Pages

Friday, December 21, 2012

Cubaan

Assalamualaikum...

Jumaat malam berlabuh sudah...esok dah masuk hari Sabtu... Suasana di pejabat hari ini kecoh dan panas!!!
Tapi aku tak nak berlagu di sini, biarlah aku selesaikan sendiri...

Malam ni aku dah mula mencuba resepi sendiri terhadap OAT! Sape suka oat??? AKU! Aku suka oat. Selalunya aku akan makan oat dengan susu dan hirisan buah-buahan terutamanya pisang. Kalo ada stok pisang emas kat rumah, hari-hari aku boleh makan oat.  Selain tu boleh juga makan dgn kurma dan prune. Lagi satu cara makan oat, aku selalu campur dengan secawan milo atau sus anlene coklat. Memang sedap dan mengenyangkan...

Caranya, kalo bancuhan milo, aku akan letak 2 sudu besar milo, 2 sudu besar oat dan 1 sudu besar tepung susu dan tuangkan air panas dalam mug. Kalo bancuhan susu anlene coklat, aku letak 2 sudu besar susu dan 2 sudu besar oat dan campurkan air panas dalam mug.

Tapi malam ni aku cuba bereksperimen dengan mengubah suai sweet oat kepada savory oat. Kaedah ni sama ada guna kaedah tumis atau rebus. Malam ni aku cuba cara rebus dahulu.




Savory Oat (T&E 1)

Bahan
5 tbsp oat
1 ulas bawang merah - hiris nipis
1 ulas bawang putih - hiris nipis
1 crabstick - hiris
2 ulas fishball
sedikit lada benggala/capsicum - hiris
secubit kiub ikan bilis
1 1/2 cawan air
1 tsp serbuk lada hitam

Cara memasak:
1. Masukkan air dalam periuk dan biar hingga mendidih
2. Masukkan bawang merah, bawang putih crabstick, capsicum, lada hitam dan kiub ikan bilis
3. Biarkan didih lagi sekali dan masukkan oat, masak sekejap dan angkat

Inilah rupa savory oat T&E 1 aku
Komen: Rasa sedap, ada rasa dari kiub ikan bilis, rasa manis daripada capsicum, rasa lemak dari crabstick dan rasa hangat dar lada hitam. Cumanya, oat ni jadi pekat mcm di atas. Aku lebih suka semangkuk oat yang cair, maknanya ada kuah la kn.. Tapi yang ni aku kira OK la... kenyang aku malam ni

Maksud T&E tu pulak ialah Trial and Error. Dan nombor tu pulak menunjukkan berapa kali cubaan yang telah dibuat bersama inovasi tertentu...hehehehe...

Malam ni pulak aku demam....patot la dari petang tadi rasa tak sedap badan... Malam mcm ni kena la pekena air teh 'o' panas untuk redakan demam aku ni...gitu la selalu pun. kalo demam, minum la segelas teh 'o' panas, buat sedap2, cukup manis segala...then minum, insyaAllah membantu...

secawan teh dikala demam panas

Bye...

No comments: