Pages

Wednesday, December 12, 2012

Kerja Gila!

Assalamualaikum....

Hai...

Post yang kedua utk hari ni...

Hari ni aku dan kawan-kawan buat KERJA GILA!....

Semua tgah bosan kat opis dan takde apa nak buat, so, kami BERMAIN...

Mainan pertama...

Me vs kawan baik (Pijoe Zulkiply)


Aku tak tahu apa mainan ni tic tac toe? tak tahu... Main 2 game je dgn dia... Game pertama yang belah kiri sekali...terikat.. game kedua belah kanan tu, aku yang menang...

Masa duk main ni, kawan baik aku ni cadangkan main BINGO... pastu, kami bertiga (aku, kawan baik dan Maha) bincang la mcm mn rupa nk main BINGO tu... masing-masing dah ingat-ingat lupa... Pastu aku search kat pakcik Google...jumpa jugak...

Hasilnya...Mainan kedua


Ni la hasilnya... Ni aku punya kertas la....comot...mcm selalu... tapi kalo nak tengok lebih kemas, boleh tengok kertas kawan baik aku dan kertas Maha... kemas je kotak-kotak diorang... Pastu kat bawah kotak tu aku tulis la sama ada aku menang atau aku kalah...Yang ni memang aku tak pandai main, berderet je kekalahan aku terima...    :(... biasalah adat bermain...


Majalah: Rasa
Fokus: Masakan dan Cara penyediaan
Keluaran Berkala: Dikeluarkan pada awal bulan setiap bulan
Harga: RM7.90 (harga berbeza bagi Keluaran Bumper)

Ni pulak majalah kesukaan dan kegemaran aku sejak 3 tahun yang lepas. Alhamdulillah setakat ni aku tak pernah ketinggalan memiliki majalah ni. Selalunya majalah ni akan keluar setiap 1hb setiap bulan dan dikeluarkan 1 bulan lebih awal daripada bulan yang sebenar diterbitkan. Contohnya, jika bulan ini ialah Disember 2012, majalah ini akan keluarkan edisi Januari 2013 pada 1/12/2012...gitu la.... Apa yang lebih buat aku excited ialah, aku berjaya memiliki edisi kali ni pada tarikh bersejarah 12-12-12...wahhh...syiokk! Jadi, azam aku utk tahun 2013 ni, setiap kali aku beli majalah kegemaran aku ni, aku akan tulis tarikh pembelian, sebab 3 tahun yang lepas aku tak buat mcm tu... rasa menyesal plak sekarang... tapi takpe, biarlah yang lepas tu, next year aku tulis besar-besar....hehehehe....

Pesanan utk diriku sendiri:
-Banyakkan bersabar
-Banyakkan bertimbang rasa
-Sentiasa menyenangkan orang lain
-Jaga hati insan disekeliling...


Bye...



No comments: