Pages

Saturday, May 16, 2015

TIPS ATASI RAMBUT ROSAK DAN MENGGERBANG

Hai...

Nak tau tak hampir 70% rakyat Malaysia mengalami masalah rambut!



√ rambut gugur
√ rambut rosak
√ kelumumur
√ rambut bercabang

BETOI DAK?
Ha...saya pon sama. Salah satu tu mesti ada. Silap jaga sikit ja, habis rambut i...

Meh nak share macam mana nak jaga rambut...

GUNA LIMAU PURUT
Buah limau purut tu, jangan pandang takde fungsi ye, walaupun kulit luarannya tak lawa. Buah tu belah dua atau empat, lumurkan pada kulit kepala tiap kali mandi. Mungkin pedih sikit, kena tahan la.

AIR DAUN JAMBU
Yang ni masa kecik2 suka buat. Selalu main kat kebun kan... cabut daun jambu, pastu ramas2 dalam air, pastu cuci la rambut guna air tu. Best!

CONDITIONER
Ha...bagi yang minat pakai conditioner selepas shampoo rambut tu, ada tips bagus ye. JANGAN sesekali apply conditioner kat kulit rambut. JANGAN ye. Hanya apply pada rambut terutama hujung rambut.Sebabnya kulit rambut kita memang dah mengeluarkan minyak, jadi, JANGAN tambah minyak di kulit kepala kalo tak mahu rambut rosak!

LUMUR DENGAN MINYAK MASAK ATAU SANTAN
Ni pun salah satu cara yang saya suka. Selalu kalo cuti hujung minggu atau ada kelapangan, saya mesti lumurkan rambut dengan minyak masak atau santan. Minyak masak ni guna yang baru tau, jangan guna yang dah digoreng ikan atau ayam. Lumur satu kepala sampai hujung rambut dan tenyeh sikit kulit kepala tu, biar keluar segala kuping-kuping kering. Biar dalam 1 jam gitu, kemudian basuh dengan shampoo pilihan anda. Saya guna Prosante Purifying Shampoo. Selamat. Berkesan. Tiada bahan kimia.

POTONG RAMBUT
Rambut perlu dipotong terutama bahagian hujung rambut. Ini kerana hujung rambut adalah yang paling kurang menerima nutrien. Sebab itu hujung rambut selalu bercabang & berbuah.
Tipsnya, potong rambut atau hujung rambut untuk beri peluang rambut tumbuh semula.

MINUM AIR SUAM
Ni paling best! Minum air suam ni bukan bagi khasiat pada rambut ja, tapi satu badan sihat! Minumlah air kosong atau air suam sekurang-kurangnya 3 liter untuk mencukupkan keperluan air dalam badan.

Nak dapatkan shampoo yang terbaik untuk rambut anda? Saya ada caranya. 

Your shaklee distributor
Fadhilah
0194555534

No comments: