Pages

Monday, December 31, 2012

A Day Before New Year!

Assalamualaikum

Esok dah masuk tahun BARU.... Welcome 2013...

Aku buat apa ye hari ni?

Hari ni aku sangat GIGIH membalut buku adik aku. Aku balut, dia prepare salotape. Pastu mulut dia tak berhenti bercakap...pot pet pot pet...rimas aku... Lepas habis dia kerjakan salotape tu, dia tinggal aku sorang-sorang balut buku, dan dia p layan laptop...Hampeh. Ini kalo tak pandai lagi aku tak tahu nak cakap apa...Bukan kecik lagi dah, form 2 dah pun...Aku pun satu, layan sangat budak temok tu....huhu...

Pagi ni aku bangun dan terasa nak makan sesuatu instead of nasi lemak kedai. Aku intai rice cooker, ada la dalam 2 cawan nasi. So, plan nak buat cucur nasi. Pastu teringat kat blog Kak Ita (masam manis) ni, dia pernah entry cucur nasi, tapi Kak Ita pulak amek kat Kak Yati @ Yati Memories . So, aku pun mencari-cari la di blog dia. Kedua-duanya adalah blogger yang aku paling minat baca blognya sebab hasil kerja dan kreativiti dalam masakan dan fotografi cukup sempurna. 


Cucur Nasi Ikan Bilis


Cucur Nasi Ikan Bilis
Resepi: Azlita Masam Manis & Yati Memories

Bahan-Bahan
2 cwn nasi
2 cwn air
1 biji bwg besar
2 biji bwg putih
1/2 cwn ikan bilis
2 1/2 cwn tepung gandum
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
Daun sup/bawang (di hiris halus)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng]

Cara Membuatnya
1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
5. Saya gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...
p/s:
-aku kena tambah 1/2 cawan air untuk hasil yang baik dan aku guna cili padi (hiris nipis) bagi 'kick' sikit..hehehe...
-aku jemput pakai sudu je, sebab belum expert pakai jari-jemari ni...hehehe...

Selepas sibuk di dapur, aku tolong adik aku balut buku-buku teks dia macam yang aku cakap kat atas tu tadi. Dah form 2, buku pun tak reti balut...

One of the books
Sekali tengah syiok membalut, ada pulak satu buku yang takde kulit depan. Boleh pulak ada buku teks takde kulit depan, mujur la boleh tulis nama kat kulit belakang buku tu...

Buku Kemahiran Hidup yang tak berkulit
Aku pun dengan otak yang cepat lagi tungkas terus la terpikir nak letak kulitnya, Takkan la nak balut pastu terus salotape kat mukasurat pertama kan...sungguh takde inisiatif...ceewaaahhh... Akhirnya, aku amek la A4 paper kosong dan buat la bajunya. Siap tulis tajuk lagi... Ni budak ni, kalo tak dapat good result form 2 ni, maunya aku piat telinga dia... ngehngehngeh...

Dah habis melayan dia, aku masuk dapur dan buat apa yang patut. Mak n abah keluar dating, so, hari ni mak cakap beli lauk kat kedai je. In the meantime, aku kat umah masak la apa yang aku nak masak. Hehehehe...

Dan hari ni akhirnya aku dapat makan AYAM GORENG UPIN IPIN..hehehe..

Ayam Goreng Kunyit + Lada Hitam
Tapi yang ni aku tambah sikit la. Aku perap ayam dengan serbuk kunyit, garam dan lada hitam. Pastu aku tambah pulak bawang besar(hiris bulat) dan bawang putih(diketuk) dan cili padi(belah dua)...memang berapi ayam gorengku...

I've been craving this ayam goreng for quite sometime and its so heaven to have it even for the first bite! Haha...melampau.... But finally i filled up my cravings. I ate it with heartily for my lunch and dinner

Last but not least, Happy New Year everybody! May you and i had good moment in the 2012 to be memorized and a blissful year of 2013 to fight for...

To My Love: Happy New Year... may we had a very wonderful and challenging days ahead... :D

Bye!...


No comments: