Pages

Monday, October 15, 2012

Hmmmmm.....what a Monday!

Assalamualaikum....
Salam hari Isnin... 15 Oktober 2012. Hari ni bersambung semula tugas2 di opis. Tapi setakat waktu dan ketika ni 12.38p.m, masih belum mampu berbuat apa2 kerja kerana tidak ada mood untuk bekerja. Tambah pulak hari ini aku nak kena kol ke KNB & Ekuinas utk satu urusan syarikat. Sangat berat nak angkat telefon dan bercakap kerana masih memikirkan taktik dan soalan yang bakal ditanya dan yang bakal diajukan. Sungguh aku berat hati. Ya Allah...tolong la bantu aku ringan tangan dan mudahkanlah segala urusan aku...


Hari ni aku terbaca satu ungkapan motivasi oleh Dr. Azizan Osman. Katanya 'Orang yang berjaya berfikir tentang apa yang mereka mahukan dan bagaimana mendapatkannya; manakala orang yang gagal mereka fikir tentang apa yang mereka tidak mahu dan bagaimana menyalahkan orang lain bila hidup mereka susah atau menderita'. Aku terkesima sekejap selepas membaca ungkapan tersebut dan mula menilai diri aku yang mana satu. Sama ada aku adalah orang yang berjaya ataupun aku seorang yang gagal? Sila renungkan kembali anda berada di mana?.....


Dan aku ada 2 lagi artikel atau pesanan berbentuk motivasi yang aku suka baca dan tengok. Sambil2 tu selalu jugak visit website ni untuk kata-kata semangat hidup www.bestquoatesfb.blogspot.com. Tapi hari ni aku kongsi 1 artikel dulu ye...
credited: Hunting Happiness Project

Memandangkan hari ni adalah hari isnin yang sering dipanggil hari yang paling membosankan selepas bercuti selama 2hari, so aku letak artikel ni supaya aku dan pembaca2 dapat mulakan hari dengan baik dan sempurna.May u will be the perfect one for yourself.

Sekian......



No comments: