Pages

Sunday, October 14, 2012

Post Pertama

Ini post pertama bagi aku yang mahu berjinak-jinak dengan blog. Suka sangat baca blog orang lain terutama blog masakan. Sebabnya teruja tengok gambar-gambar makanan yang diambil dan sangat menyelerakan. Sebab tu timbul rasa minat nak mempunyai blog sendiri.

Sebenarnya belum ada perancangan pada blog ni. Mungkin sekadar tempat untuk meluahkan perasaan, mungkin juga sebagai tempat untuk menempelkan gambar2 tempat yang pernah dijelajah ataupun mungkin juga sebagai blog masakan juga(ini tidak mungkin terjadi dalam masa terdekat :D)

Tabiat terbaru yang aku tengah giler duk buat sekarang adalah menonton video masakan oleh Laura Vitale. Aku terjumpa video masakannya di Youtube dan terus jatuh cinta dengan cara penyediaan makanan yang sangat simple. Paling aku terkesan adalah cara dia menikmati setiap makanan yang dimasak dengan penuh rasa nikmat dan cara itu sangat menghargai makanan yang ada di depan mata. Sebenarnya itulah ciri-ciri manusia yang sangat cintakan makanan dan tahu bagaimana menghargai makanan. 

Aku sangat kagum bila melihat seseorang yang sangat pandai memasak pelbagai jenis hidangan dan sangat 'enjoyed' dengan apa yang dibuat terutama MAKAN! Dah la pandai masak, body pun cantik.... mcm mana la diorang boleh buat dapatkan body yang cantik macam tu... Aku pun nak jugak :D

Hari ni hari Ahad, 14 Okt 2012. Minggu yang membosankan. Hanya memenuhi hari ahad ini dengan aktiviti membasuh baju, mencuci bilik air dan membantu mak masak. Itu sahaja lah. Aku kena membantu dari kerja-kerja umah sebab setakat ini aku xmampu menyumbang kepada pendapatan isi rumah yang berkesan. Sebelah petang pulak, menghabiskan masa membaca majalah kegemaran aku 'RAPI' dan buku motivasi... mana la tahu, boleh jugak termotivasi di kala waktu2 down macam ni.Selain tu, menulis di blog ni and sambil tengok movie Hotel Transylvania... 
Inilah rupa posternya. Aku pun xmenghayatinya sangat. Sebab hati gundah gulana....hmmmm...entah la. Sebenarnya otak ni masih memikirkan apa yang nak dilakukan esok semasa di pejabat. Banyak benda nak buat tapi semangat untuk buat tu takde. Hmmmmm....hanya mampu mengeluh.. bila la aku mampu berbuat sesuatu selain daripada mengeluh?

Sekian dulu.....

No comments: