Pages

Sunday, May 4, 2014

Macaroni Soup

Assalamualaikum...

Saya kurang sihat....rasa nak demam. Lepas telan vitamin C Shaklee td...tekak ni terasa nk makan sesuatu yang bersup, panas2. Jadi, datang idea nk buat sup makaroni. Intai2 dalam peti ais takde bahan....tp tak kisah nk buat jugak.

Ni 1st time saya cuba buat sup macaroni ni....
Sedapppp.....walaupun tak ckup bahan...

Ni resepi

Bahan:
2 cawan makaroni- rebus, tos dan basuh dgn air sejuk
1 biji bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
1 kiub ikan bilis
1 sudu besar serbuk sup sayur
1 sudu besar serbuk lada hitam
Cili padi
Tomato
Air secukupnya
Garam
(Boleh letak apa2 yg digemari fishball, fishcake)

Cara masak:
1. Tumis bawang besar, bawang putih sehingga naik bau
2. Kemudian masukkan air
3. Masukkan kiub ikan bilis ( saya kehabisan kiub jadi saya tumbuk lumat ikan bilis sebagai ganti), serbuk lada hitam.
4. Bila sup dan mendidih, masukkan tomato, cili padi dan makaroni yg dh direbus. Terus tutup api.
5. Boleh dihidang. Boleh makan begitu sahaja atau makan dengan nasi putih.

Selamat mencuba.

No comments: