Pages

Sunday, November 4, 2012

Buku: Asam Pedas Gula Melaka

Assalamualaikum....

Salam hari Ahad... Hari ni aku nak kongsikan hasil pembacaan aku terhadap sebuah buku.

Buku ni aku dah baca banyak kali...rasanya dan lebih 10x kali aku baca tapi xtahu nak review dan kongsi dengan orang lain...so, since i had dis blog, why don't i share with u guys!




Tajuk : Asam Pedas Gula Melaka
Penulis: Norbi Husin
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Buku ni menceritakan pengalaman seorang bekas guru yang bernama Pn. Hajjah Norbi bin Hj Husin dalam melayari kehidupan sebagai seorang guru, bermula sebagai guru biasa dan akhirnya menjadi seorang pengetua sekolah.

Buku ni bukan sahaja menceritakan watak berkenaan diri beliau tetapi juga melibatkan watak guru-guru yang pernah berkhidmat dengannya, murid2 dan warga pentadbiran sekolah yang lain.

Aku sangat excited setiap kali baca buku ni...sbb tu aku xpenah bosan baca buku ni, dari dulu lagi. Konsep penceritaan dalam buku ni sangat baik dan sangat menarik hati.

Apa yang aku dapat daripada pembacaan buku ni:

  1. Rasa EXCITED. Tetiba rasa nak tukar profession nak jadi cikgu!
  2. Tetiba jugak rasa nak tulih diari....biasa satu masa nnti, boleh buat rujukan & kenangan (masalahnya, semangat kejap je...pastu stop)
  3. Sentiasa bersedia menerima cabaran baru.
  4. Sanggup berkorban untuk orang lain, tidak mengira kaum keluarga, kawan baik dan orang yang disayangi
  5. Tidak berkira dalam urusan kehidupan - wang ringgit, masa, tenaga.
  6. Sentiasa bermotivasi tinggi & tenang menghadapi ujian
  7. Menghormati orang lain tanpa mengira pangkat & kedudukan
  8. Jangan menangguhkan kerja
  9. Cuba renungkan "apa beza banyak tugas tetapi tidak tahu tugas?
  10. Jika kita duduk sebagai orang atasan dan kita tidak tahu sesuatu, apa salahnya bertanya pada orang bawahan yang tahu tentang sesuatu? Renungkan....
  11. Apa misi & visi hidup anda?

Beberapa pepatah/ perumpamaan yang boleh digunakan dan dijadikan iktibar:

  1. Leadership is the art of influencing peoples to achieve the same goal
  2. Jika kita memberi hasil pendapatan kita kepada orang tua, pasti pendapatan kita bertambah berkat
  3. Jika diberi banyak pilihan, utamakan tanggungjawab & pegang amanah sebaiknya. Dalam bekerja jangan ada kepentingan diri. Buat dengan berani tetapi berhemah.
  4. Jika tak dapat bernafas kerana banyak tugas adalah lebih baik daripada habis nafas tanpa buat tugas dengan betul... renungkan....


Banyak pengajaran dari dalam buku ni dan aku mengaku aku termotivasi apabila baca buku ni...

Buku ni sangat sesuai untuk dibaca bagi semua guru2 dan pendidik...

Sekian dulu.... BYE!













No comments: