Pages

Tuesday, December 23, 2014

Shaklee: Apa itu Indeks Glisemik?

Assalamualaikum...

Hari ni jom kita cerita berkenaan dengan Indeks Glisemik (IG).

Selalunya bila customer search pasal shaklee di internet, mesti dalam penerangan tu akn muncul psl IG ni. Apa bndanya ni kn? Bila sebut IG ni mesti berkait dengan ESP, MEALSHAKES kan, betul tak? 

Okay, IG ni adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yg mempunyai unsur karbohidrat ke atas paras glukosa darah terutamanya kesan ke atas paras gula atau glukosa dalam darah selepas mengambil minuman atau makanan berasaskan karbohidrat.

Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai kadar IG yg tertinggi yang akan menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat tinggi dengan cepat.

Manakala IG yang rendah pula akan memecahkan gula dengan perlahan-lahan dan teratur sambil membebaskan glukosa ke sistem badan kita pada kadar yang terkawal.

Makanan yang mempunyai IG rendah sangat lambat untuk dicerna dan diserap kerana pemecahan dan pembebasan glukosa adalah secara berperingkat.

Kalo anda nak tahu, badan manusia perlu mengekalkan paras glukosa dalam darah pada kadar yang rendah sekali gus boleh mengurangkan berat badan dan mengawal selera makan dan memberi manfaat kesihatan untuk jangka masa yang panjang.

Ha....anda dah jelas ke pasal IG rendah IG tinggi ni? Kalo anda nak tahu, ESP dan Mealshakes mempunyai IG yang rendah iaitu ESP hanya mempunyai IG 39 dan Mealshakes pula hanya sebanyak 44 sahaja.

Sebab itu ESP & mealshakes boleh diminum oleh pesakit yang mengalami masalah berkaitan darah & paras gula seperti pesakit diabetes, darah tinggi atau pesakit jantung.

No comments: