Pages

Friday, November 30, 2012

Wordless Friday!

Assalamualaikum...


WORDLESS FRIDAY!... owhh...

Apa jadi????:

Gaduh + Baik kejap + Gelak2 + Gaduh balik + Gaduh lagi! + Berdamai (angkat 2 tangan ke atas)

Sejarah terukir... 30 NOVEMBER 2012

AKU BERANI!!!! Hoyehh!

GOOD JOB GIRL!

Maybe this is a good start for me to not torturing my heart and myself again and again...be happy girl...u did it! and you did it out loud...and IT'S BEEN INFORMED!

To my heart...please dont be sad again. You deserve of every single thing you do and sacrifice to.

Do not trouble yourself and trouble others too. 
Be kind to everyone. 
Be good to everybody.
Give more, receive less
Appreciate everything even an ant on your hand :D
I learn my lesson today.

To someone...thank you very much. I am very proud of you and i am dared to say that you've INSPIRED me in so many ways! and i always pray for you of every best! 

Bye...

Monday, November 26, 2012

Gigih :D

Assalamualaikum....


Rajin pulak aku update blog ni dua tiga hari ni. Dah bosan la tu... dah rasa tak ada benda berfaedah nak buat. Sebenarnya tengah study nak review beberapa buku..tapi tak bersedia lagi nak post dalam blog, tunggu la ye. Nak berkeras tangan kad-kad comel pon tak buat sepenuhnya lagi...baru jalan sikit je... Dah tu mcm mn ni? Apa pon tak boleh..... Apa nak buat bagi diri ni rajin ye? Hmmm....musykil terhadap diri sendiri.

Sebenarnya ni aku baru je pijak tangga umah. Baru balik keja. Tadi lepas keluar pejabat, pergi beli barang dapur sikit kat Giant...mak yang pesan beli barang. Balik tu pulak singgah beli burger kat Bukit Merah, Semanggol, Perak. Burger kat sini memang menjadi pujaan hatiku dan hati kawan baikku sebab kami berdua dah jatuh cinta dgn burger Bukit Merah...semenjak dulu bekerja di sana, terus tergoda dengan burger brother sorang ni. Ni sekarang walaupun dah kerja kat tempat lain, tapi bila saat teringin nak makan burger, memang kami akan ke sana...xkesah la jauh pon...ada aku kesah... janji dapat makan...hehehehe... kepada yang berdekatan..silalah merasa burger brother tersebut. Lokasi gerai ni betul-betul didirikan di hadapan sebuah kedai runcit. Nama kedai runcit ni Swee Beng. Aku tak ingat apa nama brother ni, lain kali aku letak gambar gerai dia ye... kalo nak nombor tepon pon aku akan letak sekali...

Hari ni aku tukar selera burger. Selalunya aku akan order burger ayam/daging, tapi hari ni aku minta Benjo Special Cheese.... Rasanya memang sedap dan terangkat.... Bayangkan dalam gulungan telur tu ada cheese yang cair dan mixed well dengan telur dan sos. Apa yang aku suka dgn burger brother ni ialah kerana KEGEBUAN rotinya, KESEGARAN coleslawnya, KEENAKAN sosnya dan KEGARINGAN & SECUKUP RASA daging/patty... Tu yang sangat sedap... Memang aku tak cari tempat lain dah kalo nak beli burger kat situ je. Tapi ada la lagi 2 atau 3 burger stall yang aku akan promote, tapi aku bagi yang ni dulu sebab ni pilihan pertama aku...

Sebelum digigit
Selepas gigtan pertama

Selepas beberapa gigitan...muehehehehe...

Adakah anda terliur? Sila terliur ye.... hehehehehe...
Takpe, ni baru sikit, nanti aku tunjuk lagi yang sedap-sedap ye....
Udah ler tu...aku nak concentrate study video pulak...

Bye....















Edry Turns 1 Today

Assalamualaikum....

Hari ni 26/11/2012...genap umur sepupu aku Mohd Edry Shah 1 tahun.... Budak tecik tu dan tua... hehehehehe... Baru-baru ni dia balik kampung, nak merasa durian kampung (mak bapak dia je la yg makan) dan sambil-sambil tu nak hantar kakak dan abang dia tinggal kat kampung cuti sekolah ni. Cadangnya nak sambut birthday dia hari ni, tapi paksu aku pulak terpaksa balik bekerja, so, semalam (ahad) dan bertolak balik K.L... so, sambutan birthday budak tecik ni ditangguh 2 minggu lagi hingga dia balik semula ke kampung...





So far, budak ni dah bijak sikit...kalo dulu masa balik kampung, umur dia 7 bulan, tahu nak merengek je...pastu nak melekat je dgn ibu dia. Tapi sekarang, dah pandai ajak orang lain main, dah pandai nak acah-acah orang lain, dah pandai gelak-gelak bila ada orang yang acah dia... Budak tecik ni xpandai jalan lagi, bak kata ibu dia, pemalas... tapi gigi dan tumbuh 4 batang, dua di atas, dua di bawah... Paling syok, bila dia nampak lampu kamera menyala nak amek gambar dia, pandai pulak dia  senyum, w/pun masa tu tgah merengek menangis, tapi boleh pulak ada selingan senyum...pastu merengek balik...boleh pulak mcm tu...





Ni la gambar-gambar terbaru dia.... Dah mcm rupa toyol versi putih plak aku tgk dia ni...dgn kepala botaknya(ada rambut sikit2 je), dgn putih melepak nye... geram2....


Rehat jap sebelum bertolak balik K.L... kena rehat cukup2...nnti nak drive... hek eleh...bukan dia drive pon...abah yang drive... Poyo je budak tecik ni....

Apa-apa pun...Happy Birthday Edry... harap2 balik lagi sekali dah boleh jalan... leh kita main kejar-kejar... hehehehe....

Bye....

Saturday, November 24, 2012

Hari Sabtu...

Assalamualaikum...

Lama aku xupdate blog...seminggu lebih dah kot... Nak kata busy...tidak pun, nak kata xlayan internet, xjuga...tiap2 hari mengadap internet...cumanya malas nak ber'entry'... Pandai je aku pesan kat bestpren aku suh dia update blog hari2...tengok2 aku yang malas.... heeeeeeeeeeee :D

Hari ni Sabtu... duk umah je la. Kebetulan paksu n family ada balik. Balik nak merasa durian kat kampung. Meriah sikit umah ni ada diorang...kalo x mati kutu aku nak cari aktiviti nak buat di hujung minggu... Adik aku pulak excited tunggu sepupu2 dia balik, nak jamu makan...nak masak2... So, hari ni, menu lunch kami sekeluarga adalah chicken chop... menu ni sangat sedap....ayam well done cook dan rangup...sos lada hitam pulak memang sangat yummy and berkrim tapi xmuak dimakan...just nice... coleslaw pulak campuran lobak merah dan kubis serta mayonis...juga sangat sedappppp.... kentang goreng beli je dari kedai...


Chicken Chop from Izaraee's delicacy....hehehehe...
Paksu aku puji habis la menu ni...sedappp sangat katanya... Kalo dia kata sedap mmg aku percaya sebab dia ni suka komplen makanan-makanan yang dia makan. Jangan xtahu, kat kedai makan pun dia berani komplen depan2 kalo makanan tu xsedap...kedai mamak yang jual lauk-pauk mahal pon dia boleh berani panggil manager turun suruh kira lain... berani x paksu aku? hehehehe....

Nak dijadikan cerita, malam yang paksu aku balik kampung, dia cakap berhenti makan di sebuah gerai area Kamunting... dia cakap menu sangat sedap... Uniknya, jika anda minta menu yang sama, contohnya nasi goreng kampung, anda akan dapati ketiga-tiga nasi goreng itu berlainan rasa... tapi xkurang sedapnya. Menurut pelayan kedai...nasi goreng tu dimasak berasingan untuk setiap satu pinggan...itu sebab rasanya lain dan katanya jugak masakan tu memang dimasak pure dari Thailand...tapi xtahu la pulak tukang masaknya dari mana...Paling best...maksu aku pesan menu nasi goreng ayam black pepper, nasi ni diletakkan dalam bekas claypot, potongan ayamnya banyak dan sos black peppernya sangat awesome! Dah la sedap, murah pulak tu... Kiranya bayar untuk 4 orang makan baru RM34++..bukan  menu biasa2 tau....tapi dengan chicken chopnya, nasi goreng ayam blackpepper, nasi goreng ayam paprik dan air buah. Nama kedai ni adalah Tania Seafood Restoran berhampiran pejabat pos Kamunting... Tapi satu je paksu aku xpuas hati, sos black pepper chicken chop tu terasa macam banyak mentega, sebab terasa muak bila disuap kali pertama...terus la paksu aku panggil pelayan disitu dan komplen. Tapi, no offence ok, paksu aku tegur demi kebaikan business dia, sebab menu yang lain sangat sedap, cuma menu yang tu je kurang ckit. 

Walau mcm mn pun, sikit pon aku xterasa xmau pegi ke situ, malah sangat teringin nak merasa menu2 yang sedap kat situ. Gambar2 tidak dapat dikepilkan di sini kerana aku xde pun kat situ...dengar paksu aku cerita la.... tapi aku pulak terliur.... Nanti aku pun nak p try menu2 kat restoran tu.... 

Bye...







Luqman in the house!


Assalamualaikum....


Shafizul Luqman Waqiuddin

Luqman datang rumah!!! hoyehh.... Hari ahad yang lalu 18/11/2012, luqman datang rumah. Saje menyinggah sebelum dia balik ke Ipoh. Terkejut tengok saiz badannya yang bambam...sangat geram.... Paling syok tengok bulu matanya yang panjang dan sangat lentik... aku pulak yang jeles dgn bulu mata dia...

Mak aku pun geram tgk badan dia yang sangat semangat... geram3x!.... tapi luqman duduk xlama....sebab dia xselesa cuaca panas, cepat la dia meragam... Apa-apa pun, aku sangat gembira dengan kedatangan dia dan keluarga, terlerailah rindu setelah 4 bulan xjumpa.... Dulu masa baru lahir datang umah, tengok kecik je..pastu mata pejam...tido, tapi sekarang, mata bukak besar dan nak ajak orang bersembang...

Buat luqman, jaga diri ye...membesar dengan sihat dan membesar seperti juara... Nanti datang lagi ye...kita leh main sama2...

Bye...





Saturday, November 10, 2012

Cuti Panjang

Assalamualaikum...



Hari ni 10/11/2012 bermulanya cuti yang panjang...cuti apa lagi kalo bukan cuti sekolah.... Seronok lerr budak2 cekolah....boleh huhahuha..... Bagi yang nak ngadap exam SPM and STPM....termasuk adik aku....GOOD LUCK!....

Budak2 cuti sekolah...mak budak, bapak budak, kakak budak, abang budak :D yang bekerja pulak cuti umum.... Selasa ni 13/11/2012 ni Deepavali... hari Khamis pulak cuti Awal Muharam... Aku yang bekerja ni memang cuti panjang la jugak. Start hari ni (Sabtu) sampai Selasa... Rabu masuk kerja balik, Khamis cuti, Jumaat kembali bekerja dengan gigih... 

APA AKU NAK BUAT DI CUTI YANG PANJANG?????............ Aku pun xtahu...tapi yang pasti ada la aku letak target nak siapkan kertas kerja projek pertanian...

Hari ni lepas aku ngemas2 ruang tamu dan dapur, tetiba rasa lapar. Ada nasi lemak kedai, tapi macam xbest je nak makan..so aku decided nak buat bekfas aku sendiri...


suka part telur kuning yang cair tu

Hehehehe...menyelerakan x? Wajib SEDAP...menjilat jari.....
Ni bukan lagi brekfas, tapi jadi brunch dah.... mana x nye aku telan 2 set sandwich macam ni...hehehehe....
So, tengahari ni makan lambat ckit....

Bahan:
2 keping roti (wholemeal/putih)
1 biji telur
Lada sulah
Sos cili

Cara2:...
1. Panaskan kuali dengan butter sehingga cair
2. Pecahkan telur, buat telur mata. Pastikan kuningnya separuh masak.
3. Perisakan dengan lada sulah dan garam jika suka.
4. Angkat telur, letak atas roti perasakan dengan sos cili(kalo suka). Tambah la apa2 salad yang korang   
suka.
5. Hidangkan bersama secawan nescafe panas lagi berasap... fuhhh....

Aku pakai roti wholemeal...sbb nak tutup rasa bersalah makan berat mcm ni...hehehehehe... Anyway...sangat mengenyangkan dan boleh bekerja dengan senang hati...
Aku masih dalam proses membaca sebuah buku...nanti aku review kat sini...susah jugak nak habiskan buku tu...berat jugak isi2nya..

Sudahlah ye...tak tahu nak nk merepek apa...

Bye...














Thursday, November 8, 2012

Love Yourself





1) Do you know yourself well?
2) How much you love yourself?
3) How discipline you are towards yourself?

Sunday, November 4, 2012

Buku: Asam Pedas Gula Melaka

Assalamualaikum....

Salam hari Ahad... Hari ni aku nak kongsikan hasil pembacaan aku terhadap sebuah buku.

Buku ni aku dah baca banyak kali...rasanya dan lebih 10x kali aku baca tapi xtahu nak review dan kongsi dengan orang lain...so, since i had dis blog, why don't i share with u guys!




Tajuk : Asam Pedas Gula Melaka
Penulis: Norbi Husin
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Buku ni menceritakan pengalaman seorang bekas guru yang bernama Pn. Hajjah Norbi bin Hj Husin dalam melayari kehidupan sebagai seorang guru, bermula sebagai guru biasa dan akhirnya menjadi seorang pengetua sekolah.

Buku ni bukan sahaja menceritakan watak berkenaan diri beliau tetapi juga melibatkan watak guru-guru yang pernah berkhidmat dengannya, murid2 dan warga pentadbiran sekolah yang lain.

Aku sangat excited setiap kali baca buku ni...sbb tu aku xpenah bosan baca buku ni, dari dulu lagi. Konsep penceritaan dalam buku ni sangat baik dan sangat menarik hati.

Apa yang aku dapat daripada pembacaan buku ni:

  1. Rasa EXCITED. Tetiba rasa nak tukar profession nak jadi cikgu!
  2. Tetiba jugak rasa nak tulih diari....biasa satu masa nnti, boleh buat rujukan & kenangan (masalahnya, semangat kejap je...pastu stop)
  3. Sentiasa bersedia menerima cabaran baru.
  4. Sanggup berkorban untuk orang lain, tidak mengira kaum keluarga, kawan baik dan orang yang disayangi
  5. Tidak berkira dalam urusan kehidupan - wang ringgit, masa, tenaga.
  6. Sentiasa bermotivasi tinggi & tenang menghadapi ujian
  7. Menghormati orang lain tanpa mengira pangkat & kedudukan
  8. Jangan menangguhkan kerja
  9. Cuba renungkan "apa beza banyak tugas tetapi tidak tahu tugas?
  10. Jika kita duduk sebagai orang atasan dan kita tidak tahu sesuatu, apa salahnya bertanya pada orang bawahan yang tahu tentang sesuatu? Renungkan....
  11. Apa misi & visi hidup anda?

Beberapa pepatah/ perumpamaan yang boleh digunakan dan dijadikan iktibar:

  1. Leadership is the art of influencing peoples to achieve the same goal
  2. Jika kita memberi hasil pendapatan kita kepada orang tua, pasti pendapatan kita bertambah berkat
  3. Jika diberi banyak pilihan, utamakan tanggungjawab & pegang amanah sebaiknya. Dalam bekerja jangan ada kepentingan diri. Buat dengan berani tetapi berhemah.
  4. Jika tak dapat bernafas kerana banyak tugas adalah lebih baik daripada habis nafas tanpa buat tugas dengan betul... renungkan....


Banyak pengajaran dari dalam buku ni dan aku mengaku aku termotivasi apabila baca buku ni...

Buku ni sangat sesuai untuk dibaca bagi semua guru2 dan pendidik...

Sekian dulu.... BYE!













Thursday, November 1, 2012

Buah Hati


Assalamualaikum....

Hai....readers.... dh bape hari dah aku tinggalkan blog ni. Bukan p mana pon, ada je, tapi xde modal nak update apa...

Ok...hari ni aku nk citer ckit pasal buah hati. Buah hati aku ni kecik lagi...eh silap...buah hati-buah hati....ramai oooo....

Mohd Danial Asyraf
Buah hati aku ni dah cekolah...darjah 4... cukup manja dan rapat dengan aku. Dah besha rupanya budak ni. Dia ni merangkap sepupu aku...sepupu sebelah mak, anak paksu aku la kiranya. Masa balik raya puasa aritu, dia bagi soklan cepumas kat aku 'Kak Nor bila nak kawen?' aku tergamam 'Errkkk...'... Budak ni memang pon...cium banyak2 kang bru tau... Hujung tahun ni katanya nak sunat... masa dia darjah 2 dia dah cakap nak sunat masa darjah 4... berani sungguh budak ni... bagus2....



Gambar atas: Che Nor Afrina
Gambar bawah: Che Norhafiza
Dua orang ni adik beradik. Anak kawan sepejabat aku...mat e. Yang sulung aku panggil Jaja, yang kecik aku panggil Afrina atau adik je. Kalo pegi umah diorang ni, sah2 aku sakan main dgn diorang terutama si adik... muka si adik ni sebijik papa dia... copy paste betul2 dari papa dia. Diorang ni xlama lagi dpt adik pulak, maybe dlm bulan 12 ni. hehehehe...bertambah lagi anak buah aku....



Naqib Ikmal
Budak ni pulak merangkap 2 pupu aku (which is aku gelarkan Kupu-Kupu). Walaupun kecik tapi mulut kalah aku..... Cot cet cot cet... Dia ni kalo dtg rumah aku, xde keja lain dah....nak kelek angry bird yang bertenggek kat umah aku tu, pastu claim kata dia yang punya... pastu satu lagi hobi, cari gaduh dengan aku...mmg kami dua ni xkan aman kalo berjumpa...ada je benda dia nak gaduh dengan aku... xpe2... xpe aqib...kak nor bagi chance... tapi.... Awas budak kecik...kak nor dapat nnti cium laju2...huh!



Annur

Ni pulak namanya Annur...comelkan nama dia...secomel orangnya. Aku cukup sayang dengan dia ni....xtahu kenapa, tapi sangat sayang. Panggilan manja untuk dia Anoi. Anoi ni anak buah kawan baik aku. Kadang2 free ada jugak jumpa dengan dia. Last aku jumpa dia masa bulan puasa aritu. Utk Anoi, kakak selalu doakan kesejahteraan dan kegembiraan buat anoi untuk selama-lamanya.... Moga membesar jadi insan yang baik.


Alif Fahmi

Yang budak tecik ni umurnya nak masuk 3 tahun bulan 12 ni. Comel je... geram je.... Ni anak buah kawan aku... selalu jugak jumpa dia kalo aku p menyinggah ke umah kawan aku ni. Dah pandai cakap ckit2 tpi tu pun ambil suku kata akhir perkataan je... jadilah...janji paham sudahhh....



Aisy Luqman Dhiyauddin
Tadaaaa....icah datang...hehehehe....budak ni banyak nama...kejap panggil icah, kejap panggil oman. Nama sebenar adalah seperti di atas :D.... ni pulak anak kawan aku...aini. Ni anak dia yang bongsu. Aku cukup gerammm dengan ini budak sebab sangat comell.... last aku jumpa dia masa p raya puasa hari tu... tapi dah xmau datang peluk aku...malu agaknya....lagipun dah lama sangat xjumpa dia.... kalo dulu rapat la jugak sebab selalu jumpa, selalu boleh usik dia.... untuk Oman...nnti kita jumpa lagi ye.....



Mohd Edry Shah
Yang ni buah hati yang agak baru la....bulan 12 ni cukup setahun. Nak panggil dia apek...sebab putih sangattttt....... macam orang cina...muka sebijik ikut muka abah dia (paksu aku). Dia ni adik kepada danial... Apek ni anak manja...asyik nak melekat je dgn mak....orang lain xnak...especially aku la kn...sbb aku ni jahat...suka tarik pipi dia.... ni pon sorang lagi....AWAS ko.... :P



Shafizul Luqman Waqiuddin
Haaaaaa....yang ni buah hati yang paling baru.....paling aku sayang dan aku jadikan sebagai anak angkat aku.  Ni anak kawan baik aku, Ezwan dan Shakila. Umurnya 4 bulan on this November. Baru jumpa dia dua kali. Perkembangannya aku hanya tahu melalui papanya. Gambar2 ni pun amek dari papa dia..xde lg gambar dia yang aku shoot sendiri. Anak papa n mama@anak manja...aku sentuh ckit pon dah nangis....huuuuuu..... awas ko besar nnti....ku cium pipi laju2... untuk luqman...moga membesar dengan sihat dan membesar sebagai juara.....

Ni la senarai buah hati aku. Buah hati yang aku cukup sayang dan cukup bermakna dalam hidup aku. Kalo aku punya peluang dan kemampuan...nak je aku turuti semua kehendak diorang ni....aku nak belikan apa saje barang keperluan diorang ni...

Kepada semua buah hati aku...jaga diri, jadi baik dan jadi comel....muehehehehehe......

BYe....