Pages

Wednesday, December 31, 2014

Selamat Tahun Baru 2015

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Harap sihat & ceria selalu. 
Hari ni hari last dalam tahun 2014 ni.
Saya pon pulun la kan nak buat jugak entry untuk tarikh ni.

Alhamdulillah, tahun ni tahun yang penuh suka, duka, pahit, manis, geram, rasa nak cili2, rasa nak picit2 je. Semua rasa ada la kan...
Namun, syukur saya dapat harungi dengan baik & cemerlang sekali! Yeahh!!!

Tahun ni juga sangat istimewa buat saya sebab berada dalam kumpulan HEBAT SHAKLEE. 
Tahun ni TAHUN SHAKLEE saya. 
Banyak yang berubah dalam hidup saya, dari segala aspek selepas saya join Shaklee. Baik dari aspek kesihatan diri, keagamaan, keikhlasan, perasaan memberi & banyak lagi!!!
MasyaAllah, terlalu hebat pengalaman & perasaan ni.
Dikelilingi rakan-rakan yang bersemangat, yang support each other & always in positive mode!!!
SAYA SANGAT BERSYUKUR. ALHAMDULILLAH.


Bulan yang terakhir ni juga, kita banyak diuji dengan macam2 berita sedih & mengejutkan. Tak kurang juga. Dugaan sangat dibulan akhir ni, diuji dengan masalah kesihatan. diuji dengan ahli keluarga yang dalam kesusahan dan diuji dengan pelbagai kerenah staf & masyarakat sekeliling. Tapi, Alhamdulillah, saya berjaya mengharunginya.

Untuk tahun 2014
Terima kasih atas segala-galanya.
Syukur Alhamdulillah dengan segala rezeki & ujian buat saya.
Saya terima dengan redha.
Semoga saya terus kuat, tabah & redha.
Syukur Ya Allah. Terima kasih Ya Allah
Terima kasih mak abah
Terima kasih adik-adik.
Terima kasih The Other Half.
Terima kasih leader2 Shaklee saya
Terima kasih customer2 saya.


HARAPAN? 

Semoga tahun2 yang mendatang membawa lebih keberkatan & kejayaan dalam hidup saya! AMIN!
~Semoga~

Semoga tahun depan saya dapat buat lebih banyak amal kebajikan.

Semoga saya lebih sukses!

Semoga saya lebih kaya! eh?

Semoga saya lebih positif!

Semoga saya lebih baik dari sebelum2 ni! (Ayat pasrah bila rasa diri ni jahat!)

Semoga saya pandai masak! Erk!

Semoga saya dapat jadi anak solehah! (walaupun nama saya fadhilah)

Semoga Allah memberkati hidup saya!

Semoga ditemukan dengan jodoh!

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2014


No comments: