Pages

Saturday, December 8, 2012

Hari Sabtu!!

Assalamualaikum...

Hai, hari ni hari Sabtu... Macam biasa, duduk rumah saje... sambil melayan 2 orang sepupu aku yang bercuti kat sini. Pagi-pagi aku bangun aku buat sarapan simple. Mak dan abah pulak pergi ke Pasar Matang, beli ikan segar kat sana. 

Apa aku buat pagi ni? :

Nasi Goreng Lada Hitam
Aku tengok ada nasi lebih, buat je la nasi goreng. Memandangkan dah lama aku tak buat nasi goreng jenis ni, mak pon dah lama duk sebut-sebut, maka aku buat la hari ni, sebab ada lada hitam. Rasa memang tak berubah. Nasi ni menjadi kesukaan mak dan abah sejak dari hari pertama aku buat nasi ni, lebih kurang 3 tahun yang lepas. Memandangkan diorang suka, selalu jugak aku buat selepas tu...

Nasi Goreng Lada Hitam

Bahan:
Nasi sejuk
4 biji Bawang merah/ bawang besar - hiris nipis
5 biji Bawang putih - ketuk
2 tbsp biji lada hitam - tumbuk lumat
2 tbsp sos tiram
lobak merah (ikut citarasa nak letak sayur apa)
Kek ikan
garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Dalam kuali, masukkan minyak dan api medium
2. Dalam minyak yang belum panas, masukkan bawang putih.  Biarkan bawang panas bersama-sama minyak.
3. Bila minyak dah panas, bawang putih dah keperangan, masukkan bawang merah, biar hingga layu.
4. Masukkan sayur dan kek ikan. Biar hingga layu sedikit.
5. Masukkan lada hitam dan sos tiram. Kacau rata
6. Kemudian, masukkan nasi sejuk. Kacau rata hingga sebati
7. Perasakan dgn garam. Kacau dan biarkan sekejap, kemudian angkat dan hidang.

Untuk budak-budak kat rumah ni, aku buat something yang colourful sikit... apa dia? :
Telur Comel Warna-warni
Ni telur dadar special dari aku. Ni pon pertama kali mencuba, saje nak buat lain sikit. Dari malam  tadi tangan aku gatal nak pegang kuali buat ni, tapi bila dah buat mesti nak makan kn, rosak pulak diet aku nanti....jadi tangguh dulu...pagi ni baru boleh buat. Yang versi tak peda, sebab aku letak hirisan lobak merah, cili besar hijau & merah (buang biji) dan fishcake

Telur Comel Warna-warni

Bahan batter:
4 biji telur
1 tbsp tepung gandum
1 tbsp mayonis
1 tsp garam
1 tsp lada sulah

Bahan hiasan:
Cili hijau dan merah - buang biji
Kek ikan
Lobak merah
Cili padi

*Bahan hiasan ni boleh ikut citarasa sendiri. Boleh guna apa saja, kucai, kobis atau bayam cincang. Kalo letak ikan bilis dan udang kering pun sedap jugak rasanya! autentik!

Cara memasak:
1. Semua bahan batter dicampur dan dipukul rata.
2. Bahan hiasan pulak, potong ikut citarasa, tapi pastikan semua sama bentuk.
3. Dalam kuali non-stick, dan api yang perlahan, sudukan satu sudu batter, kemudian letak hiasan mengikut susunan yang diingini.
4. Bila bahagian bawah dah perang sikit, terbalikkan. Bila kedua-dua belah dah masak, angkat. Ulang langkah yang sama sehingga habis.

Yang ni pulak aku punya, sebab aku letak banyak cili padi:
Telur Comel Pedas Berasap

Bila si Danial tengok telur comel ni, melompat seronok, tak sabar nak makan. Siap temankan aku kat dapur masa masak. Lepas habis tugas di dapur, aku layan si Danial ni balut hadiah untuk adik dia yang dah cecah umur setahun 2 minggu lepas di sini Edry Turns 1 Today! Hari ni adik dia nak balik, jadi kena baluthadiah sebelum adik dia balik.

Hadiah untuk Edry
Ni la rupa hadiah untuk Edry...Danial tolong aku balut... Hadiahnya kecik je, kotak je besar. Amek kotak kasut aku. Mujur la aku ni jenis simpan sampah (kotak)....jadi, kotak kasut aku ni berjasa la jugak...boleh buat bungkus hadiah. Kitorang ni tengah tunggu Edry balik, dah dalam perjalanan katanya...

Bye...

No comments: