Pages

Wednesday, December 19, 2012

Gigih Membekal Ke Pejabat

Assalamualaikum...

Salam Hari Rabu...

Bermula minggu lepas aku dengan gigihnya membawa bekal ke pejabat. Kalo minggu lepas ada gak pergi makan kat kedai sebab hanya siapkan sarapan pagi je, tapi minggu ni aku double gigih dengan menyiapkan sarapan dan menu tengahari... Gigih tak aku? Sila cakap gigih! Muehehehehehe.... 

Mula dengan menu hari Isnin buat sarapan Western, scrambled egg, hash brown, sosej dan roti bakar... Semua stok ni ada kat rumah, roti pulak aku kebas roti abah punya, roti benggali kosong tu..... 

Ehsan Google
Tengahari pulak aku masak nasi goreng lada hitam... Hari Selasa pun lebih kurang gitu jugak, cumanya aku tukar plak ada baked beans dan lunch pulak nasi goreng ayam resepi aku sendiri (aku rasa mcm xjadi, tapi best pren aku ckp jadi je!) Hari Ketiga, aku buat pulak egg in basket.....tapi tak jadi elok rupanya... aku jeles tengok kejadian sebenar telur dalam raga di bawah:

Egg in basket (Google)
Aku sungguh jeles... takpe-takpe...akan ku cuba lagi di masa akan datang. Dan untuk tengahari aku masak nasi goreng letak rencah dobo-dobo je, nasi goreng sosej.... Gambar semua takde, sebab tak sempat nak snap, perut lebih kuat memanggil-manggil daripada kamera memanggil.... 

Ni apa pulak aku nak masak esok? Idea2... 

Tapi sungguh...dengan berbekal ni banyak jimat duit belanja makan di kedai. Bukan apa, makan kat kedai pon boleh rasa jemu sebab dah hari2 p kedai yang sama, nak p kedai lain macam tak kena pulak dengan selera anak tekak... So, terus bawak bekal...senang cerita, sambil-sambil tu boleh buat untuk makan di rumah sekali, untuk mak dan abah. Adik-adik aku letak tepi, tak masuk dalam senarai aku sebab diorang memang dah ada nasi lemak pagi2...itu je yang diorang telan...

Hai, apa nak masak esok ye? 
Nanti aku amek gambar ye... live dari tupperware bekal aku...

Bye dulu, nak cari tanya pakcik Google apa yang best dimakan esok...

Bye...



No comments: