Pages

Tuesday, January 1, 2013

It's New Year 2013

Assalamualaikum...

Finally....2013 arrived...

Aku tak tahulah apa jadi malam tadi, bunyi kebabom ke, bunyi pompom ke dek kerana bunga api...sebab aku dah ZzZzZzZz...........lagi syiok...

Bangun pagi ni rasa macam nak buat macam-macam jenis breakfast. Tapi nanti kalo banyak sangat makanan, tak habis dimakan pulak. Dalam otak ni ligat je nak buat pancake, nak buat egg in basket, nak buat cucur la...tapi at last, aku end up buat nasi goreng je. Sebab mak dah goreng sukun dan cempedak, but takde gambar ye....

Pagi ni aku buat nasi goreng T&E4. Dah 4 kali aku try nak buat nasi goreng sesedap nasi goreng daging kat kedai yang aku selalu makan tu, tapi STILL....still tak dapat the best taste like the one they had... I need something kick in that rencah...

Nasi Goreng Daging
Jangan terpedaya dengan rupanya ye, warnanya lagi merah dari yang ni, the taste is good, as always, but there is something missing there...still tak sama dengan kedai tu buat... Maaf ye gambar dan keadaan di dalam pinggan yang indecent, sebab sangat malas nak kesah ke ambil gambar...

Bahan
-nasi sejuk
-1 biji bawang besar
-1 4 ulas bawang putih
-2 tbsp pes cili kisar
-1 tbsp sos tiram
-1 tbsp kicap manis
-1 tbsp kicap masin
-1 tbsp sos cili
-1 kiub ayam Knorr
garam
-isi ayam (perap dengan garam, kunyit dan sedikit serbuk lada hitam)
-isi ikan goreng

Cara memasak:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam separuh masak
3. Masukkan isi ikan goreng, kacau lagi hingga ayam masak dan ikan goreng agak garing
4. Masukkan pes cili kisar, tumis hingga naik bau
5. Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap masin, sos cili dan kiub ayam
6. Masukkan nasi dan kacau rata, perasakan dengan garam.
7. Angkat dan hidangkan panas.

Itulah brunch aku hari ni...kenyang sampai petang. Tapi masih mencari apa kekurangan rencahnya. It's okay, even when i'm reaching T&E10 and still didnt get the right thing, I will continue searching for it, hehehe...

Okay, hari ni last aku cuti, selepas 4 hari bertapa kat rumah, kebas sudah vontot hamba...boring gila duk umah. Cuti ni aku banyak bermain kat dapur, just to find some exciting while i'm on leave. The good things is, i can try and make my own version of food. I read, I learn, I apply and I eat, hehehe... So, here are some of the picture which is out of the blog for the moment (dgn erti kata lain, tak letak dalam blog sebab malas nak berentry...tu je..)

Pancake (tanpa susu segar, hanya guna bancuhan susu tepung) 
Nasi Goreng Tomato (my T&E3)
Nasi putih + sardin + sayur suhun
Gambar yang last tu, bukan aku yang masak, tapi mak yang masak. Saje nak tunjuk, my favourite lauk, dulu, kini dan selamanya....sardin and sayur suhun....

Last word: Welcome 2013. Saje aku nak buat post hari ni sebab hari pertama tahun baru kan....sebenarnya takde apa sangat pun nak update.

Bye...

No comments: