdulillah setakat ni aku tak pernah ketinggalan memiliki majalah ni. Selalunya majalah ni akan keluar setiap 1hb setiap bulan dan dikeluarkan 1 bulan lebih awal daripada bulan yang sebenar diterbitkan. Contohnya, jika bulan ini ialah Disember 2012, majalah ini akan keluarkan edisi Januari 2013 pada 1/12/2012...gitu la.... Apa yang lebih buat aku excited ialah, aku berjaya memiliki edisi kali ni pada tarikh bersejarah 12-12-12...wahhh...syiokk! Jadi, azam aku utk tahun 2013 ni, setiap kali aku beli majalah kegemaran aku ni, aku akan tulis tarikh pembelian, sebab 3 tahun yang lepas aku tak buat mcm tu... rasa menyesal plak sekarang... tapi takpe, biarlah yang lepas tu, next year aku tulis besar-besar....hehehehe....

Pesanan utk diriku sendiri:
-Banyakkan bersabar
-Banyakkan bertimbang rasa
-Sentiasa menyenangkan orang lain
-Jaga hati insan disekeliling...


Bye...



Birthday!

Assalamualaikum....

Salam hari Rabu....

Hari ni dah hari Rabu, tapi keadaan diriku masih jugak tak berubah. Dah nak masuk tahun baru ni, tapi mcm mn aku nak buat azam untuk tahun depan apabila keadaan sekarang pun terencana kurang baik dan memuaskan...Cumanya, sekarang ni aku rancak berfikir mcm mana nak tingkatkan motivasi diri dan mcm mn nak meneruskan kelangsungan hidup....

Sudah la....malas nak merepek panjang-panjang, menambahkan stress aku je... Baik aku citer benda-benda baik, lagi bagus...

Hari ni hari tarikh cantik 12-12-12... selalunya aku takde la excited sangat tarikh mcm ni. Sebelum ni pon ada je kn tarikh 11-11-11, 10-10-10, 9-9-09, tapi aku rileks je. Tapi tarikh kali ni rasa lain mcm sekali...gue nngak tahu kenape...biarlah...

Aku nak update sikit sambutan birthday Edry yang dah satu tahun. Edry balik kampung minggu lepas 8-9/12/12, balik jemput kakak dan abang dia yang dah tinggal kat kampung 2 minggu yang lepas. Ada aku letak entry kat sini Edry dan sini Edry... Jadi kali ni dia balik sekali sambut birthday dia...


Muka lepas bangun tido
Kek beli kat kedai
Tiga Beradik
Buka hadiah yang abang bagi
1 slice utk aku

2nd slice utk aku

muka selepas mandi
jari jemari dia


main dulu sebelum balik

Kami buat makan kecil-kecilan je...takde majlis besar pon... Mak aku masak laksa, adik aku buat kek batik, aku pulak tolong jaga budak kecik ni... Ada juga panggil pakngah dan maklong aku sekeluarga, tapi diorang plak tak boleh datang.....so, kami suma ngap sendiri makanan tu...

Sekarang budak-budak tu dah takde kat rumah, sunyi pulak rasanya... Mak aku pon boring kat umah. Kalo ada budak-budak tu boleh jugak diajak menyembang terutama dengan danial... Ni pon terngiang-ngiang suara dia Edry...he's so forgiving this time around...nak main, nak sembang, nak tawaf keliling umah, nak kemas2 umah(bg selerak rumah)....seronok.... Lama lg kot nak tunggu diorang ni balik, mungkin raya tahun depan...

Sudah la ye, malas dah aku nak menaip.

Pesanan utk diri sendiri :
-Sabar
-Tekun
-Pemaaf
-Perbaiki diri
-Tingkatkan nilai pada diri
-Cari potensi diri
-Sayangi orang
-Jangan benci orang
-Sentiasa bersangka baik...

Bye...