Pages

Saturday, December 8, 2012

Edry in the House!

Assalamualaikum...

Rajin aku hari ni, 2 post dalam satu hari...hehehehe... (rasa bersalah kerana meninggalkan blog untuk 5 hari)

Edry In The House! Dah sampai bersama ibu dan abahnya tengahari tadi...

Melompat-lompat Danial dan Nini jumpa ibu dan abah...rindu la tu!

Edry macam nampak lagi besar dari 2 minggu lepas. Menariknya ialah, dia semakin bijak... Baru 2 minggu tak jumpa, tapi dah pandai macam-macam... Contohnya, dia dah menguasai beberapa kosa kata dan mulutnya sangat bising berkata-kata, tapi kami suma tak paham pun, tapi angguk je, buat-buat paham. Kemudian, dia dah ada ciri-ciri nak berjalan dah, dah boleh berdiri sendiri, walaupun goyang-goyang mcm orang mabuk lagi..hehehehe...pastu dah memenjat sana sini... Tapi paling tak tahan bila boleh menyengih bila nampak lampu kamera! Tengok la sendiri aksi dia...


Uuuuuu....
Cakkk!



Ngehhhh....
Panjat lagi...
Penat...!

Gitu la sedikit sebanyak telatah dia kali ni... Apa yang aku notis, semakin hari semakin bijak... graf perkembangan tindakan dia memang naik mendadak... Kosa kata yang aku notis sendiri macam 'tak nak', 'dah', 'tatak = kakak/katak' :D, semua benda dia nampak semua dia tegur dalam bahasa dia la... 

Sekian dulu ye...

Bye!





No comments: