Pages

Wednesday, January 7, 2015

TIPS : Trik Kurus Paling Berkesan

Assalamualaikum...

Hai, apa khabar?
Apa rahsia anda kurus & menawan? 
Sebenarnya ada banyak cara, tapi tengok orang juga la kan, konsisten atau tak...



Trik Kurus Paling Berkesan!!!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. KURANGKAN SKALA MAKANAN
- Menurut Bethenny Frankel, penulis buku 'Cara Mengecilkan Badan Secara Semulajadi', mengurangkan makanan bukan dengan cara mengira berat makanan sahaja tapi dengan cara memesan dua jenis makanan 'appetizer' & tidak mengambil makanan utama.

*Betul jugak kan. Tapi kalo yang macam kita yang makan kat rumah ni, saya sarankan seeloknya kurangkan kuantiti. Contohnya, kalo amik nasi tu, satu senduk pon dah mencukupi berbanding kita amik bersenduk-senduk. Bersederhana itu lebih baik!

2. HADKAN UNTUK MAKAN
- Menurut Ellen Kunes, editor Health.com, cara mengehadkan diri daripada mengambil makanan terlalu banyak adalah dengan cara menggunakan bekas kecil atau piring. Jadi, anda boleh menganggarkan saiz hidangan anda.

*Sangat bagus! Saya dah cuba! My biggest threats was 'nasi goreng my mak'. The most powerful dish yang boleh menggoda saya untuk makan berpinggan2...siyes...betol! Tapi bila saya hanya guna piring kecil untuk makan, saya akan fikir 2x untuk amik serving yang ke-2. U've got to try that. It works!!!

3. MINUM COKLAT SHAKE
- Minuman coklat shake berbeza dengan minuman coklat biasa kerana ia mengandungi protein & kalori yang rendah. Minuman ini juga akan membuatkan anda berasa kenyang dan dapat mengelak daripada mengambil makanan yang berkalori tinggi.

*wahhhh...bangga i tau, dalam majalah ni pon bgtaw minuman coklat 'shake' tu bagus as meal replacement. Contohnya, dalam Shaklee sendiri memang ada program Shape Up yang memang include sekali produk Cinch Shake yang ada 3 perisa tu. Boleh pilih nak perisa vanilla, coklat atau latte. Sedap wey... Memang minuman ni rendah kalori, tinggi protein, rendah indeks glisemik & mengenyangkan. Sesuai sangat untuk yang sedang dalam proses menurunkan berat badan.

4. BAWA BUAH
- Menyimpan dan membawa buah di tempat kerja boleh mengelakkan anda dari mengambil makanan ringan yang lain.

*kalo macam saya, yang tak makan buah sangat, saya lebih suka sayur. Jadi, selalu juga bawak bekal carrot yang dipotong untuk buat snek. Sedap kot, Carrot kan manis! Tak pon, saya selalu makan timun cicah sambal belacan...fuhhh...boleh jugak!

5. BERUS GIGI SELEPAS MAKAN
- Memberus gigi selepas makan malam akan membuatkan anda malas untuk makan lagi

*its soooo true. Den kalo dah berus gigi, tak kuasa dah kotorkan mulut.

6. ELAKKAN MAKANAN BERKALORI TINGGI
- Elakkan daripada mengambil minuman yang berkalori tinggi seperti jus dan minuman bergas.

7. BERGAMBAR SEBELUM DIET
- Sebelum berdiet, ambil gambar yang menunjukkan bentuk badan anda. Setiap kali anda hilang semangat untuk berdiet, lihat semula gambar itu untuk memotivasikan anada!

8. PAKAI BAJU YANG KETAT
- dengan memakai pakaian yang ketat akan mengelakkan anda mengambil makanan ringan yang boleh menambah berat badan!

p/s: jangan pakai ketat sangat bagi yang Islam...

9. AIR CAMPURAN TIMUN
- Apabila merasa lapar, cubalah minum air yang bercampur dengan timun. Ia boleh membantu anda merasa kenyang.

*saya dah cuba, memang betul. Tapi saya buat infused water. Kadang2 campur lemon, timun, pudina & oren. Perisa yang berlainan.

10. HABISKAN MAKANAN
- Masukkan makanan yang tidak habis ke dalam bekas makanan dan disimpan dalam peti ais. Jangan biarkan makanan tersebut terbuka bagi mengelakkan anda tergoda dengan makanan itu.

Sumber: Majalah Rapi, Bil. 250.

No comments: