Pages

Thursday, October 25, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2012


Assalamualaikum....




credit: myfwenster.blogspot.com

Esok hari raya....esok hari raya..... esok hari raya aidiladha.... 

Tapikan....aku takde pulak rasa nak beraya sebab.....emmmmm......eemmmmm..... adalah sesuatu yang buatkan aku xleh nak excited beraya. Hari tu tak excited nak raya puasa, ni raya haji pulak. Ada kot hikmah disebalik suma ni....

Tapi tu la, paling xtahan nak sebak nak pandang muka mak dan abah di pagi raya. Tapi jgn kata pagi raya, setiap pagi pon sebak nk tengok....paling sebak dan sedih sebab xdapat bagi apa yang sepatotnya seorang anak sulung berikan. Tanggungjawab aku pada diorang dan adik2 sebagai anak sulung dalam keluarga.... phewwwwww......sedih nok.... Minta maaf ye Mak n Abah, kakak xleh tunaikan tanggungjawab yang baik sebagai anak..... :'((

Plan untuk esok.....duduk rumah je kot....tunggu tetamu datang. Bukan sape2 pon, adik-beradik dan saudara mara terdekat je la..... Tapi kan, mesti aku jenuh nak tepis banyak pertanyaan nnti.....huh....be ready!

Sambil2 tu tolong mak kat dapur, tolong basuh pinggan dan lepak2 tengok tv. Rasanya xberjalan kemana-mana kot, xde dah kawan nak diajak beraya sebab kawan itu telah kawen baru2 ni.... hmmmm.....boringnya bila hidup sorang diri ni. Orang lain bahagia ada pasangan, ada anak kecik dan ada segala-galanya...tapi aku? xpe lah.....positifkan diri.....

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA....

Bye....







Tuesday, October 23, 2012

sensitif :'(







sangat SENSITIF!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  
huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...........

teruk sungguh perasaan sedih aku semenjak dua ni....xleh nak kena langsung...

silap sikit je aku terasa, salah sebut depan aku pon aku dah touching lebih.....hmmmm.......

mencik betol... touching sikit2 dah lerr.....

apa patot aku buat???? 











Sunday, October 21, 2012

Tawen-Tawen (Kahwin-Kahwin)

Assalamualaikum....

Selamat berhujung minggu....

Semalam aku pegi majlis akad nikah teman rapat. Teman rapat yang selalu aku lepak and shopping2 bila dia balik kampung. Semalam dia selamat dinikahkan dengan pasangannya, Klang mari! hehehehe... dan majlis kenduri insyaAllah akan berlangsung pada awal bulan Disember ni, bakal naik sekali dengan kakak dia.

I'm so happy for her, becoz she met her Mr. Right!.... aku? nan hadooooo! belum ada lagi...tak nak komen lebih2 sbb tu keja Allah....hal jodoh, ajal, maut dan rezeki semua di tangan Tuhan. Jadi, lepas ni xde dah kawan untuk aku melepak atau shopping...pasni sorang2 la aku....huuuuuuuuuu......

Hari ni aku tak p mana2....just stay at home....nk p jogging pun rasa malas. Tu pasal makin demuk! Dan satu lagi sebab nak duk umah sbb takot gangguan2 yang tidak diingini oleh sekumpulan manusia yang cuba membuat kacau, kerana hari ini akan berlaku sesuatu...tapi aku xmau amek tahu dan xmau terlibat. Kawan baik aku dah pesan, sekiranya dipanggil ke umah bos untuk sesuatu hal, JANGAN Pergi!!!! Kemungkinan bahaya ada di sana...

So, duduk diam2 kat umah...basuh baju, baca newpaper, tulis blog, tolong mak masak and online sepanjang hari sambil hirup nescafe panas...slurpppppp.....syiok!!!!!!

Ni ada la sikit gambar2 kawen kawan aku semalam.... kepada Noor Hasniza binti Mohamad Adenan, kawanmu ini mengucapkan sekali lagi Selamat Pengantin Baru, moga cinta bersatu kekal hingga ke syurga.


Cincin & Gelang tangan
Pengantin Perempuan@kawan aku.....
Akad nikah
korang taw kn ni proses apa...tulih sendiri.....
gambar huduh....kamera henpon....



Outdoor...mana lagi nak p....taman tasik tepeng lerrr....

Outdoor


Last but not least...babyputih yang banyak berjasa

Budak tecik comey ni...Alif Fahmi...rindu, lama xjumpa dia...salah sorang buah hati aku neh... nasib baik ada dia, bleh gak aku melayan dia, sementara tunggu nija habis sesi bergambor... aku malu nak join, sbb pakai kamera henpon je....malu giteww.... yang lain suma pkai DLSR.... sila tutup sebelah mata...jangan tgk manusia pkai tudung kelabu tuh....makin bambam!



Gitu lerr sikit xbanyak gambar2 sekitar majlis akad nikah semalam... gambar keta tu aku kena blank nombor plat keta sebab babyku ni tgah HOT kat pasaran... insyaAllah kalo aku rajin, aku letak pulak majlis kawen kwn baik aku (tapi tahun lepas punya citerr)...

Bye!



Friday, October 19, 2012

Kawan Baik

Assalamualaikum....

Salam hari Jumaat semua. Semoga semuanya dirahmati dan diberkati oleh Allah sentiasa. 

Hari ni aku nak kongsi satu artikel yang cukup menarik berkenaan dengan kawan baik atau teman rapat. Semua orang punya kawan baik termasuk jugak aku....kawan baik yang aku anggap memahami aku dalam segala hal termasuk memahami perasaan aku. Seseorang yang aku sangat selesa untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dalam semua keadaan. Syukur Alhamdulillah dan sangat berterima kasih pada Allah S.W.T kerana mengurniakan aku seorang teman baik yang sangat aku kasihi. Semoga aku juga boleh melakukan sedemikian rupa kepadanya dan boleh menjadikan aku teman baiknya juga. Tapi xsemestinya dia kawan baik aku, aku hanya berkawan dengannya, tapi juga dengan orang2 sekelilingnya, tidak kira pasangannya mahupun ibubapa dan adik-beradiknya.... kami belajar menerima diri masing-masing seadanya....



Jadi, kawan baik yang aku miliki sejibik ciri2 di atas.....dan semoga persahabatan kami kekal selamanya.....insyaAllah....

BYe...

Thursday, October 18, 2012

Taipingku

Assalamualaikum

Hari ini hanya mahu berkongsi gambar-gambar koleksi mengenai tempat tinggal aku iaitu Taiping Bandar Warisan. Gambar hanya amek sebagai suka2 saje masa duk melepak kat sana bersama teman rapat untuk menenangkan fikiran. Itulah rutin yang tiada henti, kalo hati gundah gulana je....selalu ke sana untuk tenangkan fikiran. Kalo nak tahu, aku pon selalu jogging kat taman tasik ni...selalunya hujung minggu. Ini antara sebab aku suka tinggal di sini sebab masih penuh dengan kehijauan dan tolak ansur sesama penduduk. 
Jika ada semua datang melawat negeri Perak sempena Tahun Melawat Perak 2012 ni, jangan lupa datang dan nikmati sendiri keindahan Taman Tasik Taiping...

Bye...











Monday, October 15, 2012

Hmmmmm.....what a Monday!

Assalamualaikum....
Salam hari Isnin... 15 Oktober 2012. Hari ni bersambung semula tugas2 di opis. Tapi setakat waktu dan ketika ni 12.38p.m, masih belum mampu berbuat apa2 kerja kerana tidak ada mood untuk bekerja. Tambah pulak hari ini aku nak kena kol ke KNB & Ekuinas utk satu urusan syarikat. Sangat berat nak angkat telefon dan bercakap kerana masih memikirkan taktik dan soalan yang bakal ditanya dan yang bakal diajukan. Sungguh aku berat hati. Ya Allah...tolong la bantu aku ringan tangan dan mudahkanlah segala urusan aku...


Hari ni aku terbaca satu ungkapan motivasi oleh Dr. Azizan Osman. Katanya 'Orang yang berjaya berfikir tentang apa yang mereka mahukan dan bagaimana mendapatkannya; manakala orang yang gagal mereka fikir tentang apa yang mereka tidak mahu dan bagaimana menyalahkan orang lain bila hidup mereka susah atau menderita'. Aku terkesima sekejap selepas membaca ungkapan tersebut dan mula menilai diri aku yang mana satu. Sama ada aku adalah orang yang berjaya ataupun aku seorang yang gagal? Sila renungkan kembali anda berada di mana?.....


Dan aku ada 2 lagi artikel atau pesanan berbentuk motivasi yang aku suka baca dan tengok. Sambil2 tu selalu jugak visit website ni untuk kata-kata semangat hidup www.bestquoatesfb.blogspot.com. Tapi hari ni aku kongsi 1 artikel dulu ye...
credited: Hunting Happiness Project

Memandangkan hari ni adalah hari isnin yang sering dipanggil hari yang paling membosankan selepas bercuti selama 2hari, so aku letak artikel ni supaya aku dan pembaca2 dapat mulakan hari dengan baik dan sempurna.May u will be the perfect one for yourself.

Sekian......



Sunday, October 14, 2012

Post Pertama

Ini post pertama bagi aku yang mahu berjinak-jinak dengan blog. Suka sangat baca blog orang lain terutama blog masakan. Sebabnya teruja tengok gambar-gambar makanan yang diambil dan sangat menyelerakan. Sebab tu timbul rasa minat nak mempunyai blog sendiri.

Sebenarnya belum ada perancangan pada blog ni. Mungkin sekadar tempat untuk meluahkan perasaan, mungkin juga sebagai tempat untuk menempelkan gambar2 tempat yang pernah dijelajah ataupun mungkin juga sebagai blog masakan juga(ini tidak mungkin terjadi dalam masa terdekat :D)

Tabiat terbaru yang aku tengah giler duk buat sekarang adalah menonton video masakan oleh Laura Vitale. Aku terjumpa video masakannya di Youtube dan terus jatuh cinta dengan cara penyediaan makanan yang sangat simple. Paling aku terkesan adalah cara dia menikmati setiap makanan yang dimasak dengan penuh rasa nikmat dan cara itu sangat menghargai makanan yang ada di depan mata. Sebenarnya itulah ciri-ciri manusia yang sangat cintakan makanan dan tahu bagaimana menghargai makanan. 

Aku sangat kagum bila melihat seseorang yang sangat pandai memasak pelbagai jenis hidangan dan sangat 'enjoyed' dengan apa yang dibuat terutama MAKAN! Dah la pandai masak, body pun cantik.... mcm mana la diorang boleh buat dapatkan body yang cantik macam tu... Aku pun nak jugak :D

Hari ni hari Ahad, 14 Okt 2012. Minggu yang membosankan. Hanya memenuhi hari ahad ini dengan aktiviti membasuh baju, mencuci bilik air dan membantu mak masak. Itu sahaja lah. Aku kena membantu dari kerja-kerja umah sebab setakat ini aku xmampu menyumbang kepada pendapatan isi rumah yang berkesan. Sebelah petang pulak, menghabiskan masa membaca majalah kegemaran aku 'RAPI' dan buku motivasi... mana la tahu, boleh jugak termotivasi di kala waktu2 down macam ni.Selain tu, menulis di blog ni and sambil tengok movie Hotel Transylvania... 
Inilah rupa posternya. Aku pun xmenghayatinya sangat. Sebab hati gundah gulana....hmmmm...entah la. Sebenarnya otak ni masih memikirkan apa yang nak dilakukan esok semasa di pejabat. Banyak benda nak buat tapi semangat untuk buat tu takde. Hmmmmm....hanya mampu mengeluh.. bila la aku mampu berbuat sesuatu selain daripada mengeluh?

Sekian dulu.....