Pages

Saturday, December 15, 2012

Post yang Terbengkalai

Assalamualaikum...

Kembali lagi...

Kali ni aku nak cerita berkenaan cerita semalam (Jumaat, 14/12/2012)... Takde yang special pun tapi hanya nak berkongsi apa yang aku makan dan menjadi kegemaran aku dulu, kini dan selamanya...

Semalam aku kerja macam biasa, tapi suasana di opis suram, masing-masing mengelamun sendiri dan buat hal sendiri memikirkan nasib yang tiada tahu hujungnya...

Nak tahu apa aku makan dinner semalam???

Tadaa...


Inilah yang menjadi kegemaran aku sejak dulu, kini dan akan selamanya menjadi 'comfort food' untuk aku.... 
Isi kandungan : Nasi, ikan goreng, sambal tempoyak dan kicap... cukup SEDAP!... aku sanggup makan mcm ni tiap-tiap hari, tapi aku tak buat la macam tu, nanti hilang pulak keistimewaannya....Macam mana cara aku makan? Mula-mula gaulkan nasi, sambal tempoyak dan kicap semua sekali sama rata dalam pinggan, dan akhir sekali makan dengan senang hati bersama ikan goreng... wahhhhh.....fabulous!!!... Tambah la apa-apa yang patot. Kalo tak cukup pedas, tambah sambal, kalo tak cukup masin, tambah kicap... kalo aku makan macam ni, selalunya aku tak cukup nasi sepinggan.....nak tambah berpinggan-pinggan.... Memang mengalir air mataku kerana pedas dan bolehla kalo nak panggil 'Happy Tears Session' hehehehehe...

Habis makan  mak aku pelawa pulak durian sebab dia ada buat pulut durian. Ni hari kedua berturut-turut mak aku buat pulut durian ni. Aku makan yang kelmarin je, yang paling terbaru, semalam aku tak makan...


Ni la sepinggan pulut durian yang aku makan kelmarin. Isi kandungan: Pulut yang ditanak, Santan mentah yang diperasakan dengan garam, Beberapa ulas durian dan sedikit taburan gula.. Ni la cara orang perak makan pulut durian...

Yang ni pulak durian yang mak aku suruh makan. Mak suruh rasa sebab durian ni hasil dari pokok di belakang rumah. Hanya ada 2 biji sahaja yang berbuah. Salah satunya telah gugur dan menghasilkan isi yang besar dan tebal...

dan ini...


Isinya sangat sedap... selama ni kami sekeluarga makan durian daripada hasil pokok di kebun yang lain. Tapi yang ni datangnya daripada pokok belakang rumah... Hanya tinggal lagi 1 biji je tunggu nak luruh...Aku bukan peminat tegar durian dan tak berapa nak boleh makan sangat, tapi kalo setakat rasa sikit-sikit tu boleh la. Tapi apa yang pelik, tempoyak durian adalah favourite aku all the time!

Okey, ni lagi satu majalah kegemaran yang aku sangat suka baca dan beli serta buat koleksi...


Majalah: Majalah Rapi
Fokus: Kesihatan & Kecantikan
Keluaran Berkala: Setiap 1hb dan 15hb setiap bulan (dikeluarkan 2 kali sebulan)
Harga: RM4.00

Ini adalah majalah kesihatan terbaik yang aku pernah baca. Isi kandungan sangat informatif dan semuanya berkenaan kesihatan dan kecantikan. Tidak kurang juga memaparkan menu-menu kesihatan dan barangan kecantikan yang berkualiti dan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. Paling aku gemar apabila membaca majalah ini adalah segmen fesyen yang memberi panduan terhadap fesyen terkini dan sopan dan boleh dikatakan sebagai 'how to mix and match from top to toe'!... Disebabkan ini adalah majalah kesihatan terbaik, maka ini adalah majalah yang satu-satunya aku baca dari kulit ke kulit....Hanya dengan melabur RM4.00 senaskhah aku dapat sejuta informasi berguna untuk aplikasi dalam kehidupan seharian. For those who read this article, i guarantee this is the BEST HEALTH magazine ever! Good Job for the team...and please keep up the goood job in the future.... Istimewanya edisi ini adalah edisi terakhir bagi tahun 2012 dan genaplah 3 tahun aku memiliki secara serius majalah ini. 

Okey semua...bye dulu....




No comments: