Pages

Saturday, December 15, 2012

Sabtu yang mendung...

Assalamualaikum...

Hai, kembali lagi ke hari Sabtu, 15/12/2012 bersamaan 1 Safar 1434H (1/2/34)...cantik tak nombor tu?

Hmmm...nampaknya entry aku banyak dibuat pada hari Sabtu... Wahhh...sibuk sangat ke di hari-hari biasa?

Hari ini aku mulakan hari aku dengan bangjn di awal pagi. Elok lepas subuh, aku surf internet sekejap, pastu terus turun ke bawah kemas umah, basuh pinggan dan memasak.....Hah! Bukan la aku nak citer aku ni rajin sesangat, tapi saje nk tulih penuh-penuh dalam blog aku ni... :D

Hari ni aku test sesuatu...
Semalam aku ada beli meggi kering, meggi yang kena buat rencah sendiri. Sebenarnya satu trick, sebab kalo aku beli meggi yang biasa tu, cap Cintan ke, Maggi ke, Sajime ke, confirm akan habis dimakan oleh adik-adik aku hanya dalam masa satu malam... so, bila aku beli meggi kering ni, harap-harap dapat bertahan sebab diorang malas nak buat rencahnya...

Menu: Meggi Goreng Cili Padi (Berasap Telinga, Mengalir Air Mata)....


Bahan:
-3 paket megi kering
-3 ulas bawang merah
-4 biji bawang putih
-segenggam cili padi (ikut kesesuaian) - kisar
-sedikit fishball
-sedikit ikan bilis
-sedikit lobak merah
-1 tbsp sos tiram
-garam secukup rasa

Cara Memasak:
1. Rebus meggi hingga lembut, toskan dan cuci dengan air sejuk, tos lagi sekali. Ketepikan
2. Di dalam pan, masukkan minyak yang belum panas dan bawang putih dengan kadar api yang minimum. Biarkan sehingga bawang putih keperangan.
3. Kemudian masukkan bawang merah, kacau hingga bawang layu dan wangi.
4. Masukkan ikan bilis, fishball dan lobak merah, biarkan seketika
5. Masukkan cili padi kisar dan biarkan sebentar
6. Masukkan sos tiram dan meggi
7. Kacau rata dan perasakan dengan garam.
8. Angkat dan hidangkan dengan taburan bawang goreng

So, pagi ni aku makan meggi ni bertemankan nescafe panas... fuhhh....GILA SEDAP PEDAS!!! Pada yang tak makan pedas, sila jangan berangan makan ni, nanti korang akan fobia walau hanya dengan memandang cili....HA!HA!HA! Menu ni saje aku reka sebab aku nak sesuatu yang boleh boost aku di pagi Sabtu yang mendung dan menu ni juga mempunyai gabungan 3 bahan kegemaran aku, Meggi, Cili padi dan bawang putih. Apa-apa pun, ikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing.

Hari ni aku berkawan rapat dengan ikan gelama. Minggu yang lepas pulak aku berkawan dengan ikan sardin. Maksud berkawan itu adalah menyiang ikan-ikan tersebut dalam jumlah yang banyak. Minggu lepas siang ikan sardin untuk buat laksa, minggu ni pulak menyiang ikan gelama yang dibeli secara banyak di Pasar Matang... 

Hari ni pulak mak aku cuti masak, sebab dia nak keluar dating dengan adik aku. Selalunya dia dating dengan abah, tapi hari ni abah busy turun Kuala Kangsar sebab katanya PM turun ke sana dan semua tentera dan bekas tentera akan berkumpul di sana. Jadi, aku la yang duk lepak sorang-sorang kat dapur tu. Ada la menu mudah yang aku buat untuk pemakan-pemakan tegar di rumah ini...

Menu pertama: Kacang Panjang Kentang Bercili

Kacang Panjang Kentang Bercili
Bahan
-1 biji kentang - kupas kulit dan potong dadu
-Kacang panjang - potong serong
-3 biji bawang merah - hiris nipis
-4 biji bawang putih - hiris nipis
-1 tbsp cili merah kisar
-1 kiub ikan bilis
-Sedikit air
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan goreng kentang hingga empuk
2. Ambil sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi dan layu.
3. Kemudian, tumis pula cili kisar hingga pecah minyak
4. Masukkan kacang panjang dan sedikit air dan gaul rata. Tutup kuali hingga kacang empuk
5. Masukkan kentang yang telah digoreng dan kacau rata
6. Hidang dengan nasi panas

*cili kisar tu selalunya mak aku dah buat siap-siap dan sejuk beku dalam peti ais. Bila-bila nak guna senang. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan sampai lumat, dan tumis hingga pecah minyak. Biarkan sejuk, kemudian masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

Menu kedua: Ikan Masak Kicap

Ikan Gelama Kicap

Ikan Gelama Kicap

Bahan
-5 ekor Ikan gelama - digoreng dgn garam dan kunyit
-3 ulas bawang merah - hiris nipis
-4 ulas bawang putih - hiris nipis
-1 inci halia
-10 biji cili padi - belah dua
-1 biji bawang besar - potong membulat
-kicap masin
-1 tsp gula
-garam secukup rasa
-air

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu dan wangi
2. Masukkan cili padi dan halia, biarkan sekejap
3. Masukkan kicap masin dan sedikit air, tunggu hingga kuah pekat
4. Perasakan dengan gula dan garam
5. Masukkan ikan dan bawang besar, masak hingga bawang empuk
6. Hidang dengan nasi panas

*Oleh kerana aku ni Bawang Maniac, so korang boleh tengok la bawang yang bersepah atas ikan tu...
Semua ni menu mudah je, walaupun mudah aku tetap nak sumbat dalam blog ni sebagai tatapan sejarah kehidupan aku kelak...

Okey lah, tunggu next entry, aku nak citer sikit apa yang aku makan malam tadi (Jumaat)...

Bye!





No comments: