Pages

Tuesday, December 25, 2012

My Cravings @ My Comfort Food

Assalamualaikum...

Salam hari Ahad dan Merry Christmas pada yang menyambutnya....
Aku sambut hari Selasa dan hari cuti yang membosankan di rumah.... tettttt...

Setelah beberapa hari demam (dari hari Jumaat), baru hari ni aku boleh makan dan teringin nak makan sesuatu yang simple. Sebab selama duk demam ni kena paksa makan dan terpaksa makan sebab nak makan ubat. Tapi hari ni tiba-tiba pulak selera nak makan tu datang walaupun badan ni tak hilang panas lagi...ni kira dinner aku la ni...

Nak tahu apa dia????

Tadaaa....

Telur Goreng dan Kicap
Inilah dia... telur goreng dan sambal kicap dan juga nasi yang menggunung(patut la aku gemok)...Pastu tetiba pulak otak ni terajin nak ada chips, buat la 4 keping nipis-nipis, tapi ada 3 je tu sebab satu aku dah ngap...krup krap kru krap bunyinya.....

Sambal kicap tu macam biasa la, aku letak bawang putih, bawang besar. Tapi kali ni aku tak guna cili padi, sebab ada orang tak bagi aku makan cili padi kerap sangat, jadi, aku tukar la kepada cili besar merah dan curahan lada hitam dalam kicap tu....ha...ada pedas-pedas jugak kannn....BIJAK tak aku....heeeeeeeee......

Semalam pulak makan nasi ayam, tapi yang tu terpaksa makan sebab nak temankan orang tu makan(dan takut kena marah sebab tak makan)...kesian pulak dia tak makan dari pagi...dah la tension, kelaparan lagi....Pagi semalam aku ada buat breakfast sikit, ingatkan nak bawak p opis, tapi tak jadi sebab memandangkan nak sampai opis tu pun dan menjelang tengahari, rasa tak sampai hati pulak nak hidang makanan breakfast, so, cari kedai la....


Ni la rupa breakfast semalam, potato hash, sosej goreng dan scrambled eggs... Takpelah, nanti aku buat lagi untuk bawak bekal ye...

Hari ni tak buat apa sangat kat rumah. Aku memang lepak depan laptop je, mencari idea untuk breakfast and lunch yang paling mudah, praktikal dan boleh mengenyangkan...

Aku tak sabar la nak ada dapur sendiri, sebab aku nak explore banyaaakkkk benda,...... weeeeeehuuuuuuuuu.....

Bye...

No comments: