Pages

Friday, June 26, 2015

MINUM AIR KOSONG SANGAT MENYEKSAKAN!

Tips Dan Cara Paling Berkesan Minum Air Kosong

Assalamualaikum

Siapa kat sini yang susah sangat nak minum air kosong?

Siapa yang bila minum air kosong terus pengsan?

Siapa yang ada alergik bila minum air kosong?

Siapa yang memang anti dengan air kosong?

Wahhh...kalo ada yang jawab soalan di atas dengan jayanya,
rasanya anda ada masalah !!!

Badan kita perlukan sejumlah air untuk organ, sel dan sendi berfungsi dengan baik.

Apa Jadi Akibat Kekurangan Air Dalam Badan?

√ sakit kepala
√ air kencing kuning
√ badan terasa panas
√ sakit-sakit badan

Saya nak kongsikan cara saya minum lebih 3liter setiap hari.

#Tips 1 - Waktu Solat 5

Sebagai orang Islam, kita solat 5x sehari.
Kita boleh guna waktu solat sebagai panduan untuk minum air dan satu peringatan supaya tidak lupa.
Sebelum solat, minum 500ml dan selepas solat minum lagi 500 ml.
Kalo solat 5 waktu, dah dapat 5 liter. Banykkan?
Tapi, tak payah la minum banyak tu, boleh adjust mana yang patot tapi menggunakan format yang sama.

#Tips 2 - Beri Perisa Pada Air Anda

Cara ni lebih kurang macam infused water. Saya suka guna buah lemon. Dari zaman sekolah memang kalo beli lemon, saya buh dalam air minuman, terutama air masak. Konon nak bg semangat nk minum la kan. But it did teach me something fun!

Lepas tu, saya mula eksperimen dengan sayur timun. Sedap jugak...sejuk je rasa dan air bau timun yang wangi & fresh.

Dan kadang2 saya guna herba. Paling menjadi kegemaran daun pudina & rosemary. Pudina tu saya letak je setangkai2 bersama-sama buah lemon yang dipotong. Lepas tu, biar semalaman dalam peti sejuk. Esok dah boleh minum.

Paling terbaru, saya guna kurma. Sama jugak kaedahnya. Boleh guna kurma atau kismis. Rendam semalaman. Air Nabeez ni katanya menjadi kesukaan Rasulullah kita suatu masa dulu.

Jadi, bagi yang anti minum air putih, ikutilah kaedah di atas bg menggalakkan anda minum air kosong. Selain tu, infused water ni bagus untuk yang nak detoks toksin dari badan & bagus untuk yang nak mengurangkan berat badan.

#Tips 3 - Guna straw atau corong botol air

Ni tips yang memang sangat berguna. Ada beza tau bila kita minum menggunakan straw atau pon terus minum dari cawan. Dan jugak minum dari air botol bercorong lebih mudah daripada air botol bermuka luas.

Ni adalah kuasa psikologi. Bila kita minum air menggunakan botol air bermuka luas, kita rasa kita minum sangat banyak air dengan sekali teguk. Tp sebenarnya, kita baru je minum beberapa ml air.

Sebaliknya kalo minum menggunakan straw atau botol air bercorong, tanpa sedar kita dah hampir habis minum air kosong.

#Tips 4 - Minum Air secara berkala

Selain anda boleh mengikut format solat waktu di atas, anda juga boleh minum air kosong secara berkala.

Contohnya
Minum 1-2 gelas air selepas bangun tidur
Minum 1 gelas sebelum tidur
Minum 2 gelas semasa ambil vitamin atau ubat
Minum 1 gelas sebelum makan.
Dan setiap tindakan, seperti membasuh baca, membaca atau pun melakukan kerja rumah, selang selikan dengan pengambilan 2 gelas air kosong.

#Tips 5 - Minum air mengikut berat badan anda.

Disarankan setiap 2.5kg bersamaan 1 liter. Jadi, jika berat anda 50kg, maka anda perlu minum 2 liter air sehari.

Pengiraan ini sangat penting untuk menentukan jumlah air yang ssesuai dengan badan. Air yang berlebihan dalam badan pon tidak elok.

Selamat mencuba.

Bagi mendapatkan vitamin yang sesuai dengan anda dan cara makan yang berkesan, boleh terus contact saya.

Your Shaklee Distributor
Fadhilah
0194555534

No comments: