Pages

Wednesday, December 12, 2012

Birthday!

Assalamualaikum....

Salam hari Rabu....

Hari ni dah hari Rabu, tapi keadaan diriku masih jugak tak berubah. Dah nak masuk tahun baru ni, tapi mcm mn aku nak buat azam untuk tahun depan apabila keadaan sekarang pun terencana kurang baik dan memuaskan...Cumanya, sekarang ni aku rancak berfikir mcm mana nak tingkatkan motivasi diri dan mcm mn nak meneruskan kelangsungan hidup....

Sudah la....malas nak merepek panjang-panjang, menambahkan stress aku je... Baik aku citer benda-benda baik, lagi bagus...

Hari ni hari tarikh cantik 12-12-12... selalunya aku takde la excited sangat tarikh mcm ni. Sebelum ni pon ada je kn tarikh 11-11-11, 10-10-10, 9-9-09, tapi aku rileks je. Tapi tarikh kali ni rasa lain mcm sekali...gue nngak tahu kenape...biarlah...

Aku nak update sikit sambutan birthday Edry yang dah satu tahun. Edry balik kampung minggu lepas 8-9/12/12, balik jemput kakak dan abang dia yang dah tinggal kat kampung 2 minggu yang lepas. Ada aku letak entry kat sini Edry dan sini Edry... Jadi kali ni dia balik sekali sambut birthday dia...


Muka lepas bangun tido
Kek beli kat kedai
Tiga Beradik
Buka hadiah yang abang bagi
1 slice utk aku

2nd slice utk aku

muka selepas mandi
jari jemari dia


main dulu sebelum balik

Kami buat makan kecil-kecilan je...takde majlis besar pon... Mak aku masak laksa, adik aku buat kek batik, aku pulak tolong jaga budak kecik ni... Ada juga panggil pakngah dan maklong aku sekeluarga, tapi diorang plak tak boleh datang.....so, kami suma ngap sendiri makanan tu...

Sekarang budak-budak tu dah takde kat rumah, sunyi pulak rasanya... Mak aku pon boring kat umah. Kalo ada budak-budak tu boleh jugak diajak menyembang terutama dengan danial... Ni pon terngiang-ngiang suara dia Edry...he's so forgiving this time around...nak main, nak sembang, nak tawaf keliling umah, nak kemas2 umah(bg selerak rumah)....seronok.... Lama lg kot nak tunggu diorang ni balik, mungkin raya tahun depan...

Sudah la ye, malas dah aku nak menaip.

Pesanan utk diri sendiri :
-Sabar
-Tekun
-Pemaaf
-Perbaiki diri
-Tingkatkan nilai pada diri
-Cari potensi diri
-Sayangi orang
-Jangan benci orang
-Sentiasa bersangka baik...

Bye...


















No comments: