Salam Hari Rabu...
Bermula minggu lepas aku dengan gigihnya membawa bekal ke pejabat. Kalo minggu lepas ada gak pergi makan kat kedai sebab hanya siapkan sarapan pagi je, tapi minggu ni aku double gigih dengan menyiapkan sarapan dan menu tengahari... Gigih tak aku? Sila cakap gigih! Muehehehehehe....
Mula dengan menu hari Isnin buat sarapan Western, scrambled egg, hash brown, sosej dan roti bakar... Semua stok ni ada kat rumah, roti pulak aku kebas roti abah punya, roti benggali kosong tu.....
Ehsan Google |
Egg in basket (Google) |
Ni apa pulak aku nak masak esok? Idea2...
Tapi sungguh...dengan berbekal ni banyak jimat duit belanja makan di kedai. Bukan apa, makan kat kedai pon boleh rasa jemu sebab dah hari2 p kedai yang sama, nak p kedai lain macam tak kena pulak dengan selera anak tekak... So, terus bawak bekal...senang cerita, sambil-sambil tu boleh buat untuk makan di rumah sekali, untuk mak dan abah. Adik-adik aku letak tepi, tak masuk dalam senarai aku sebab diorang memang dah ada nasi lemak pagi2...itu je yang diorang telan...
Hai, apa nak masak esok ye?
Nanti aku amek gambar ye... live dari tupperware bekal aku...
Bye dulu, nak cari tanya pakcik Google apa yang best dimakan esok...
Bye...
No comments:
Post a Comment