Pages

Monday, November 26, 2012

Gigih :D

Assalamualaikum....


Rajin pulak aku update blog ni dua tiga hari ni. Dah bosan la tu... dah rasa tak ada benda berfaedah nak buat. Sebenarnya tengah study nak review beberapa buku..tapi tak bersedia lagi nak post dalam blog, tunggu la ye. Nak berkeras tangan kad-kad comel pon tak buat sepenuhnya lagi...baru jalan sikit je... Dah tu mcm mn ni? Apa pon tak boleh..... Apa nak buat bagi diri ni rajin ye? Hmmm....musykil terhadap diri sendiri.

Sebenarnya ni aku baru je pijak tangga umah. Baru balik keja. Tadi lepas keluar pejabat, pergi beli barang dapur sikit kat Giant...mak yang pesan beli barang. Balik tu pulak singgah beli burger kat Bukit Merah, Semanggol, Perak. Burger kat sini memang menjadi pujaan hatiku dan hati kawan baikku sebab kami berdua dah jatuh cinta dgn burger Bukit Merah...semenjak dulu bekerja di sana, terus tergoda dengan burger brother sorang ni. Ni sekarang walaupun dah kerja kat tempat lain, tapi bila saat teringin nak makan burger, memang kami akan ke sana...xkesah la jauh pon...ada aku kesah... janji dapat makan...hehehehe... kepada yang berdekatan..silalah merasa burger brother tersebut. Lokasi gerai ni betul-betul didirikan di hadapan sebuah kedai runcit. Nama kedai runcit ni Swee Beng. Aku tak ingat apa nama brother ni, lain kali aku letak gambar gerai dia ye... kalo nak nombor tepon pon aku akan letak sekali...

Hari ni aku tukar selera burger. Selalunya aku akan order burger ayam/daging, tapi hari ni aku minta Benjo Special Cheese.... Rasanya memang sedap dan terangkat.... Bayangkan dalam gulungan telur tu ada cheese yang cair dan mixed well dengan telur dan sos. Apa yang aku suka dgn burger brother ni ialah kerana KEGEBUAN rotinya, KESEGARAN coleslawnya, KEENAKAN sosnya dan KEGARINGAN & SECUKUP RASA daging/patty... Tu yang sangat sedap... Memang aku tak cari tempat lain dah kalo nak beli burger kat situ je. Tapi ada la lagi 2 atau 3 burger stall yang aku akan promote, tapi aku bagi yang ni dulu sebab ni pilihan pertama aku...

Sebelum digigit
Selepas gigtan pertama

Selepas beberapa gigitan...muehehehehe...

Adakah anda terliur? Sila terliur ye.... hehehehehe...
Takpe, ni baru sikit, nanti aku tunjuk lagi yang sedap-sedap ye....
Udah ler tu...aku nak concentrate study video pulak...

Bye....















No comments: