Pages

Monday, December 24, 2012

Hari Minggu Hari Eksperimen!

Assalamualaikum...

Salam Ahad. Rasanya tidak keterlaluan sekiranya aku cakap hari minggu adalah hari aku bereksperimen dengan segala jenis food dan masakan yang aku suka...

Semalam (Sabtu) aku buat breakfast pancake.. I love pancake... dan aku sangat menggemari pancake McD.. tapi dek kerana aku tak boleh ke McD selalu sebab aku akan tergoda dgn menu-menu lain selain pancake tu, jadi, buat sendiri la...

Pancake ni aku dah dua kali buat tapi dua-dua hasilnya tak memuaskan hati aku. Aku search this recipe merata-rata dan tengok video kat youtube...tapi still turn out not good as i am looking for.... tapi rasanya aku dah tahu kenapa pancake aku nipis, sebab terlalu cair...


tengok tu, nipis, tak cantik macam yang aku nak...takpe....nanti aku cuba lagi...

Hari ni, aku buat breakfast ulangan. Pada aku ulangan la sebab aku dah buat bekal ke opis, tapi masa tu tak sempat nak buat lebih untuk orang-orang kat rumah, jadi, barang ada lebih lagi, aku buatkan untuk isi umah ni. Namanya sandwich 1st time! Sebabnya, ni first time aku REKA SENDIRI buat sandwich macam ni, dan pertama kalinya dihidang dalam family aku... kitorang tak pernah makan sandwich macam ni...lain la kalo ada family lain yang pernah makan kat Subway ke, atau mana-manalah....kami orang kampung biasa-biasa saja. Typical sandwich melayu biasanya sandwich sardin dan sandwich sardin gulung, jadi, apa kata tukar selera pulak ye... 

Menyusun filling and black paper flakes
Untuk sandwich ni aku guna roti wholemeal/putih, sosej, isi ketam, capsicum merah dan kuning. Sauteed semua bahan isi tu, pastu susun atas roti mcm di atas dan tabur sikit black paper.

Bakar atas non-stick pan
Masa bakar ni terpulang sama ada nak letak butter atau tak. Api kecik je, kang hangus pulak....

Inilah rupa filling di dalamnya
Yang aku buat pertama kali, Jumaat lepas, lupa nak snap gambar. Kali ni aku buat lain sikit. Kali ni aku tenyeh fresh garlic kat roti yang still panas tu, so, ada rasa kick from garlic tu...Habis dah dikerjakan adik-adik aku yang pemakan tegar tu...

Nah kau! Rupa tiada, tapi rasa off the chart!
Pastu aku intai pulak rice cooker, ada lebihan nasi lagi...so buat pula nasi goreng biasa-biasa je... Aku campak je apa yang aku rasa nak campak...asal kenyang sudaaa...

Ni set brunch aku
Macam-macam la aku letak dalam nasi goreng ni, capsicum la, sosej la, isi ikan goreng, ikan bilis...meriah! Tapi habis jugerrr.... Atas tu set brunch aku... ada semangkuk nasi goreng, potato hash dan sandwich 1st time, gandingkan dengan nescafe panas...kenyang...Alhamdulillah..

Disebabkan aku demam minggu ni, aku larat masak untuk breakfast je, bila jam dah cecah jam 12 tengahari aku dah lembik, tak larat sampai ke malam...ni nk tulis kat blog ni pon jenuh tongkat badan... so, kesian mak aku, aku tak boleh tolong dia kat dapur macam selalu..apa lagi, aku pun titah la adik-adik pompuan aku p tolong mak kat dapur...hehehe...

Yang ni pulak sepatotnya menjadi lunch aku, tapi disebabkan aku makan pun dan pukul 5 lebih, jadinya, dinner la ye... Mee Tomyam...menu lunch semalam, tapi ulang makan hari ni...kitorang tak kesah pun, telan je...sedappp...

Mee Tomyam
Udah la ye...nak pergi beradu...nak rehat...tak tahan dah... 


Bye... 

p/s: Missing someone like crazy!!!

p/s lagi: post ini ditaip pada hari ahad malam, tapi xsempat tekan butang publish, dah lompat isnin pagi dah...



No comments: