Pages

Monday, April 21, 2014

Homemade Tortilla Wraps...1st time cuba.

Assalamualaikum...

Ni percubaan pertama saya buat tortilla ni. Saya suka makanan yang simple yet delicious....

Tiba2 rasa macam nak makan tortilla jadi google resepi. Cari resepi paling mudah. Kebanyakkan resepi pakai shorttening...tapi kt rumah xde shortening tu...jadi made the simple one only.

Ni la resepinya...

Bahan
2 cawan tepung gandum
3/4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak masak
3/4 cawan air panas

Cara membuatnya:
1. Satukan tepung, baking powder, garam dalam satu bekas.
2. Tambah minyak masak dalam adunan dan kacau sebati kacau hingga tepung bergentel-gentel
3. Tuang air panas dalam adunan dan kacau menggunakan garfu
4. Selepas suhu adunan reda...boleh uli menggunakan tangan. Uli sehingga permukaan doh lembut dan licin.
5. Rehatkan doh dan tutup bekas doh dengan kain lembap lebih kurang 15-30 minit
6. Selepas itu bentukkan menjadi bebola kecil...
7. Canai doh kecil tersebut lebih kurang seperti capati dan bakar lebih kurang 1 minit setiap bahagian
8. Boleh letakkan apa sahaja filling yang disukai dan gulung.

Senang x? Gilerrrr senang....

Filling yg saya letak utk tortilla dalam gambar tu hasil leftover makanan kt umah. Seingat saya filling tu masakan mak...sambal ayam...perghhhh sedap kottt...(konfius....tortilla yg sedap atau inti tu yg sedap? Hmmm...). Sebenarnya buat bulan lepas lagi....tapi baru nak update dalam blog... hehehehehe....peace!

Selamat mencuba.



No comments: